Berita Harian: Wilayah |
| Posted: 17 Nov 2011 04:13 PM PST Wilayah Kerajaan negeri diminta berhati-hati buat pelaburan pada masa depanALOR SETAR: Projek ternakan ikan Keli-K yang diusahakan kerajaan negeri di Sungai Pau, Sik mengalami kerugian hampir RM400,000 sejak dilaksanakan pada 2009, kata Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Amiruddin Hamzah. Katanya, projek itu dilaksanakan oleh Novel Ventures Sdn Bhd (NVSB) di tanah seluas kira-kira lima hektar secara usaha sama, iaitu Menteri Besar Diperbadankan yang memegang saham 51 peratus dan Dawi Corporation 49 peratus saham. Projek itu bertujuan melaksanakan ternakan ikan keli secara komersial, termasuk untuk ditinkan bagi pasaran tempatan dan eksport, selain membantu penduduk miskin meningkatkan pendapatan melalui penternakan ikan keli secara kontrak."Apa yang dijanjikan NVSB tidak menjadi kenyataan dan sehingga tempoh 31 Disember 2010, projek itu mencatat kerugian sebanyak RM397,423 akibat kos operasi yang tinggi, termasuk kos makanan ikan dalam bentuk pellet selain sumber elektrik yang dijana melalui generator. "Bagi mengelak kerugian lebih besar, kerajaan negeri menamatkan kontrak syarikat itu dan menyerahkannya kepada anak syarikat kerajaan negeri, iaitu Kedah Agro yang kini mula menunjukkan tanda pemulihan. "Kita mencari kaedah lain untuk menurunkan kos operasi, termasuk menggunakan ikan baja yang tinggi kandungan protein sebagai makanan ikan keli di situ, selain menggunakan bekalan elektrik untuk menurunkan kos operasi," katanya menjawab soalan Mohd Tajuddin Abdullah (BN-Belantik), semalam.
Kerugian ditanggung itu turut ditegur oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) yang mahu kerajaan negeri lebih berhati-hati ketika membuat pelaburan pada masa depan bagi mengelak pembaziran wang rakyat. |
| 3,000 penghuni bergelap ‘terseksa’ Posted: 17 Nov 2011 04:11 PM PST Wilayah PENDUDUK tidak berpuas hati dengan pengurusan yang gagal membayar tunggakan bil elektrik hingga menimbulkan masalah kepada penghuni Pangsapuri Green Garden, Paya Terubong. GEORGETOWN: Kira-kira 3,000 penduduk di Blok A dan B Pangsapuri Green Garden, Paya Terubong dekat sini, hidup dalam 'kegelapan' dan 'terseksa' apabila bekalan elektrik ke perumahan mereka dipotong Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak 14 November lalu. Bahagian koridor pangsapuri itu kini dalam keadaan bergelap dan penduduk pula terpaksa menaiki tangga sehingga 25 tingkat berikutan perkhidmatan 10 lif di kawasan perumahan turut terhenti. Mereka mendakwa TNB memotong bekalan elektrik kerana kegagalan pihak badan pengurusan bersama menyelesaikan bil tunggakan bernilai RM100,000 sejak Mac tahun ini.Seorang penduduk, Sam Hong, 45, berkata masalah itu amat membebankan penduduk dan ia boleh dielakkan sekiranya pihak bertanggungjawab dapat menguruskan hal pentadbiran dengan lebih efisien. "Cara mereka beroperasi menjadi tanda tanya dan kami memohon keadilan daripada mana-mana pihak untuk membantu menyelesaikan masalah ini... kalau gagal juga kami mahu semua ahli pengurusan pangsapuri meletakkan jawatan dengan serta-merta sebelum isu ini dibawa ke peringkat atasan," katanya kepada pemberita di sini, malam kelmarin. Katanya, penduduk sudah menghantar surat kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dan Pengarah Pesuruhjaya Bangunan MPPP, Zakariya Nayan pada 28 April lalu tetapi ditolak.
Kekecewaannya turut dikongsi seorang lagi penghuni, Muhammad Azhar Humayoon Khabir, 23, yang mahu supaya satu daripada 10 lif dibuka untuk memudahkan pergerakan penduduk, khususnya yang tua, kanak-kanak. "Tindakan mereka (menutup semua lif) sememangnya mendatangkan kemarahan penduduk," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan