Berita Harian: Mutakhir |
| PAC mula siasat pertukaran saham MAS-AirAsia Posted: 21 Nov 2011 03:06 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini diberitahu bahawa Rangka Kerja Kolaborasi Komprehensif (CCF) antara MAS dan AirAsia adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang yang membolehkan syarikat penerbangan negara menghadapi cabaran masa depan industri penerbangan antarabangsa.Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata ini adalah antara keterangan awal saksi dari beberapa agensi yang dipanggil untuk menghadap jawatankuasa itu. Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat hampir dua jam PAC di Bangunan Parlimen di sini yang juga pertemuan pertama PAC untuk menyiasat kontroversi CCF MAS-AirAsia. Katanya, jawatankuasa itu juga diberitahu mengenai objektif, rasional serta strategi CCF tersebut.Beliau berkata, PAC sudah memanggil wakil termasuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Long See Wool: Ketua Eksekutif Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar; dan Pengarah Urusan MAS, Ravi Menon, untuk memberi penerangan kepada jawatankuasa itu mengenai pertukaran saham MAS dan AirAsia. "Mereka juga memberi penerangan mengenai industri penerbangan antarabangsa yang menghadapi pelbagai cabaran masa kini, di mana banyak syarikat penerbangan menghadapi masalah. "PAC diberitahu bahawa ini (pertukaran saham) adalah strategi jangka panjang untuk tangani masalah ini," katanya.
|
| Najib lancar Strategi Biomas Kebangsaan Posted: 21 Nov 2011 12:59 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melancarkan Strategi Biomas Kebangsaan bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai hab bioekonomi dan bioteknologi.Strategi dengan tema "Biomas kepada Kekayaan" itu dibangunkan Agensi Inovasi Malayisa (AIM) dengan kerjasama Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan agensi kerajaan utama, universiti dan pemain industri. Ia dilancar Perdana Menteri semasa perasmian BioMalaysia 2011 dan Sidang Kemuncak RIM Pasifik mengenai Industri dan Biotenaga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, sebentar tadi.Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan