Harian Metro: Mutakhir |
| Polis haramkan program Seksualiti Merdeka: Khalid Posted: 03 Nov 2011 03:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai hari ini mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program 'Seksualiti Merdeka' demi ketenteraman awam. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Datuk S. Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.
"Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini. Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.
Khalid berkata dua laporan polis telah diterima setakat ini yang meminta polis mengambil tindakan terhadap penganjur kerana cuba menganjurkan program yang menganggu gugat ketenteraman awam. "Berdasarkan laporan itu dan hasil siasatan, kita akan panggil mereka untuk nasihat. Mula-mula nasihat supaya jangan teruskan. Kalau masih berdegil, kita tidak teragak-agak untuk tahan mereka (penganjur) termasuk mereka yang menyertainya," katanya. Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam. "Mulai hari ini, kita akan hentikan apa sahaja event yang dilakukan penganjur dan saya juga nasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri apa-apa program anjuran penganjur. "Majlis Peguam sepatutnya menasihatkan penganjur bahawa tindakan mereka salah di sisi undang-undang. Saya tidak faham kenapa mereka (Majlis Peguam) tidak jelaskan kepada mereka (mengenai kesalahan ini)," katanya. Khalid berkata sebagai badan keselamatan negara, polis bertanggungjawab terhadap ketenteraman awam dan ia perlu menangani sebarang ancaman dengan lebih awal. "Jangan sudah kena ketuk kepala, baru kita hendak ambil tindakan. Penganjur fikirlah dahulu sebelum buat program. Saya rasa majoriti masyarakat kita tidak boleh terima perkara ini, jadi jangan agungkanlah. "Polis bukan menentang sebarang pergerakan hak asasi manusia untuk bersuara. Tapi apabila perkara (program) ini timbul dan mengancam keselamatan negara, kita perlu ambil tindakan. "Inilah polis, pastikan keselamatan semua pihak terjamin," katanya. - BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
| Terengganu tubuh akademi bola sepak tahun depan Posted: 03 Nov 2011 03:01 AM PDT KUALA TERENGGANU: Sebuah akademi bola sepak akan ditubuhkan di Terengganu bagi melahirkan pemain berkualiti sekaligus meningkatkan mutu sukan popular itu di negara ini.
Akademi seumpamanya pernah diwujudkan di negeri ini dari 1995 hingga 2007 yang dinamakan Akademi Bolasepak FAM Terengganu dan berjaya melahirkan ramai pemain berkualiti seperti Shamsuri Mustapa, Haris Safwan Kamal, Zairo Anuar Zalani, Mohd Sharbinee Allawee, Muslim Ahmad dan Manaf Mamat.
Mengulas lanjut, Rozi berkata akademi itu bakal diletakkan di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu dan di peringkat permulaan, seramai 25 hingga 30 pemain bawah umur 21 tahun akan ditempatkan di akademi berkenaan serta dibimbing Cheku Marzuki Cheku Mohd Nor. Beliau berkata perintis akademi akan dipilih menerusi pertandingan liga bawah 21 yang akan diadakan di setiap daerah di negeri itu. - BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan