Selasa, 15 November 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


1,500 unit rumah sewa PRISMA

Posted: 14 Nov 2011 04:07 PM PST

Wilayah

RUMAH sewa awam Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia  di Gelang Patah  hampir siap.

RUMAH sewa awam Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia di Gelang Patah hampir siap.

Peluang kepada rakyat berpendapatan rendah di Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,500 unit rumah sewa awam Perumahan Rakyat Iskandar Malaysia (PRISMA) di Gelang Patah, di sini ditawarkan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) kepada pemohon warga Malaysia yang memenuhi syarat ditetapkan.

Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Ismail Ibrahim, berkata warga Malaysia yang berminat untuk memohon mesti berusia antara 20 hingga 60 tahun dan sudah berkahwin dengan pendapatan kasar bulanan keluarga kurang RM3,000 sebulan. Katanya, mereka yang memiliki seorang anak, mesti berpendapatan kasar tidak melebihi RM3,100 sebulan, keluarga mempunyai dua anak (RM3,200) dan mempunyai tiga anak (RM3,300).

Bagi keluarga yang mempunyai empat anak, pendapatan mesti tidak melebihi RM3,400 sebulan dan mereka yang mempunyai lima anak dengan pendapatan kasar RM3,500 sebulan juga layak memohon untuk menyewa di rumah terletak di Lima Kedai, Gelang Patah itu.

"Syarat lain termasuk mesti bekerja di dalam kawasan Iskandar Malaysia dengan tidak melebihi 20 kilometer dari tapak perumahan PRISMA, tidak memiliki rumah atau tanah dalam lingkungan 30 kilometer dari tapak sama dan tidak memiliki rumah awam kerajaan Johor di Iskandar Malaysia," katanya.

Projek perumahan PRISMA antara lain dirancang secara menyeluruh dan holistik yang menyediakan kawasan perumahan dan kemudahan awam sebaik mungkin kepada penghuninya. Rekaan adalah untuk menyediakan keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk mengikut Teknologi Hijau dan Pencegahan Jenayah Melalui Reka Bentuk Alam Sekitar (CPTED).
Ismail berkata, projek itu menyediakan 1,350 unit apartmen dengan tiga bilik tidur berkeluasan 900 kaki persegi dan 150 unit dengan empat bilik berkeluasan 1,200 kaki persegi, selain apartmen mesra orang kurang upaya (OKU) turut disediakan di tingkat bawah.

Katanya, harga sewa rumah adalah bergantung kepada kedudukan tingkat rumah dengan bilangan bilik tidur serta tidak termasuk bil elektrik, air dan kumbahan.

Beliau berkata, penyewa perlu membayar deposit sebanyak dua bulan sewa serta sebulan wang pendahuluan, selain deposit air, api dan kumbahan masing-masing sebanyak RM100.

Harga sewa bulanan di tingkat bawah untuk tiga bilik tidur adalah RM420 manakala empat bilik sebanyak RM560.

Sewa di tingkat satu untuk tiga bilik adalah RM400 dan empat bilik tidur (RM530); tingkat dua untuk tiga bilik (RM380) sebulan dan empat bilik (RM505), manakala tingkat atas untuk tiga bilik (RM360) dan empat bilik (RM480) sebulan.

Full content generated by Get Full RSS.

Pejabat Daerah urus projek kecil

Posted: 14 Nov 2011 04:06 PM PST

Wilayah

ZAMBRY melawat Mat Isa di rumahnya di Teluk Muroh.

ZAMBRY melawat Mat Isa di rumahnya di Teluk Muroh.

Langkah bagi percepat semua program pembangunan, jimatkan kos

LUMUT: Semua projek pembangunan kecil di Perak akan diuruskan oleh Pejabat Daerah masing-masing dalam usaha untuk mempercepatkan semua program pembangunan, sekali gus mampu menjimatkan kos perbelanjaan sesebuah projek.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata melalui pendekatan baru itu, projek kecil yang sebelum ini dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) akan diurus secara terus oleh pejabat daerah masing-masing. Katanya, bagi tujuan itu mana-mana projek yang dikenal pasti membabitkan kepentingan awam dan tidak berisiko tinggi, semua kerja berkenaan akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah.

Sebelum ini, beliau berkata, JKR diberi tanggungjawab melaksanakan semua projek kerajaan. Bagaimanapun, kerajaan negeri mengambil keputusan supaya menyalurkan projek tertentu kepada Pejabat Daerah pula untuk dilaksanakan.

"Tindakan ini bukan bermakna kita tidak percaya dengan kemampuan pihak JKR, tetapi kita sekadar membantu mereka (JKR) untuk mempercepatkan lagi pelaksanaan sesuatu projek.

"Semakin lewat mana-mana projek dijalankan, maka pihak kerajaan akan menanggung kos yang semakin meningkat," katanya kepada pemberita ketika meninjau pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Al-Khairiah Kampung Teluk Muroh, Jalan Teluk Batik, dekat sini, kelmarin.
Zambry berkata, SAR Al-Khairiah Kampung Teluk Muroh yang turut menempatkan TADIKA Islam Al-Abrar adalah projek yang dilaksanakan mengikut konsep baru itu.

Katanya, sekolah agama itu berjaya disiapkan mengikut speksifikasi, jadual, mutu dan mematuhi ciri-ciri keselamatan seperti ditetapkan.

"Kita mendapati bangunan yang dibina dengan kos kira-kira RM500,000 itu siap hampir 98 peratus dan bakal beroperasi, Rabu depan.

"Seramai 400 murid akan meneruskan pengajian mereka di bangunan yang merangkumi lapan kelas, dua bilik guru, sebuah surau dan kemudahan tandas," katanya.

Sementara itu, Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor meneruskan program turun padang dengan melawat empat keluarga di Kampung Padang Tembak, dekat sini.

Antara rumah dikunjunginya ialah Mat Isa Saad, 48, pesakit kanser hidung; Salbiah Montel, 56, pesakit diabetis; Mohd Salleh Ibrahim, 48, yang patah tulang pinggul akibat kemalangan serta ibu angkat beliau, Latifah Manan, 56, yang pernah menjaganya ketika kecil di Pulau Pangkor.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan