Berita Harian: Nasional |
| Akhbar The Western Australian akui silap Posted: 04 Nov 2011 03:50 PM PDT Nasional Dakwaan anak Najib belanja di Perth tak berlakuKUALA LUMPUR: Akhbar Australia, The Western Australian, kelmarin mengakui membuat kesilapan berhubung laporannya Isnin lalu yang mendakwa anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membelanjakan A$60,000 (RM195,000) ketika membeli-belah di negara itu. Kenyataan di bawah tajuk 'Corrections & Clarifications' (Pembetulan dan Penjelasan) itu, disiarkan di ruangan surat pada muka 24, akhbar berkenaan. "Merujuk laporan akhbar ini Isnin lalu berhubung aktiviti membeli-belah dan bersiar-siar oleh delegasi mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, ada dakwaan bahawa anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, membelanjakan A$60,000 (RM195,000) ketika membeli-belah di David Jones (gedung beli-belah)."Akhbar ini ingin mengakui perkara itu tidak berlaku dan anak perempuan Najib tidak berada di Perth pada masa itu," kata kenyataan itu. Malah di bawah kenyataan itu, tertera polisi akhbar itu yang ia akan membuat pembetulan sebarang kesilapan besar dengan secepat mungkin. Dalam laporannya sebelum ini, akhbar Australia itu melaporkan peniaga membuat untung besar apabila seorang Wanita Pertama yang tidak dinamakan, membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.
Laporan bertajuk 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' kemudian dipetik dan disiarkan beberapa portal berita dan laman sosial di negara ini. Kelmarin, Perdana Menteri, menerusi Twitternya, menafikan laporan yang mengaitkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak perempuannya itu. Malah Najib yang kini mengerjakan ibadat haji di Makkah, meminta orang ramai tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan berkenaan. |
| Posted: 04 Nov 2011 03:49 PM PDT Nasional KUALA LUMPUR: Negara boleh berdepan masalah jika mengalami hujan lebat luar biasa secara berterusan kerana sistem sedia ada tidak mampu menampung gelombang banjir besar yang dijangka berlaku tidak lama lagi.Ini berikutan banyak sistem tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di lokasi mudah banjir di seluruh negara, masih belum siap sepenuhnya. Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir Ahmad Husaini Sulaiman, berkata antara negeri yang kemungkinan banjir besar termasuk Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang serta timur Sabah dan Sarawak. "Bagi berdepan kemungkinan itu, JPS giat mengadakan pelbagai usaha termasuk mengorek sungai, memperbaiki benteng pecah dan memasang lebih banyak pam sebagai persediaan awal menghadapi banjir."Berdasarkan keadaan yang melanda Thailand, banjir yang sama juga boleh berlaku di Malaysia. Dengan sistem yang ada, kita boleh hadapi banjir, tetapi jika hujan berterusan (seperti di Thailand), kita akan berdepan masalah. "Ia (gelombang banjir besar seperti tahun lalu) mungkin akan berlaku dan langkah segera sedang dibuat. Sistem amaran penting untuk kita mengambil langkah awal," katanya. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan