Selasa, 22 November 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Kawasan pedalaman terus dibantu: Najib

Posted: 22 Nov 2011 02:46 PM PST

Nasional

   NAJIB   diiringi   Sum   (kiri) bersalam dengan   pemimpin masyarakat Ba'kelalan dan Bario   di   Seri Perdana,   semalam.

NAJIB diiringi Sum (kiri) bersalam dengan pemimpin masyarakat Ba'kelalan dan Bario di Seri Perdana, semalam.

Kerajaan tunai janji tegakkan keadilan sosial

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan terus memberi perhatian kepada kawasan pedalaman yang amat memerlukan bantuan selaras Program Transformasi Luar Bandar.

"Mudah-mudahan dengan ini, kita akan dapat menegakkan keadilan sosial dan pembangunan yang lebih inklusif, tidak kira kita di mana dalam pelusuk negara, pembangunan dan pembelaan akan tetap dapat dirasai rakyat. "Wang bantuan RM100, pelajar telah terima. Insya-Allah, tidak lama lagi wang RM500 juga akan diterima bagi mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah bagi seisi keluarga," katanya pada majlis meraikan ketua-ketua kampung dan masyarakat Ba'kelalan dan Bario dari Sarawak yang mengunjungi beliau di Seri Perdana di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong.

Rombongan diketuai Sum itu menemui Perdana Menteri bagi menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan masyarakat kawasan Ba'kelalan dan Bario kepada kerajaan yang berjaya membina jalan baru yang dinantikan masyarakat di kawasan berkenaan.

Najib berkata, beliau berasa bangga kerana projek untuk membina jalan di Ba'kelalan dan Bario dapat disiapkan menerusi program Jiwa Murni yang diubahsuai dan dikendalikan Kementerian Pertahanan bagi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.
Katanya, projek itu adalah satu konsep pembangunan baru yang belum pernah dibuat sebelum ini yang dapat disiapkan dengan cepat dan menjimatkan kos, hanya menelan perbelanjaan RM52 juta berbanding RM250 juta sebelum ini.

"Apa yang sangat menarik hati saya dan kerajaan bahawa projek ini jika digunakan pemikiran lama, ia masih perlu menunggu satu tempoh yang agak panjang kerana peruntukan yang diperlukan agak besar, tetapi boleh disiapkan dalam tempoh begitu cepat selepas kita mengambil keputusan itu.

"Satu daripada prinsip yang saya pegang bersama rakan dalam kerajaan, ialah apabila kita janji, kita tunaikan janji kepada rakyat," katanya.

Menerusi projek Jiwa Murni itu, pembinaan jalan disiapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diberi bekalan bahan dan peralatan dengan peruntukan disalurkan melalui Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Najib berkata, kesan projek jalan raya di Ba'kelalan itu amat besar, antaranya menjimatkan tempoh perjalanan dari Lawas ke Ba'kelalan dari tiga hari dua malam sebelum ini kepada tiga jam saja dan secara langsung mengurangkan harga bahan makanan dan minuman serta barangan lain. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

2,250 peluang kerja pertanian

Posted: 22 Nov 2011 02:44 PM PST

Nasional

PUTRAJAYA: Kira-kira 2,250 peluang pekerjaan baru berkaitan pertanian akan diwujudkan menerusi penyertaan enam syarikat swasta dalam empat projek permulaan (EPP) di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) sektor itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata penyertaan enam syarikat peneraju, Natureceuticals Sdn Bhd (Natureceuticals); Aning Resources Sdn Bhd (Aning Resouces); Nova Laboratories Sdn Bhd (Nova Laboratories); Hannan Corporation Sdn Bhd (Hannan); Pegagau Speciality Sdn Bhd (Pegagau Speciality) dan Allied Dairy Sdn Bhd (Allied Dairy) dalam melaksanakan projek di bawah NKEA pertanian, dijangka dapat menyumbangkan RM2.38 bilion kepada pendapatan negara kasar (PNK).

Noh berkata, perjanjian antara kementerian dan agensi di bawahnya dengan enam syarikat berkenaan yang ditandatangani semalam itu bagi melaksanakan projek di bawah NKEA adalah peringkat permulaan untuk mencapai sasaran PNK berjumlah RM21.44 bilion dan menawarkan 74,000 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Perjanjian dengan syarikat peneraju adalah bagi menggalakkan syarikat memainkan peranan sebagai penaung berpandukan kepada konsep syarikat peneraju di bawah syarikat swasta yang berkemampuan. Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

"Perjanjian dengan syarikat peneraju adalah bagi menggalakkan syarikat memainkan peranan sebagai penaung berpandukan kepada konsep syarikat peneraju di bawah syarikat swasta yang berkemampuan.

"Ia juga memberi peluang kepada pengusaha berskala kecil untuk turut sama melalui skim ladang kontrak selain menyediakan program latihan dan perantisan serta pekerjaan.

"Ini termasuk pemindahan kepakaran serta khidmat nasihat pengurusan supaya pembangunan aktiviti pertanian setempat dapat berjalan melalui pembiayaan ini," katanya berucap pada majlis menandatangani perjanjian antara syarikat peneraju dengan kementerian bagi melaksanakan projek di bawah NKEA Pertanian, di sini, semalam.

Enam perjanjian itu membabitkan Natureceuticals, Aning Resources dan Nova Laboratories dengan kementerian dalam EPP pembangunan produk herba bernilai tinggi yang dapat mewujudkan 1,200 peluang pekerjaan dan menyumbang RM1.84 bilion kepada PNK.
Dua syarikat lagi, Hannan Corporation dan Pegagau Speciality menandatangani perjanjian dengan Jabatan Perikanan dalam EPP pembangunan ternakan dalam sangkar secara bersepadu dan model akuakultur.

Perjanjian itu dijangka dapat mewujudkan 850 peluang pekerjaan dan menyumbang RM430 juta kepada PNK.

Perjanjian antara Allied Dairy dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi EPP Pembangunan Kelompok Ladang Tenusu pula dijangka menyumbang RM105 juta kepada PNK dan 200 peluang pekerjaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan