Selasa, 15 November 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Media baru, tradisional main peranan penting perkukuhkan demokrasi

Posted: 15 Nov 2011 03:42 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Media baru dan media tradisional masing-masing memainkan peranan yang cukup penting dalam usaha memperkukuhkan amalan demokrasi di negara ini.

Pengarang Politik akhbar The Sun, Zainon Ahmad berkata demokrasi boleh diperkukuhkan melalui pemberian kebebasan kepada rakyat untuk memperoleh seberapa banyak maklumat yang mungkin bagi membolehkan mereka membuat pilihan mengenai sesuatu isu itu.

"Dalam demokrasi, kita perlu melalui pilihan raya dan untuk melaksanakan pilihan raya, kita perlu pilih calon dan parti. Tapi kalau tidak ada maklumat yang lengkap mengenai calon dan parti, macam mana nak pilih? Justeru, maklumat adalah satu kemestian," katanya dalam program Kerusi Panas, terbitan BERNAMA Radio24 di sini semalam. Zainon berkata dengan adanya maklumat-maklumat penting itu, ia berupaya membantu rakyat membuat pilihan yang bijak.

Beliau juga berkata amalan monopoli oleh sesetengah syarikat berita yang memiliki stesen televisyen, radio, dan surat khabar harus dihapuskan kerana ia bukan satu trend yang sihat.

"Amalan monopoli sedemikian bukan saja tidak membantu usaha memperkukuhkan demokrasi bahkan juga mengekang kepelbagaian pandangan yang berbeza-beza," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Malay Mail hentikan penerbitan sementara, diterbitkan semula Januari

Posted: 15 Nov 2011 03:01 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Malay Mail hari ini mengumumkan ia akan menghentikan sementara penerbitan akhbar itu dan akan diterbitkan semula Januari tahun depan.

Edisi hari ini adalah yang terakhir sebagai akhbar tengah hari percuma dan pembaca perlu membayar RM1 untuk akhbar baru Malay Mail pada tahun depan.

"Kami berpendapat ia adalah sumbangan kecil dan pembaca kami tidak keberatan untuk menyumbang kerana ia akan membantu akhbar ini untuk menyalurkan berita kepada pembaca yang lebih luas," kata pengarang beritanya, Terence Fernandez dalam satu kenyataan hari ini. Kenyataan itu berkata, laman web baru akan dilancarkan serentak dengan akhbar berbayar baru itu pada Januari.

Sementara waktu, pembaca boleh terus mendapatkan berita dari laman web Malay Maid di www.mmail.com.my. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan