Berita Harian: Wilayah |
| Posted: 06 Nov 2011 01:35 PM PST Wilayah SEORANG pondan dipercayai memberi tawaran harga bagi khidmat seks di Lebuh Chulia. GEORGETOWN: Kawasan sekitar Lebuh Chulia di sini, terus menjadi tumpuan kegiatan maksiat dan imej sebagai 'lubuk pondan' mencari rezeki masih kekal walaupun tindakan penguatkuasaan dilakukan sepanjang masa. Dengan berpakaian wanita, kebanyakan pondan yang berkeliaran mencari pelanggan di kawasan itu dan lorong lain yang berdekatan termasuk Jalan Pintal Tali, Lebuh Campbell dan Jalan Penang, tidak segan silu menawarkan perkhidmatan mereka.Peniaga di sini boleh mengenali wajah pondan kerana sudah lama cari makan di sini, malah ada juga muka baru setiap bulan. Bukan di sini saja, mereka juga merayau di Jalan Pintal Tali, Lebuh Chambel dan Jalan Penang. - Ali Abdul Rahman, Peniaga runcit Tinjauan di sekitar kawasan itu mendapati pondan, sama ada berkumpulan atau berseorangan berpelisiran bermula jam 9 malam sehingga awal pagi di bawah cahaya lampu yang samar-samar mencari pelanggan.Ada pondan yang berpakaian terdedah seperti model, malah ada yang hanya memakai kemeja-T serta berseluar panjang, yang sekali sekala muncul dari kawasan gelap. Sekurang-kurangnya 10 pondan menunggu pelanggan di sepanjang Lebuh Chulia, malah mereka berani menahan kereta apabila pemandu memperlahankan kenderaan apabila aksi pondan itu mencuri tumpuan orang awam. Kelihatan juga pelanggan yang menunggang motosikal menghampiri pondan, dipercayai berminat dengan tawaran pondan berkenaan. Mereka juga mensasarkan pelancong asing serta pekerja asing di bandar ini. "Kamu boleh bawa saya pergi," katanya yang beredar selepas curiga dengan penulis. Sementara itu, seorang peniaga runcit, Ali Abdul Rahman, 39, berkata senario itu bukan sesuatu yang baru di kawasan berkenaan, malah pelbagai tindakan diambil bagi membasmi gejala yang tidak sihat itu. Ali yang berniaga di kawasan itu sejak 20 tahun lalu, berkata pondan yang menawarkan perkhidmatan seks itu, kini semakin ramai dengan bergerak secara berkumpulan atau berseorangan. "Peniaga di sini boleh mengenali wajah pondan kerana sudah lama cari makan di sini, malah ada juga muka baru setiap bulan. Bukan di sini saja, mereka juga merayau di Jalan Pintal Tali, Lebuh Chambel dan Jalan Penang. "Ada beberapa lagi lorong 'panas' di pusat bandar ini yang menjadi tempat pondan menjalankan aktiviti tidak bermoral mereka," katanya. Ali berkata, walaupun penguatkuasaan dijalankan, pondan berkenaan masih meneruskan kegiatan mereka. "Kegiatan itu boleh dibanteras jika masyarakat setempat bekerjasama, sekali gus dapat membersihkan nama kawasan ini. Jika tiada sokongan daripada pelanggan, mereka tidak akan dapat cari makan," katanya. |
| Petani Parit Lima hingga 10 resah sawah ditenggelami air Posted: 06 Nov 2011 01:16 PM PST Wilayah SUNGAI BESAR: Petani di kawasan Parit Lima hingga 10, di sini, resah memikirkan keadaan sawah yang ditenggelami air berikutan musim tengkujuh sekarang.Keadaan itu memaksa mereka menjenguk sawah setiap hari untuk memastikan pam yang dipasang berfungsi dengan baik bagi memastikan air tidak memasuki petak sawah. Seorang petani, Roslan Hassan, 42, berkata sawah padi adalah satu-satunya sumber rezeki untuk menampung kehidupannya sekeluarga dan masalah itu membimbangkannya. "Dengan keadaan sawah yang ditenggelami air, kos mengupah orang mengeringkan sawah agak tinggi. Itu belum dikira dengan kos menyulam benih atau tabur kali kedua apabila tiada langsung padi yang tumbuh," katanya ketika ditemui Sentral.Mengikut jadual, ketika ini sepatutnya dimulakan proses membaja dan meracun, tetapi malangnya ia tidak dapat dilakukan berikutan pokok padi tidak tumbuh. Berikutan itu, petani terbabit meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membantu menyelesaikan masalah untuk mengeringkan sawah kerana paras air di parit pembuang lebih tinggi dari paras air sawah. Keadaan itu menyebabkan air dari parit pembuang akan masuk semula ke sawah apabila pam berhenti beroperasi secara tiba-tiba sama ada disebabkan kehabisan minyak atau tersumbat lumpur. Pam akan hanya tidak diperlukan jika paras air di parit pembuang lebih rendah dari paras sawah padi dan petani tidak lagi perlu membazirkan wang untuk membeli petrol atau diesel untuk menjalankan pam. "Pam air dari parit pembuang ke parit penakung ketika ini ada masing-masing satu di Parit Tujuh 1/2, Parit Lima 1/2 dan dua di Parit Empat. "Kalau boleh JPS letakkan pam di setiap parit untuk air dari parit pembuang senang keluar ke parit penakung," katanya. Dua lot sawah padi di Parit 6 1/2 ditenggelami air manakala satu lot di Parit Tujuh milik Abd Wahid terselamat apabila proses menabur dilakukan lebih awal. Sementara itu, Arbain Hassan, 50, berkata selain menambah pam di kawasan bermasalah, pam sedia ada perlu dijalankan 24 jam untuk membantu menyelesaikan masalah sawah yang ditenggelami air. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan