Berita Harian: Wilayah |
| Ubi kayu paling laris musim tengkujuh Posted: 15 Nov 2011 03:32 PM PST Wilayah CHUKAI: Menjelang musim tengkujuh, selera terhadap makanan penduduk juga berubah dan kini ubi kayu mula mendapat permintaan tinggi lantaran keenakannya untuk dijadikan pelbagai juadah seperti ubi rebus cicah ikan masin, pengat manis dan digoreng malah dibuat masak lemak.Tinjauan Berita Harian mendapati, perubahan selera itu menyebabkan kalangan penjual ubi kayu di sekitar daerah ini mencatat jualan tinggi mencecah hingga 500 kilogram sehari, kerana hidangan yang pernah menjadi makanan ruji rakyat ketika penjajahan Jepun, adalah makanan ringan terbaik untuk hidangan sarapan pagi dan petang. Penjual ubi kayu di kampung Pondok Limau di sini, Habshah Osman, 45, berkata beliau mula membuka gerai jualan ubi kayu di tepi jalan sejak akhir bulan lalu, sebaik saja hujan lebat menandakan permulaan musim tengkujuh mula melanda daerah itu, bagi memenuhi permintaan pelanggan. "Memang jualan ubi kayu laris ketika musim tengkujuh. Sebab itu menjelang minggu ketiga Oktober saya sudah bersiap sedia membuka gerai menjual ubi kayu."Saya mampu menjual lebih 100 kilogram sehari, malah ada hari sehingga mencecah 500 kilogram sehari. Permintaan tinggi juga disebabkan harganya masih murah kira-kira RM2 saja sekilogram," katanya. Seorang lagi penjual ubi kayu yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 50, mengakui jualan ubi kayu pada musim hujan sangat laris dan pada hari-hari tertentu, bekalan ubi kayu di gerainya habis dijual sebelum jam 2 petang. Kakitangan swasta yang juga penggemar ubi kayu, Roslan Sanip, 49, berkata beliau gemar bersarapan pagi ubi kayu yang dimasak isterinya kerana makanan itu mempunyai khasiat sama seperti nasi. Kakitangan kerajaan, Wan Razali Wan Hassan, 52, berkata ubi kayu bukan saja sama khasiatnya seperti nasi, malah ia boleh dibuat pelbagai kuih, seperti belebab ubi kayu dan rasanya enak jauh lebih enam berbanding kuih yang dibuat daripada beras dan gandum. "Bila makan ubi kayu, ada orang kata kita berbalik ke belakang kerana ia makanan ketika penjajahan Jepun. Ia tanggapan salah kerana ubi kayu memang enak dan tiada sebarang kekurangan padanya malah saya yakin ia mempunyai potensi besar untuk dikomersialkan," katanya. |
| Posted: 15 Nov 2011 03:31 PM PST Wilayah Pelajar dinasihat elak main air banjirKOTA BHARU: Pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir diingatkan tidak bermain air pada musim tengkujuh bagi mengelakkan kejadian lintah memasuki kemaluan hingga menyebabkan pendarahan. Tahun lalu, 13 kes pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke beberapa hospital selepas berlaku pendarahan dan terpaksa diberi rawatan susulan. Pengarah Pejabat Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang, berharap peringatan itu tidak dipandang ringan kerana mengikut laporan tahun lalu, ada pelajar yang diberi rawatan kecemasan akibat kemaluan mereka dimasuki lintah selepas bermain air banjir.Beliau turut mengingatkan pelajar yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya menjaga aspek kebersihan makanan kerana pelbagai kuman penyakit bawaan air dikesan ketika musim banjir akibat kegagalan menjaga kebersihan air dan makanan. "Saya mahu mengingatkan supaya pelajar perempuan tidak leka bermain banjir terutama calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengelak mereka diserang lintah ketika banjir nanti," katanya selepas melawat tiga daripada 14 calon SPM yang menduduki peperiksaan di hospital seluruh negeri ini termasuk Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu di sini, semalam. Hussain berkata, pihaknya mengenal pasti 9,224 daripada 36,333 calon SPM di negeri ini dijangka terbabit dengan lokasi banjir apabila kediaman mereka terletak di 67 kawasan yang biasa terdedah ancaman banjir di seluruh negeri ini.
"Daripada 67 pusat terbabit banjir, 10 sekolah terletak di Kota Bharu, diikuti tiga di Tumpat; lima di Pasir Mas dan masing-masing dua di Tanah Merah, Machang, dan Gua Musang. "Selebihnya, enam lokasi banjir di Pasir Puteh dan sembilan lagi di Kuala Krai, namun semua calon SPM terbabit diberi jaminan boleh menduduki peperiksaan dengan selesa kerana JPN menambah bilangan petugas peperiksaan seramai 492 orang yang menjaga di kawasan berisiko banjir," katanya. Sementara itu, 14 calon SPM yang menduduki peperiksaan di hospital membabitkan tiga calon di HRPZ, diikuti tiga HUSM, dan masing-masing satu calon di Hospital Tumpat, Hospital Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Jeli selain seorang lagi di Hospital Pakar Perdana, di sini. INFO Lintah (Info disediakan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Awam HRPZII Kota Bharu, Zaid Ahmad) |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan