Rabu, 23 November 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Sungai Langat, Semenyih tercemar

Posted: 22 Nov 2011 02:27 PM PST

Wilayah

 JOHARI bersama  pertugas  SYABAS memantau  Sungai Langat yang tercemar  berhampiran tapak loji rawatan SYABAS Batu 11 Cheras.

JOHARI bersama pertugas SYABAS memantau Sungai Langat yang tercemar berhampiran tapak loji rawatan SYABAS Batu 11 Cheras.

SYABAS henti sementara operasi dua loji rawatan air bersih sisa diesel

CHERAS: Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih, dekat sini terpaksa dihentikan sementara bermula 5.30 pagi, kelmarin berikutan berlaku pencemaran diesel di Sungai Langat dan Sungai Semenyih yang menjadi sumber bekalan air untuk dirawat oleh dua loji terbabit.

Pengurus Besar Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Johari Pawanchik, berkata pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) terpaksa mengambil tindakan segera dengan menghentikan tugas tidak berjadual itu bagi mengelak rawatan air mentah yang sudah dicemari. "Kelmarin, kakitangan SYABAS mengesan pencemaran terbabit pada jam 5.30 pagi dan terpaksa menutup pintu laluan masuk air selama sembilan jam sebelum dibuka semula pada jam 7 malam.

"Pencemaran kali kedua dikesan semalam jam 8.30 pagi dan pintu laluan masuk air ditutup sekali lagi.

"Kita menjangkakan kedua-dua loji terbabit akan memulakan semula operasi rawatan air selewat-lewatnya jam 10 malam (tadi) bagi memastikan kualiti air mentah beransur pulih," katanya di sini, semalam.

Difahamkan, kadar pencemaran diesel di kedua-dua sungai terbabit semakin serius tahun ini berikutan sejak awal tahun lalu, sudah empat kali kejadian sama berulang.
Beliau berkata, sekiranya masalah ini tidak dapat ditangani, risiko gangguan bekalan air kepada lebih 13,000 akaun pengguna di sekitar Balakong dan 330,000 akaun pengguna di Putrajaya, Cyberjaya, Sepang dan Puchong akan terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif SYABAS, Datuk Ruslan Hassan, menasihatkan pihak menjalankan aktiviti berdekatan sungai termasuk industri pekilangan, pengorekan pasir, penternakan dan pertanian supaya dapat menguruskan sisa toksik yang ada dengan cermat tanpa mencemari sumber air mentah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan berhubung masalah ini, boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) menerusi talian bebas tol yang beroperasi 24 jam sehari 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPELaduan / pertanyaan dan hantar kepada 39222.

Aduan juga boleh dibuat di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'.

Full content generated by Get Full RSS.

Wang tunai RM54,900 nanti pemancing di Cyberjaya

Posted: 22 Nov 2011 02:26 PM PST

Wilayah

CYBERJAYA: Hadiah wang tunai RM54,900, 40 hamper dan 6500 kemeja-T menanti pemancing dalam Pertandingan Memancing GP Selangor pusingan kesembilan di Taman Tasik Cyberjaya, di sini, Ahad ini.

Pertandingan itu anjuran kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Cyberview Sdn Bhd, dikendalikan oleh Wakjali Event Management selaku pengurus acara.

Ia menawarkan hadiah wang tunai RM30,000 untuk juara, kedua RM12,000 dan ketiga RM6,000. Pemenang keempat menerima RM1,500, dan kelima RM700. Pemenang keenam hingga kesembilan menerima RM250, kesepuluh (RM200) dan kesebelas hingga ke-20 (RM150). Penganjur turut menawarkan empat cabutan bonanza wang tunai RM500 setiap satu, 20 cabutan bertuah dan 500 kemeja-T untuk peserta yang mendaftar awal.

Yuran penyertaan RM80 satu joran dan setiap peserta dibenar mendaftar dua joran saja dan layak menang satu hadiah bagi setiap pusingan.

Turut diadakan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dan EON Auto Fiesta yang menawarkan servis percuma kepada pemilik kenderaan Proton, pandu uji kereta, diskaun untuk model terpilih, pemeriksaan keselamatan kenderaan percuma dan pemberian baucar bernilai RM50 untuk temujanji servis kenderaan.

Kaunter pendaftaran dibuka di MPSepang bermula hari ini hingga Jumaat, manakala kaunter 24 jam di Taman Tasik Cyberjaya bermula jam 10 pagi, Sabtu ini.
Bagi memastikan lokasi pertandingan tidak menghampakan peserta, penganjur melepaskan satu tan ikan patin dan tongsan ke Tasik Cyberjaya yang disempurnakan Pembantu EXCO Pemodenan, Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Turut hadir Penolong Setiausaha MPSEPANG, Ismail Muhamad; Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat dan Kewangan Cyberview, Izatul Arini Mohd Ariff Albakri; Pengarah Urusan Wakjali Event Management, Md Zali Kasran dan Ketua Jabatan Pembangunan Perniagaan Edaran Otomobil Nasional (EON), Mohd Zainan Ayob.

Suhaimi berkata, GP Selangor yang sudah memasuki fasa akhir akan menutup tirainya di Tasik Shah Alam pada 18 Disember ini.

"Di Shah Alam, penganjur menawarkan hadiah bernilai RM130,000 kepada pemenang dengan penyampaian hadiah utama Grand Slam sebuah kereta Proton Saga manakala juara pusingan akan menerima RM40,000," katanya.

Pertanyaan mengenai pertandingan ini hubungi 013-3588206, 016-2937741 dan 013-3838655.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan