Berita Harian: Nasional |
| CUEPACS bimbang DAP persoalkan kelebihan Posted: 01 Nov 2011 03:59 PM PDT Nasional Jumlah penjawat awam terjejas jika pakatan menangKUALA LUMPUR: CUEPACS bimbang jumlah kakitangan awam akan dikurangkan jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang berikutan tindakan DAP mempersoalkan pelbagai kelebihan yang diberikan kerajaan kepada mereka. Timbalan Presidennya, Azih Muda, berkata DAP tidak seharusnya mempertikaikan kenaikan gaji dan pencen diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 bulan lalu kerana ia dibuat berdasarkan kenaikan kos sara hidup di negara ini. "Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan."Kita tidak harus hanya melihat kepada pertambahan pendapatan seseorang, tetapi perlu diukur dari segi kos sara hidup yang perlu seiring dengan tahap kehidupan di Malaysia yang sedang ke arah negara berpendapatan tinggi," katanya kepada Berita Harian, semalam. Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang mempersoalkan langkah kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus, selain pelarasan kenaikan tahunan pencen bagi pesara kerajaan sebanyak dua peratus. Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, langkah itu meningkatkan perbelanjaan sektor awam sebanyak 73.7 peratus dalam tempoh lima tahun dan tidak menggambarkan kerajaan serta perkhidmatan awam yang lebih efisyen atau menjimatkan kos. "Kita sedia untuk berkhidmat kerana yakin kerajaan sedia ada sentiasa menjaga kebajikan dan melindungi rakyat menerusi pelbagai faedah yang diberikan kepada kami," katanya. |
| Posted: 01 Nov 2011 03:57 PM PDT SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sudah mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Bob Lokman, Jumaat lalu berikutan kegagalannya hadir memberi keterangan di pejabat pihak berkuasa agama itu kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah. Pengarahnya, Marzuki Hussin, berkata pihaknya sedang berusaha mengesan lokasi penulis lirik, pelakon dan pengacara yang nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, dan hanya menunggu masa untuk menahannya. "Kita masih mengesan lokasi sebenar beliau dan sekiranya berada di Selangor, kita akan menahannya serta-merta kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah tanpa tauliah," katanya ketika ditemui pada Seminar Hukuman Alternatif: Pelaksanaan dan Keberkesanan di sini, semalam. Bob Lokman sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, 10 Oktober lalu. Dia kemudian dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis. Bob Lokman ketika dihubungi beberapa kali sebelum ini enggan mengulas. Dia boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberi keterangan dengan sengaja dan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenIhsan Patuhi undang-undang. Barulah aman. Syabas JAIS. Teruskan usaha murni anda. Insya Allah hamdan assalam.kita bragama islam dan patut akur kpd undang2 yg sedia ada,Kpd Bob jgn trikut2 cara org, kita ada cara & budi,kita dah tmaktub dgn undang2,Allah mlarang kta mnentang.Melalui pbincangan smua blh selesai.Stiap masaalah blh d atasi dgn brbcang.Uruskan dgn baik,yakin kpd Allah jk kta benar nak mpjuangkan agama islam yg kta kasihi.Allah tetap mbantu jk niat kta baik.ALLAHUAKBAR. Mohd Pairus jangan cakap orang tu terpesong atau tidak kalau tiada bukti encik,nanti encik yang terpesong.. jinggo hanya syaitan yang takut dengan ilmu agama allah.. unknowname pe hal la si jais nieee...da namenye ceramah agama...xkan nk kne ade certificate gak...xphm ak ngan pihak dorg niee..xtkot kt Allah ke pe r...kan bob wat cramah utk sebarkan agama...xkan tu pon nk halang... gory Habis, kalau tak perlu ikut peraturan, bebaslah orang ramai nak berceramah. Maka, membiaklah perihal ayah pin dan syiah sebagainya. Untuk berceramah, kredibiliti penceramah itu sendiri perlu kukuh. Ini tidak, baru ditarbiah sebulan dua, dah boleh mendabik dada sebagai penceramah bertauliah. Ustaz ustaz mengaji 6 7 tahun pun malu untuk mengaku diri sendiri hebat. razman massyaallah, kenapa sampai jadi begini sdr. bob kan senang bagi kerjasama denga pihak jais supaya dapat menyelesaikan kes ini dgn cepat bukan kah itu yg dituntut oleh agama dan seorang yg bergelar ustaz, knp mest nak menggusutkan lg keadaan? Siti sekadar selingan. Paderi dan sami tak perlu rayu permit untuk bagi ceramah agama di gereja dan kuil. larangan ke atas orang islam ni nampak macam diskriminasi agama pulak Gie Rejab Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang benar... zulfiza kepada saudara bob, sekiranya anda fikir anda dipihak yang benar kenapa takut untuk berdepan dengan JAIS tetapi sekiranya anda punya agenda lain sememangnya anda perlu berasa takut.
Jainal kemungkinan bob tersalah berceramah sahaja tidak semuanya salah..tapi bob dtglah jumpa pihak JAIS Addu Kenapa nak tangkap rakyat sendiri yang beribadat.Kan bagus kalau tenaga diguna untuk tangkap PATI yang berlambak di Malaysia. Naima Berani kerana benar...kalau dia beri ceramah yg betul tentang islam..kenapa perlu larikn diri dari JAIS.. Orang yang baru mempelajari tentang islam, memberikan ceramah..sebanyak mana ilmu agama yg mampu die tuntut untuk disampaikan kpada org ramai...jgn smpai tsalah ajaran sudah la..kalau macam tu ramai la org islam yg berubah mgikut ajaran islam yg sebetulnya akan mjd ulamak atau ustaz, hanya kerana dia sudah berubah menjadi baik... Islam itu memudahkan..xsalah kalu die ingin mgajak org ke landasan yg betul tapi biar la kena pada caranya... duan Adalah perlu dan wajib dalam mendapatkan tauliah dahulu sebelum menyampaikan ceramah tentang agama. Ini tentang halatuju serta pembaikan dalam amalan keagamaan kita. Kalau tanpa tauliah sama la seperti cikgu yang mengajar anak murid tentang matematik untuk menduduki SPM misalnya sedangkan cikgu tu sendiri pun tak lulus peperiksaan PMR. Apa jadi dengan anak murid tu????...sendiri mau pikir la Hashim Tak kan beri ceramah nak tangkap, itu satu amalan yang baik, kenapa JAIS ? yang baik nak tangkap yang jahat tak nampak pula. matt kalu macam ni...abis ler pak2 lebai yg ada kat kampung tu. xpernah mintak permit buat ceramah agama kat kampung tu. abis penjara kat malaysia dengan pak2 lebai kampung pasni..heheh
msnzam apa yang susah sangatnya? daftarlah dengan JAIS kalau nak beri ceramah. sila guna prosedur yang betul. tujuan tauliah ni adalah untuk mengelakkan ajaran sesat dan songsang disampaikan kepada umat islam. sekarang ni banyak yang mengaku diri mereka ustaz atau guru agama, walhal mereka tiada kelulusan dan kemahiran yang secukupnya. janganlah nanti sampai ajaran yang tidak benar pula menjadi ikutan ummat islam nanti. beringat sebelum kena. wassalam. koy teruskan menyorok bob. Terasa macam zaman jahiliyah pulak. Teringat kisah nabi menyampaikan ajaran agama Islam dan kaum bani israel memerangi.. roslan abd rashid sangat setuju dengan en ismail, mungin atas ketaksuban berpolitik.. intan shazz juta @Ismail .. saya x rasa Bob mcm tu, sbb beliau keturunan ulamak. Cucu kepada ulamak tersohor TOK KENALI . Abu Helmi Bob dah dapat tauliah dari Allah.. Manusia pula memandai2 lebih dari Allah dan Rasul Nya.. shl semoga Allah memberi balasan kepada mereka2 yang bersubahat menentang ajaran islam. pentingkan duit, takut bukan pada tempatnya. Lee Syam Mengapakah hal ceramah tanpa tauliah ni perlu masuk dlm news. Seperti agama kita ni goyah. Adakah perihal ceramah tanpa tauliah bagi agama lain dipersoalkan? Ada masuk dlm news? Jika telah DISABITKAN kesalahan tersebut bolehlah dikeluarkan dlm news agar peserta mendapat tahu bahawa ceramah yang disampaikan itu terpesong. Namun jikalau masih DITUDUH, tak perlulah masuk dalam news. Janganlah ia gembar gemburkan kerana musuh Islam itu sentiasa melihat dan menunggu peluang atas kelemahan kita. Di akhir zaman ni sememangnya pejuang agama ISLAM ditentang. Pelbagai helah dan konspirasi akan dilakukan oleh musuh Islam untuk meruntuhkan perjuangan Islam. Cukuplah kita lihat bagaimana pemimpin Islam seperti Saddam Hussein dan Muammar Muhammad Al-Qaddafi dijatuhkan. Inilah cabaran para pejuang Islam di akhir zaman. Sekadar pandangan, hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui.
MatBlack Salam,saudara Lokman serahlah diri dan akur sementara dengan JAIS untuk siasatan dan ianya tidak menjejaskan Akidah kalau serah diri untuk siasatan,saya amat hargai pendirian saudara Lokman tetepi ini akan mengeruh kan keadaan dan susah untuk saudara bergerak bebas bagi menyampaikan Amanah Allah di masa akan datang,selepas ini jangan guna gelaran BoB lagi tukar gelaran yang lebih Islamik saya sebagai penyokong saudara bangga dengan apa yang telah saudara lakukan kerapujantan Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud, "TAATlah kamu kepada Allah dan Rasulnya dan Ulilamri (Pemerintan yang berkuasa). Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan pendapat) kembalilah kepada Allah (Al-Quran) dan Rasulnya (Hadith) kerana itu adalah sebaik-baik penyelesaian." setiap jumaat kita dengar maksud ayat ini dibaca oleh khatib ketika khutbah, kenapa kita masih leka? fikir-fikirkan.
hairul Tauliah perlu agar yg betul2 layak dan ilmu penuh di dada agar apa yg di sampaikan tidak terpesong. azizah Apa la skrg org nk bdakwah pn slah.x smestinya plu ada sjil tnggi nak buat 2 smua.jgn la bzr msa cri slah org islm...2 perompak kat luar yg mkin bregerk bebs 2 g tangkp. guesswho_noer@yahoo.com Berceramah biarlah kerana agama dan kerana Allah..jgn menghina atau mengutuk org lain yg tak sehaluan dengan kita. Janganlah jadi alat orang lain untuk mencapai maksud mereka. Ikutlah peraturan dengan mendapatkan tauliah seperti mana orang lain juga. Tiada masalah jika ikhlas. Adlin first of all jangan terlalu mudah melatah / buat kesimpulan sendiri. 'kesalahan' bob BUKAN ajaran sesat, cuma 'berceramah tanpa lesen'. seperti azmil mustapha, yusuf islam, bob juga seorang selebriti yang 'telah berpaling dari dunia hiburan'. mereka mungkin tidak mendapat pendidikan formal sebagai ulama (dan mereka tidak pernah mendakwa mereka ulama), tetapi mereka tidak sombong bila masyarakat umum menjemput mereka untuk 'berkongsi pengalaman'. tak pasal2 pulak kene denda sebab tak ada 'licence to preach'. matt sullivan x salah nak berceramah..memang dituntut..tp biar lah ceramah yang betul ke jalan Allah..jgn terpesong atau dicampur dengan politik.. jai Bob lokman just bg ceramah tanpa tauliah. Benda baik la.... X yah ler nk kecoh-kecoh. Bukan bob sebar ajaran sesat pun....... Kecohnyer....... khairul kalau bincang bab hal ehwal islam takpa...ni kau hebat berkempen pulak...kalau betul dah bertaubat duduk diaam2 kat umah tambahkan amalan. Takperlu lah nk menunjuk2 jadi alim... itu lah org ckp agama dijual beli sebagai modal untuk dikenali..... pesa jangan terlalu emosi. setip peraturan ada sebab.cuba buka sikit minda anda yang terlalu fanatik. jika tidak ada undang2 maka sesiapa sahaja boleh bagi penceramah termasuk ayah pin!. ajaran sesat akan berleluasa! siapa yang akan bertanggunjwb jika semua org bebas memberi ceramah agama. perlu di ingat bukan senang nak jadi ustaz. bukan setakat membaca buku agama tanpa berguru seperti ulamak dulu2. iman tak dapat di warisi!bkn nak merendahkan sesiapa.bukan salah nak mengajak kebaikan. tapi kena dengan cara. sedangkan nabi menyuruh kita berdakwah. tapi dgn cara penuh hikmah bukan tuduh menuduh. hentam menghentam. harap kita semua faham. yus Kalau Pihak berkuasa Agama dah kenakan syarat kepada setiap penceramah mesti ada tauliah atau sijil, kenalah pendakwah dan penceramah ikut. Mungkin ada hikmah disebaliknya berbuat demikian, Dalam hal agama kita jangan main-main, kalau orang kafir bagi ceramah atau tazkirah, bagaimana jadinya? begitu juga kalau orang yang tiada kelulusan agama, macam mana dia nak bagi ilmu kepada orang lain? Orang Islam tolong fikirkanlah..... muhammad taib anuar kalau tk salah kenapa perlu takut dan tak perlu sembunyi jika tidak bersalah..terangkan saja pkara yg senarnya...ini bru betul perjuangan.. oldman50 Saudara Bob tidak perlu takut untuk bersemuka dengan pihak berkuasa sekiranya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan. Sekiranya apa yang dilakukannya itu adalah betul dan sekiranya dia menganggap dirinya seorang ulamak, Insyallah Allah akan sentiasa memelihara beliau. Kemungkinan terlalu ramai penesihat yang memberi nesihat yang tak betul kepada beliau SITI Didoakan yang terbaik buat Bob Lokman. Memberi ceramah agama mengajak kepada kebenaran tidak perlu kepada kelulusan manusia. Itu hanyalah undang dunia semata-mata. Tindakan menangkapnya, mendendanya @ memenjarakannya jelas menggambarkan kewarasan manusia beragama dalam menangani "tanggungjawab manusia itu sendiri". shah tangkap mat rempit atau orang-orang yg buat maksiat kan lebih baik..nie tangkap orang yang bagi tazkirah walaupun takde tauliah apalah salahnya...MAKSIAT/HIBURAN BERLELUASA SEKARANG NIE, TOLONGLAH AMBIL TINDAKAN!!!!!! ABD.RASHID IBRAHIM kenapa pulak hendak tangkap Bob Lokman apa salahnya oleh kerana ceramah tanpa tauliah pun salah juga...Bok Lokman tu beri ceramah dengan betul pasal Agama sy mmg sokong Bob tu caranya memberi ceramah...pihak (JAIS) jangan ingat pihak JAIS betul sangat..sebab Bob Lokman tu memberi ceramah dengan jalan ALLAH... naz haiya...mcmna Islam nk berkembang kt Malaysia klu isu sijil/tauliah yg jd ukuran utk bg ceramah?yg penting teks/kandungan ceramah tu membina ummah.tak menyimpang dr ajaran dn sunnah nabi..bukan nk membela,tp...adakah yg bertauliah itu sudah cukup baik ceramahnya?sudah2 la tu.. Ismail semoga Allah yg maha besar membuka hati ko bob mungkin ko betul tapi ko terpesong dengan apa yang ko perjuangkan . |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan