Harian Metro: Mutakhir |
| Posted: 04 Nov 2011 02:57 PM PDT AMPANG: Hanya kerana tidak berpuas hati adik lelaki berkahwin dan bertukar agama, seorang wanita berusia 30-an dipercayai sanggup memaksa adik lelakinya meminum arak di depan isteri dan keluarga. Malah, kakak lelaki berusia 31 tahun itu turut mengugut membuka pakaian isteri adiknya yang baru berkahwin itu di hadapab keluarga sekiranya mangsa enggan menuruti kemahuannya itu, Selasa lalu.
Berikutan insiden itu, mangsa membuat laporan polis selepas dia dan isterinya pulang ke rumah mereka di Ampang, di sini. Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, jam 3 petang Selasa lalu, mangsa dikatakan terpedaya muslihat kakaknya supaya datang ke rumah keluarga di Cheras, di sini, kononnya seorang ahli keluarga mereka sakit tenat.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
| Posted: 04 Nov 2011 02:56 PM PDT KAJANG: Hanya dengan memberi alasan tayar motosikalnya goyang, seorang remaja perempuan nyaris menjadi mangsa lelaki 'gila seks' apabila diraba dan cuba dicabul di pondok bas di Jalan Semenyih, Selasa lalu. Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, mangsa yang berusia 19 tahun baru pulang dari kolejnya di ibu kota dengan menunggang motosikal berseorangan ke rumahnya yang terletak di Taman Tasik Kesuma, di sini.
Menurut sumber, mangsa yang terpedaya memberhentikan motosikalnya di pondok menunggu bas dan memeriksa tayar motosikalnya sebelum lelaki itu pura-pura mahu membantu.
Mangsa yang terkejut diperlakukan sedemikian menepis tangan lelaki itu sebelum mendapatkan motosikalnya dan beredar dari tempat kejadian. Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan