Berita Harian: Nasional |
| Najib nafi Rosmah beli barang kemas di Perth Posted: 03 Nov 2011 12:10 PM PDT Nasional PM perjelas anak tiada di Australia ketika CHOGMKUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan bahawa anak perempuannya berada di Australia manakala isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor membeli barang kemas ketika menghadiri mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini. Serentak itu, beliau yang kini sedang mengerjakan haji di Makkah meminta orang ramai tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan berkenaan. "Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Rosmah) tidak membeli apa pun barang kemas," kata Najib dalam Twitternya, kelmarin.Awal minggu ini, laporan akhbar The West Australian, mendakwa anak gadis Perdana Menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) ketika membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia. Akhbar Australia itu melaporkan peniaga membuat keuntungan besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000. Laporan itu memetik Pengarah Negeri bagi CHOGM, Richard Muirhead sebagai berkata, aktiviti masa lapang dan membeli-belah diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.
|
| 'Kebebasan individu perlu dirungkai' Posted: 03 Nov 2011 12:05 PM PDT Nasional KHALED tertarik dengan jaket keselamatan motosikal pintar (SMS-V) ciptaan penyelidik Universiti Teknikal Malaysia, Melaka, Mohd Farizz Basar (kiri) pada majlis sambutan Hari Inovasi 2011 Kementerian Pengajian Tinggi, semalam. PUTRAJAYA: Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kebebasan individu perlu dirungkai secara mendalam sama ada ia sesuai diguna pakai dalam konteks kebebasan untuk pelajar universiti berpolitik. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mempersoalkan apakah universiti boleh bertukar menjadi gelanggang yang turut merangkumi politik. "(Pelajar) minat (berpolitik) tidak salah, tetapi seseorang perlu mengambil kira asas (niat) di sebalik Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan kebebasan itu boleh disekat bagi maksud pendidikan. Justeru, pemikiran mereka yang melahirkan Perkara 10(2) itu perlu diterjemahkan."Persoalannya, adakah gelanggang universiti ini kita nak tukar menjadi gelanggang yang turut ada politik di dalamnya kerana apabila kita kata pelajar bebas berpolitik, menyertai parti politik, ia bukan 'politik masuk ke universiti' tetapi 'politik ada di dalam (universiti)' kerana pelajar itu ahli parti politik dan jadikan universiti sebagai gelanggang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Inovasi peringkat KPT dan pelancaran MyINOVASI di sini, semalam. Beliau bimbang keadaan itu menjadikan suasana berpolitik di dalam universiti sama seperti di luar sehingga ia sukar diimbangi antara pembelajaran dan berpolitik. "Mampukah kita mengimbangi keadaan ini, apabila kita bercakap mengenai soal kebebasan memilih, berpersatuan dengan matlamat pendidikan," tanyanya.
Mohamed Khaled berkata, dalam konteks pelajar universiti, matlamat pendidikan untuk menentukan ada kestabilan dalam ekosistem untuk memberi ilmu dan pendidikan kepada mereka. Beliau akan menjelaskan kepada Kabinet mengenai penghakiman itu sebelum membuat keputusan sama ada mahu memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan