Berita Harian: Wilayah |
| Kedai internet 'lubuk' kaki judi Posted: 21 Nov 2011 02:30 PM PST Wilayah SEBUAH kedai internet bercermin gelap menawarkan permainan dalam talian yang berunsurkan perjudian. GEORGETOWN: Kawasan sekitar Relau di sini, bukan saja dibanjiri ramai pekerja asing, malah turut menjadi 'lubuk' kepada kaki judi dalam talian berikutan semakin banyak kedai internet menawarkan perkhidmatan perjudian. Premis berkenaan dikatakan bertambah secara mendadak sejak empat tahun lalu dan lebih membimbangkan kegiatan itu turut menarik pelajar untuk melepak di situ, sekali gus terbabit dalam kegiatan perjudian. Premis berkenaan turut menjadi tumpuan ramai remaja Melayu yang berusia seawal 13 tahun serta warga tua.Tinjauan mendapati lebih tujuh premis menawarkan perkhidmatan perjudian internet di kawasan itu yang beroperasi 24 jam sehari. Beberapa premis didapati menggelapkan cermin pintu hadapan dan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah berjaga-jaga khususnya bagi mengawasi kehadiran pihak berkuasa. Setiap pelanggan juga perlu memasukkan kata laluan atau nombor pengenalan diri di pintu masuk premis. Jika pelanggan kelihatan mencurigakan, penjaga premis tidak akan membenarkannya masuk. Seorang penduduk tempatan, Mohd Haniff Mokhtar, 25, berkata semua premis itu dipasang pintu kaca gelap bagi menghalang pandangan orang awam serta dipasang CCTV di pintu masuk. Katanya, dengan membayar RM10, pelanggan boleh berjudi yang memungkinkan mereka memenangi sejumlah wang jika bernasib baik. "Pihak berkuasa perlu lebih tegas dalam menangani kegiatan itu kerana perjudian akan membawa lebih banyak kesan buruk kepada masyarakat," katanya. Haniff yang mendakwa dia adalah bekas pelanggan tetap premis itu, berkata beberapa pergaduhan pernah berlaku apabila pelanggan yang kalah gagal mengawal rasa marah masing-masing. "Malah, ada juga ada anggota pasukan beruniform turut sama mencuba nasib untuk mencari wang segera," katanya sambil menambah premis perjudian juga banyak beroperasi sekitar Sungai Ara dan Bukit Jambul. |
| Posted: 21 Nov 2011 02:27 PM PST [unable to retrieve full-text content]RANTAU PANJANG: Penduduk di kawasan sering dilanda banjir terutama di pinggir Sungai Golok, di sini mula membuat persiapan awal dan terpaksa berbelanja besar, termasuk membina jambatan konkrit. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan