Isnin, 21 November 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Ribuan kenderaan terkandas

Posted: 20 Nov 2011 02:22 PM PST

Wilayah

KEADAAN di Jeti Pengkalan Raja Uda  sesak teruk akibat tidak menghiraukan arahan tidak menggunakan jambatan berikutan penganjuran 'Alliance Penang Bridge International Marathon 2011'.

KEADAAN di Jeti Pengkalan Raja Uda sesak teruk akibat tidak menghiraukan arahan tidak menggunakan jambatan berikutan penganjuran 'Alliance Penang Bridge International Marathon 2011'.

Pemandu tidak hirau arahan beberapa laluan ditutup bagi larian

GEORGETOWN: Ribuan kenderaan terkandas dalam kesesakan teruk menuju ke Jambatan Pulau Pinang ekoran sikap degil pemandu tidak menghiraukan arahan jangan menggunakan jambatan yang ditutup berikutan penganjuran 'Alliance Penang Bridge International Marathon 2011', semalam.

Kesesakan teruk dari Sungai Dua, Bayan Lepas, Gat Lebuh Cecil, Sungai Pinang dan Lintang Hajah Rehmah berlaku apabila Jambatan Pulau Pinang serta beberapa laluan di sekitar bahagian pulau ditutup kepada semua kenderaan dari jam 1 pagi hingga 10 pagi.

Semua syarikat bas tidak menghadapi masalah kerana sudah mengetahui penutupan jambatan sejak bulan lalu, dengan tidak menjual tiket bagi perjalanan membabitkan tempoh penutupan berkenaan. - Jurucakap kaunter Terminal Bas Sungai Nibong

Walaupun ditutup sementara, pihak penganjur sudah memasang papan tanda, termasuk papan elektronik di beberapa jalan masuk dan keluar utama, sejak sebulan lalu bagi membolehkan orang ramai merancang perjalanan.

Tinjauan mendapati ada pemandu kereta dan penunggang motosikal yang memberi pelbagai alasan untuk membolehkan mereka melalui jambatan tetapi demi keselamatan peserta larian, anggota polis tidak membenarkannya.

Ada pengguna yang sanggup menunggu pula, berada di laluan ke jambatan sejak jam 7 pagi sehingga ia dibuka semula selepas larian tamat sepenuhnya. Kesesakan lalu lintas beransur pulih sebaik jalan dan Jambatan Pulau Pinang dibuka semula pada jam 10 pagi.

Dalam pada itu, kesesakan turut berlaku di Pengkalan Weld, Lebuh Light, Lebuh Farquhar, Terminal Feri Pangkalan Raja Tun Uda dan Sultan Abdul Halim berikutan orang ramai berpusu-pusu menggunakan perkhidmatan feri.
Lebih memburukkan keadaan apabila hanya satu daripada pintu laluan feri di Terminal Feri Pangkalan Raja Tun Uda boleh digunakan akibat dilanggar feri pada pertengahan bulan lalu.

Sementara itu jurucakap polis berkata, lebih 200 anggota polis dari cawangan Trafik, Jenayah dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dengan dibantu Ikatan Relawan Rakyat (Rela) ditugaskan menjaga beberapa laluan utama.

Manakala jurucakap kaunter Terminal Bas Sungai Nibong pula berkata, semua syarikat bas tidak menghadapi masalah kerana sudah mengetahui penutupan jambatan sejak bulan lalu, dengan tidak menjual tiket bagi perjalanan membabitkan tempoh penutupan berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Keselamatan rakyat diutama

Posted: 20 Nov 2011 02:18 PM PST

Wilayah

ADNAN (kanan) bersama Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk  Zulkifli Yaakob (dua dari kiri) menyertai  Program Hari Berjalan Kaki Sedunia anjuran Nestle (M) Berhad di Taman Gelora, Kuantan.

ADNAN (kanan) bersama Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Kuantan, Datuk Zulkifli Yaakob (dua dari kiri) menyertai Program Hari Berjalan Kaki Sedunia anjuran Nestle (M) Berhad di Taman Gelora, Kuantan.

Menteri Besar jamin kerajaan Pahang tak luluskan projek berbahaya

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan kerajaan tidak akan mempertaruhkan nyawa orang ramai berkaitan isu pembinaan loji nadir bumi (LAMP) yang dibangunkan Lynas Corporation Ltd (Lynas) di kawasan perindustrian Gebeng di sini.

Adnan berkata, pihak berkuasa terutama agensi yang berkaitan tidak akan meluluskan projek terbabit jika ia mengancam keselamatan rakyat kerana kilang itu dibina bagi tujuan pemprosesan.

Jika loji Lynas itu berbahaya, saya sendiri akan melarikan diri kerana kediaman saya, malah Istana Sultan Pahang berada di Kuantan. - Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang

"Jika kilang itu benar-benar berbahaya, saya sendiri akan melarikan diri kerana kediaman saya, malah Istana Sultan Pahang berada di Kuantan.

"Sebenarnya, sebagai Menteri Besar, saya tahu mengenai kilang itu kerana sudah melihat dokumen dan laporan. Saya tidak akan membiarkan rakyat mati kerana mereka yang memberi mandat memerintah negeri ini.

"Sebab itu, pembangkang, terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP menggunakan isu ini bagi merebut kuasa.

"Sebagai pemerintah yang berkuasa, kita tidak mahu hilang undi kerana kepentingan orang ramai diutamakan, hidup politik kita bergantung kepada pengundi iaitu orang ramai," katanya ketika mengulas isu pembinaan kilang nadir bumi di sini, semalam.
Beliau ditemui selepas menghadiri Program Hari Berjalan Kaki Sedunia anjuran Nestle (M) Berhad di Taman Gelora di sini.

Baru-baru ini, Pengarah Urusan Lynas Malaysia Sdn Bhd, Datuk Mashal Ahmad, berkata masih ada segelintir pihak yang mendapat maklumat salah menerusi individu tertentu yang mengaku sebagai pakar dalam bidang berkenaan.

"Secara jujur, tidak ada yang hendak disembunyikan dan kami bercakap berdasarkan fakta serta rujukan pakar.

"Malah, kami bersedia berdialog dan berjumpa dengan mana-mana kumpulan yang mempunyai niat jujur dan ikhlas mahukan kepastian serta memahami apa yang dilakukan di loji Lynas," kata Mashal.

Mengulas ada pihak yang ingin menjual rumah disebabkan pembinaan kilang itu, Adnan berkata, agensi kerajaan negeri sedia membelinya kerana masih ramai yang memerlukan rumah.

"Pada pendapat saya, Lynas bukan isu tapi diperbesarkan untuk tujuan politik, terutama Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang mahu mempertahankan kerusi selepas menang dengan hanya majoriti 1,000 undi.

"Pada masa sama, isu terbabit disokong tokoh Cina yang terpengaruh dengan DAP... itu saja," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan