Berita Harian: Wilayah |
| Posted: 03 Nov 2011 11:05 AM PDT Wilayah MASRUP (kiri) dan Abdullah menunjukkan batang padi yang diserang bena perang. SUNGAI MANIK: Masalah bena perang, ulat pengorek batang kuning, padi angin dan karah daun membabitkan kawasan seluas di 50 hektar kawasan jelapang padi Sungai Manik di sini, menimbulkan kerisauan di kalangan pesawah kerana berdepan kerugian besar. Lebih memeritkan petani, serangan serangga perosak semakin meruncing ketika masa tuaian padi hanya tinggal kira-kira 20 hari lagi. Kawasan yang diserang makhluk perosak meliputi Permatang Parit 7A, 11A, 12A, 13A dan 14 dalam projek Mini Estet Padi di bawah kawal selia Pembangunan Pertanian Bersepadu Kerian-Sungai Manik.Bena perang atau nama saintifiknya 'Nilaparvata lugens stal' menghisap cairan pokok menyebabkan tumbuhan itu bertukar menjadi kuning dan kering, manakala ulat pengorek batang kuning atau nama saintifiknya 'Scirpophaga/tryporyza incertulas wik' memakan tisu lembut bahagian dalam pelepah daun sebelum mengorek masuk ke dalam batang menyebabkan pokok padi mati dalam tempoh singkat. Karah daun pula berpunca serangga halus yang hinggap di daun dan batang padi muda lalu menghisap cairan hingga pokok menjadi lebam kemerahan dan akhirnya tangkai mereput. Tinjauan Berita Harian mendapati petani yang menanam padi menggunakan benih MR219 sudah diserang makhluk perosak itu, membabitkan kerugian antara RM1,000 hingga RM1,500 sehektar atau kerugian keseluruhan mencecah RM50,000.
"Petani disaran menyembur racun serangga tetapi tidak ramai yang berbuat demikian kerana harga bagi 250 mililiter racun serangga mencecah hingga RM104," katanya di sini, semalam. Beliau mendakwa mengalami kerugian hampir RM18,000 pada musim menuai tahun lalu apabila 24 hektar sawah padinya diserang bena perang. Pesawah lain, Abdullah Harun, 43, dari Parit 9A pula merayu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya memberi bayaran ehsan melalui Tabung Bencana Alam kepada pemilik sawah yang diserang serangga makhluk perosak itu. "Serangan makhluk perosak di kawasan sawah di Sungai Manik berlaku setiap tahun," katanya. |
| Posted: 03 Nov 2011 11:03 AM PDT Wilayah CHIN (tengah), Raja Nong Chik (tiga dari kiri), Loo (dua dari kiri), Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Mohd Akhir Mohd Jiwa (kiri), Xuan (tiga dari kanan) dan Zhang (dua dari kanan) bergambar selepas MoU di antara kerajaan Malaysia dan Beijing Enterprise Water Group Limited di Dewan Bukit Bandaraya. KUALA LUMPUR: Kawasan Lembah Pantai akan menyaksikan perubahan baru pada bentuk landskapnya menjelang 2017 dengan Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Bawah Tanah Pantai 2 yang pertama di negara ini dengan menerapkan aplikasi teknologi hijau sepenuhnya. Ia membabitkan kerja menaik taraf loji kumbahan sedia ada serta infrastrukturnya dan dijangka mampu memproses hasil kumbahan 1.4 juta penduduk meliputi hampir semua kawasan Kuala Lumpur. Apabila projek itu disiapkan kelak, kawasan lapang di atas loji bawah itu bakal menempatkan kemudahan seperti padang bola sepak, gelanggang futsal, bola keranjang, tenis, sepak takraw, pusat komuniti dan trek dipenuhi landskap hijau.Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata ia satu transformasi menyeluruh kawasan berkenaan dan dijangka menyelesaikan masalah bau kurang menyenangkan yang sering mengganggu penduduk kawasan terbabit. "Projek menelan belanja RM983 juta dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh enam tahun bermula 28 Julai lalu hingga 27 Julai 2017. "Projek ini amat sesuai pembinaannya di kawasan bandar kerana tanah diatasnya akan dibina pelbagai kemudahan diperlukan itu," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kontrak projek berkenaan, di sini, semalam.
Perjanjian Kontrak (Reka dan Bina) berkenaan antara Kerajaan Malaysia dengan Beijing Enterprises Water Group Limited (BEWG) bagi Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2. Syarikat dari China itu diberi amanah menjalankan proses reka dan bina dan pelaksanaan dijalankan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dengan bantuan dua perunding. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Wilayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan