Berita Harian: Nasional |
| Asia Tenggara zon bebas nuklear Posted: 19 Nov 2011 03:33 PM PST Nasional DARI kiri, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (terlindung); Obama; Presiden Myanmar, Thein Sein; Perdana Menteri China, Wen Jiabao; Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung; Perdana Menteri Australia, Julia Gillard; Najib dan Menteri Luar New Zealand, Murray McCully bergambar selepas sesi pertemuan pada sidang EAS Ke-6 di Nusa Dua, Bali, semalam. - Foto AFP SIDANG Kemuncak Asia Timur (EAS) Ke-6 semalam membuat beberapa ketetapan, termasuk mahu Asia Tenggara sebagai zon bebas nuklear serta tidak dijadikan laluan untuk bahan yang boleh digunakan sebagai senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Sidang yang kali pertama turut disertai Presiden Barack Obama bersama 10 pemimpin negara ASEAN itu, turut mengambil ketetapan supaya lautan di kawasan Asia Tenggara selamat serta bebas pelayaran bagi menjamin keselamatan maritim.Pemimpin bertukar pendapat mengenai isu serantau dan antarabangsa yang boleh menjejaskan kestabilan serta keselamatan rantau ini. - Najib Razak, Perdana Menteri Dalam soal tuntutan bertindih, terutama di Laut China Selatan pula, ia mahu segala permasalahan diselesaikan secara rundingan dan mematuhi undang-undang antarabangsa khususnya Konvensyen PBB Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.Bercakap kepada wartawan Malaysia selepas berakhirnya EAS di Bali petang semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata, pemimpin bertukar pendapat mengenai isu serantau dan antarabangsa yang boleh menjejaskan kestabilan serta keselamatan rantau ini. "Beberapa negara membangkitkan isu Laut China Selatan dan menekankan agar isu ini diselesaikan berasaskan undang-undang antarabangsa, terutama UNCLOS 1982," kata Perdana Menteri yang berpuas hati mengenai hasil Sidang Kemuncak ASEAN Ke-19 dan Sidang Kemuncak lain berkaitan, termasuk EAS. Selain EAS yang disertai 18 negara, semalam turut diadakan Sidang Kemuncak ASEAN-PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan Sidang Kemuncak ASEAN-India. Pada sebelah petang semalam, pemimpin yang menghadiri EAS termasuk Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov mengadakan pemukiman di pulau peranginan ini. "Tetapi kita mencari jalan tengah ke arah prinsip yang boleh diterima pakai, terutama sekali bersandarkan kepada undang-undang antarabangsa dan juga mereka yang ada kepentingan dalam tuntutan di Laut China Selatan. "Amerika Syarikat dan China, adalah dua kuasa terbesar. Kedua-duanya ada kepentingan. China, negara ekonomi terbesar di Asia dan mungkin menjadi ekonomi terbesar di dunia nanti. "Amerika, ekonomi yang terbesar masa ini dan adalah kuasa tentera paling kuat dan menganggap ia adalah kuasa Pasifik... ada sedikit sebanyak perbezaan dari segi pendekatan," katanya. Mengenai pandangan Malaysia terhadap isu Laut China Selatan itu, Najib berkata, pendirian Kuala Lumpur amat konsisten dan penyelesaian kepada pertikaian perlu melalui proses pelbagai hala membabitkan pihak berkepentingan saja, iaitu negara yang mempunyai tuntutan bertindih. Katanya, penyertaan kali pertama Amerika Syarikat dan Russia dalam EAS itu jelas menunjukkan pengiktirafan bahawa pentingnya ASEAN sebagai satu badan kerjasama serantau, seperti dianggap sesetengah pemerhati bahawa abad ke-21 sebagai 'abad Pasifik.' |
| Syarat ketat elak lebih ramai muflis Posted: 19 Nov 2011 03:29 PM PST Nasional Didik golongan muda hemah berbelanja ikut kemampuanKUALA LUMPUR: Penilaian lebih ketat terhadap permohonan pembiayaan oleh institusi kewangan tempatan seperti diumumkan Bank Negara kelmarin, mampu menyekat lebih ramai golongan muda diisytihar muflis selain menggalakkan orang ramai berbelanja secara berhemah. Kalangan penganalisis ekonomi berpendapat, langkah itu ibarat pelindung golongan muda khususnya yang tidak mampu membayar balik pinjaman kenderaan serta kad kredit.Kini ramai mendapat pembiayaan walaupun hakikatnya mereka tidak mempunyai aliran tunai banyak atau lebihan kewangan bagi membayar balik pinjaman. - Dr Barjoyai Bardai, Profesor Perakaunan dan Keusahawanan, Sekolah Siswazah Perniagaan, UNIRAZAK Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin, berkata ketika ini, dilaporkan banyak golongan muda diisytihar muflis kerana gagal membuat pembayaran balik pinjaman serta menanggung kadar faedah yang tinggi.Katanya, dengan adanya syarat lebih ketat termasuk mengambil kira pendapatan bersih peminjam, maka risiko lebih ramai 'bankrap' akibat tidak mampu membayar balik pembiayaan dapat dikurangkan. "Saya tidak nampak usaha terbaru ini cuba menyekat lebih ramai membeli rumah dan kenderaan, sebaliknya mendidik rakyat berbelanja secara hemah mengikut kemampuan kewangan masing-masing. "Kerajaan perlu membantu rakyat dengan menyediakan lebih banyak ruang untuk orang ramai memiliki rumah serta tingkatkan pengangkutan awam," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam. Profesor Perakaunan dan Keusahawanan, Sekolah Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof Dr Barjoyai Bardai pula mengalu-alukan garis panduan baru yang mengelak pengguna 'terjerat' dalam tawaran pembiayaan institusi kewangan yang membebankan pengguna. Katanya, kini ramai mendapat pembiayaan walaupun hakikatnya mereka tidak mempunyai aliran tunai banyak atau lebihan kewangan bagi membayar balik pinjaman. "Keadaan itu bukan hanya 'menjerat' peminjam kerana terpaksa membayar faedah yang tinggi jika lewat membuat bayaran balik malah menyekat pengguna berbelanja mengikut kemampuan. Dengan adanya syarat lebih ketat ini, maka pengguna diajar menilai kemampuan diri sebelum berbelanja atau membuat pinjaman. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata garis panduan berkenaan juga mampu mengelakkan lebih ramai pengguna di negara ini berdepan risiko diisytihar muflis akibat tidak mampu membayar pinjaman. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan