Berita Harian: Mutakhir |
| Najib lancar slogan 'BN Pilihan Orang Muda' Posted: 20 Nov 2011 03:35 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan slogan baru Barisan Nasional (BN), 'BN Pilihan Orang Muda' khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu.Pelancaran itu disempurnakan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN selepas menyampaikan Amanat Presiden kepada Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, slogan berkenaan akan digunakan sayap muda parti termasuk Pemuda dan Puteri UMN0 untuk meraih undi golongan muda pada pilihan raya umum ke-13. Full content generated by Get Full RSS. |
| Amaran hujan di utara dan pantai timur Semenanjung Posted: 20 Nov 2011 03:15 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu mulai esok sehingga Khamis, menurut Jabatan Meteorologi hari ini.Penduduk di kawasan rendah diminta berwaspada kerana hujan terbabit boleh menyebabkan banjir. Sementara itu, angin kencang timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung dengan keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Sarawak, Labuan serta pantai barat Sabah. Angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti laut. - BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan