Berita Harian: Mutakhir |
| Fatimah selar blogger persoal prioriti kementeriannya Posted: 06 Nov 2011 01:08 AM PST Mutakhir KUCHING: Menteri Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah menyelar seorang blogger tempatan kerana secara sindiran mendakwa beliau mengabaikan kawasan negeri Dalat, terutama selepas beliau dilantik ke portfolio sekarang.Fatimah, satu-satunya menteri wanita dalam kabinet negeri, berkata beliau turun padang hampir setiap minggu dan sering melawat kampung terpencil bagi melihat projek di kawasan yang kebanyakannya didiami masyarakat Melanau dan Iban. Beliau menegaskan demikian selepas menghadiri majlis sembelihan lembu korban Aidiladha di Semariang di sini, hari ini. Mengulas tulisan blogger berkenaan yang mendakwa beliau terlalu fokus kepada tugas kementeriannya hingga mengabaikan pengundinya, Fatimah berkata itu pandangan peribadi blogger berkenaan yang tidak tahu pergerakannya.Fatimah dinaikkan pangkat ke menteri penuh semasa rombakan kabinet pada 28 September lalu. - BERNAMA
|
| Bekas Perdana Menteri Singapura hidap penyakit urat saraf Posted: 06 Nov 2011 01:05 AM PST [unable to retrieve full-text content]SINGAPURA: Anak perempuan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Wei Ling, berkata bapanya, Lee Kuan Yew menghidap penyakit saraf yang jarang berlaku menyebabkan bekas pemimpin itu mengalami kesukaran untuk berjalan. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan