Khamis, 17 November 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Kolam tadahan undang maut

Posted: 16 Nov 2011 03:22 PM PST

Wilayah

PENDUDUK menunjukkan   kolam takungan air di kawasan industri Batu 7, Dungun.

PENDUDUK menunjukkan kolam takungan air di kawasan industri Batu 7, Dungun.

Pihak berkuasa diminta tutup segera agar kejadian lemas tak berulang

DUNGUN: Penduduk di Kawasan Industri Batu 7, dekat sini menggesa pihak berkuasa menutup sebuah kolam takungan air di kawasan itu yang mengorbankan nyawa seorang pemuda ketika mandi di situ minggu lalu, bagi mengelak kejadian sama berulang.

Tinjauan ke kawasan kolam itu mendapati ramai penduduk bimbangkan keselamatan keluarga mereka dan meminta pihak berkuasa menutup kolam terbabit. Penduduk, Mohamad Sahar, 47, berkata kolam terbabit menjadi tumpuan kanak-kanak dan remaja mandi dan memancing ikan berikutan keadaan airnya tenang, bersih dan sejuk serta banyak ikan.

"Sebenarnya kolam itu dalam dan berbahaya. Saya sering menghalau dan mengejar kanak-kanak jika terserempak mereka sedang mandi atau bermain di kawasan itu kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini," katanya.

Beliau berkata, kolam sedalam kira-kira 15 meter itu berbahaya dan tindakannya meminta kanak-kanak keluar dari kawasan itu ada kalanya mengundang marah orang ramai.

"Selepas seorang pemuda lemas dalam kolam itu, orang ramai mula sedar dan mahu kawasan itu ditutup segera," katanya.
Razuan Ismail, 30, berkata, jalan masuk ke kawasan itu lengang dan jika berlaku sesuatu, mangsa sukar mendapatkan pertolongan.

Katanya, kedudukan kolam itu terlindung akibat dilindungi pokok besar dan tumbuhan terbiar.

"Jika sesiapa lemas, orang ramai tidak menyedarinya kerana kawasan itu sunyi," katanya.

Razuan berkata, pihak berkuasa perlu meletakkan papan tanda amaran bagi memberi peringatan kepada mereka yang tidak tahu bahaya mandi di kolam itu.

Afandi Ali, 43, pula berkata, kolam itu dipercayai digali untuk pengambilan tanah bagi menambak beberapa kawasan projek binaan.

"Ramai kanak-kanak dan remaja yang mandi dan memancing di kolam itu datang dari luar kampung ini dan mereka tidak mengetahui bahaya menanti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pencuri fius tempah maut

Posted: 16 Nov 2011 02:48 PM PST

Wilayah

 FIUS  pengagihan elektrik TNB di Jalan Anggerik Mokara, Seksyen 31, Shah Alam, dicuri.

FIUS pengagihan elektrik TNB di Jalan Anggerik Mokara, Seksyen 31, Shah Alam, dicuri.

3 kilang di Jalan Anggerik henti operasi akibat bekalan elektrik putus

SHAH ALAM: Kejadian mencuri peralatan berharga seperti besi dan tembaga di stesen pencawang dan kotak pengagihan elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan industri seperti di Jalan Anggerik Mokara, Seksyen 31, di sini, semakin berleluasa.

Dalam kejadian terbaru malam kelmarin, pihak tidak bertanggungjawab itu dipercayai melarikan berpuluh fius dan peralatan di tiga kotak pengagihan elektrik TNB di kawasan berkenaan, menyebabkan sekurang-kurangnya tiga kilang industri kecil terputus bekalan elektrik dan terpaksa menghentikan operasi. Berikutan itu, beberapa pihak, terutama pengusaha kilang meminta pihak berkuasa termasuk TNB mencari jalan penyelesaian kerana bimbang kejadian berulang sekali gus menyebabkan kerugian kepada mereka.

Sebelum ini, Sentral melaporkan pagar dan pintu utama diperbuat daripada besi di sebuah stesen pencawang elektrik TNB di kawasan sama turut menjadi mangsa apabila ia dilarikan pihak tidak bertanggungjawab tetapi kerosakan itu sudah diperbaiki.

Pekerja, Zulhilmi Ali, 33, memberitahu Sentral kecurian dan kejadian pecah masuk pencawang elektrik di kawasan berkenaan dipercayai dilakukan pada malam kerana kawasan itu terletak di lokasi yang sunyi dan kurang didiami.

"Pencuri berasa mudah untuk melakukan perbuatan mereka kerana menyedari kawasan ini terletak di tempat yang terpencil dan pada sebelah malam pula tiada orang lalu-lalang kerana ia hanya kawasan perindustrian dan jauh daripada kediaman," katanya.
Beliau percaya perbuatan berulang kali itu dilakukan orang sama yang mahir dalam bidang elektrikal kerana peralatan yang dicuri seperti fius kotak pengagihan elektrik boleh mendatangkan maut jika mereka tidak berkemahiran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika diminta mengulas kejadian itu berkata, pihaknya percaya mereka yang melakukannya berpengetahuan dalam bidang elektrikal kerana ia boleh mengundang padah.

"Setakat ini kejadian itu jarang berlaku di kawasan lain tetapi polis akan mencadangkan kepada pengurusan TNB supaya satu perjumpaan diadakan untuk berbincang dan merangka strategi bagi memastikan ia tidak berulang,"katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan