Berita Harian: Nasional |
| Posted: 17 Nov 2011 05:20 PM PST Nasional Pegawai kerajaan perlu ambil langkah jamin keselamatan data, maklumat negaraKUALA LUMPUR: Pegawai kerajaan yang menggunakan telefon pintar BlackBerry dinasihatkan mengehadkan penggunaan kemudahan BlackBerry Messenger (BBM) kepada komunikasi yang tidak sensitif atau bukan rahsia kerajaan. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Jospeh Salang Gandum, berkata ia perlu diamalkan sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjamin keselamatan data dan maklumat negara. "Maklumat yang disalurkan melalui sistem BlackBerry adalah melalui kaedah penyulitan dengan tahap keselamatan pemindahan dan penyimpanan maklumat pengguna adalah tinggi dan tidak memungkinkan ia diakses dengan mudah oleh mana-mana pihak."Bagaimanapun, setiap sistem komunikasi mempunyai kelemahan dan tidak dapat menjamin kerahsiaan sepenuhnya," katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) di Dewan Rakyat semalam yang bertanya mengenai tahap keselamatan data dan maklumat terutama pengguna BlackBerry dan agensi yang mengawasinya. Joseph Salang berkata, syarikat pengendali perkhidmatan BlackBerry, Research In Motion (RIM) tidak akan mendedahkan data dan maklumat yang dihantar melalui BBM sewenang-wenangnya, namun RIM bersedia memberikannya jika diminta oleh kerajaan seperti di India dan Arab Saudi baru-baru ini bagi tujuan keselamatan negara. Menjawab soalan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) yang bertanya mengapa cakera parabola masih tidak dibenarkan penggunaannya, Joseph Salang berkata, penggunaan untuk orang awam bagi tujuan penerimaan siaran televisyen luar negara boleh memberi kesan negatif kepada rakyat dan kerajaan sukar memastikan kandungan siaran itu memenuhi Akta Penapisan Filem 2002, Kod Kandungan serta Arahan dan Garis Panduan berkaitan.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull content generated by Get Full RSS. |
| 'Pembangkang sengaja reka isu' Posted: 17 Nov 2011 05:19 PM PST Nasional MOHD PUAD (dua dari kanan) bersama Ketua Hal Ehwal Korporat dan Regulatorbi Ducth Lady Milk Industries , Rohana Safinah (kanan) melihat hasil rekaan Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya , Ampang yang memenangi pertandingan Cabaran Sekolahku Generasi Membina anjuran Berita Harian dan Ducth Lady di ibu negara, semalam. KUALA LUMPUR: Tindakan pembangkang menuduh kerajaan menghina Parlimen susulan pemberian bantuan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang dilakukan lebih awal, lebih bermotifkan politik dan cemburu. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata tindakan itu sebenarnya didorong perasaan risau pembangkang terhadap keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memahami kesusahan ibu bapa melalui pemberian bantuan secara awal itu. Katanya, mereka menganggap langkah itu bakal memberi keuntungan politik kepada kerajaan, sekali gus meraih lebih sokongan rakyat."Tindakan pembangkang menggunakan pelbagai hujah (mempersoalkan pemberian RM100) lebih kepada hujah politik, saya yakin mereka sebenarnya cemburu dengan keupayaan kerajaan untuk bayar lebih awal kepada mereka yang menerimanya. "Ini kerana sebelum ini ketika Bajet 2012 dibentangkan, mereka (pembangkang) cakap ini adalah janji kosong, kerajaan tak ada duit pun nak bayar, bila kerajaan mampu bayar lebih awal, mereka jadikan isu lain pula," katanya pada sidang media selepas menyampaikan hadiah pertandingan 'Cabaran Sekolahku Generasi Membina' dan penutupan program Berita Harian - Dutch Lady @ Sekolah 2011, di sini semalam. Melalui pertandingan mereka cipta bangunan menggunakan kotak minuman Dutch Lady itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jaya dari Ampang, Selangor merangkul tempat pertama melalui rekaan Pusat Perubatan Bonda Medical Centre, sekali gus memenangi wang tunai RM10,000 masing-masing untuk peserta dan sekolah.
Kelmarin, ketika Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran, M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) dan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mempersoalkan dari mana wang bantuan RM100 itu diperoleh serta sama ada ia dilakukan mengikut peraturan Parlimen. Mohd Puad berkata, walaupun pemberian RM100 itu diletakkan di dalam Bajet 2012, kerajaan tidak menyalahi prosedur kewangan dengan memberikan bantuan itu lebih awal berikutan dana berkenaan diambil daripada peruntukan sedia ada melalui Kumpulan Wang Akaun Penyelesaian Utama Perbendaharaan 2011. Sehubungan itu, katanya, tidak timbul kerajaan menghina Parlimen berikutan pemberian bantuan berkenaan melalui peruntukan sedia ada itu dibenarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Perbendaharaan. "Jadi, kita ambil duit daripada situ (akaun) yang mana diwujudkan satu akaun amanah untuk membayar lebih awal kepada penerima ini, kebenaran diterima sebab itu kita boleh buat pembayaran lebih awal, bukan maknanya kita buat sesuka hati," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan