Berita Harian: Mutakhir |
| Posted: 18 Nov 2011 02:33 AM PST Mutakhir MIRI: Empat lelaki dan dua wanita adalah suspek terbaru yang ditahan di sini di bawah Ops Lejang bagi mencegah kes mencuri kenderaan, kata Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaludin Ibrahim.Beliau berkata, individu yang ditahan dipercayai anggota kumpulan mencuri kenderaan yang aktif di bandar raya ini dan kawasan sekitarnya sejak 10 bulan lalu. Tangkapan pertama dibuat kira-kira 5.30 petang Selasa lalu membabitkan seorang wanita berumur 38 tahun di sebuah ladang kelapa sawit di KM27, Jalan Miri-Lambir. "Ketika suspek ditahan, dia sedang memandu pacuan empat roda yang dilaporkan hilang di sekitar bandar raya Miri sehari sebelum itu," katanya dalam sidang akhbar hari ini.Jamaludin berkata, tangkapan wanita berkenaan membawa kepada beberapa serbuan lain dengan penahanan empat lelaki dan seorang wanita sementara dua kenderaan yang dipercayai dicuri turut ditemui. Beliau berkata salah seorang suspek lelaki mempunyai rekod mencuri kenderaan di sekitar sini. "Siasatan menunjukkan mereka melakukan sekurang-kurangnya dua kes mencuri kenderaan dengan beberapa yang lain masih bebas dan akan ditangkap tidak lama lagi," katanya. - BERNAMA |
| Najib, Obama adakan mesyuarat dua hala Posted: 18 Nov 2011 01:34 AM PST Mutakhir NUSA DUA (BALI): Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, hari ini mengadakan mesyuarat dua hala di luar Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan di sini esok.Dalam kenyataan pembukaannya, Obama berkata mesyuarat dua hala itu akan membolehkan kedua-dua negara membincangkan mengenai bagaimana mereka dapat memanfaatkan sebaik mungkin Sidang Kemuncak Asia Timur untuk menjamin kemakmuran dan keselamatan bersama di rantau itu. Beliau berkata, hubungan AS dan Malaysia adalah kukuh dan dapat dilihat melalui isu seperti Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). "Saya menghargai kerjasama luar biasa yang kami terima..., kami mahu menjadi rakan yang akrab dengan Malaysia," katanya.Presiden AS itu berkata, kepimpinan Najib berjaya meneruskan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sementara itu, Najib, dalam kenyataannya, berkata Malaysia bersedia memperluaskan rangkaian perdagangan dan pelaburan dengan TPP. "Diharapkan kami dapat memenuhi tarikh akhirnya tahun depan. Kami melihat terdapat prospek besar daripada segi peningkatan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara kita. Kami bersedia untuk bekerjasama dalam bidang lain juga," katanya.
AS, kata Najib, adalah rakan perdagangan keempat terbesar dan pelabur terbesar di Malaysia. Mesyuarat dua hala itu turut dihadiri Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton; Timbalan Ketua Staf mengenai Dasar, Nancy-Ann DeParle' Penasihat Keselamatan Negara, Tom Donilon; dan Penolong Setiausaha bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara, Kurt Campbell. Delegasi Malaysia pula termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Mohd Radzi Abdul Rahman; dan Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis. - BERNAMA |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan