Berita Harian: Mutakhir |
| Muhyiddin nafi kerajaan buat keputusan sambil lewa berhubung PPSMI Posted: 05 Nov 2011 02:44 AM PDT Mutakhir MUAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan kerajaan membuat keputusan sambil lewa berhubung pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata pemansuhan dasar itu dilaksanakan kerajaan selepas melakukan kajian terperinci mengenai keberkesanan dasar itu. "Semua ahli Parlimen termasuk daripada pembangkang menyokong apabila kita laksanakan dasar Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk mengganti PPSMI," katanya selepas menghadiri majlis korban perdana di Dewan Sri Pekembar di sini, hari ini. Beliau berkata, hasil daripada kajian kementerian menunjukkan hanya di antara lima hingga tujuh peratus keseluruhan sekolah di bawah kementerian yang menggunakan Bahasa Inggeris ketika melaksanakan PPSMI.Majoriti daripada sekolah lain, katanya, menggunakan dwibahasa atau Bahasa Malaysia sepenuhnya di dalam PPSMI sejak dasar itu dilaksanakan pada 2003. Mengulas saranan pemimpin pembangkang supaya kerajaan mengurangkan bilangan kakitangan awam, beliau meminta, banyak pihak supaya mencabar parti-parti pembangkang melaksanakannya di negeri yang diperintahnya terlebih dulu. "Jikalau pembangkang memerintah negara, kita tahulah bahawa mereka akan memberhentikan banyak kakitangan kerajaan," katanya dan menambah, banyak pihak juga mencabar pembangkang supaya melaksanakan saranan itu di Pulau Pinang dan Selangor terlebih dulu.
Beliau berkata, kerajaan sememangnya mahu memantapkan perkhidmatan awam negara kerana sumbangan mereka penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara berjalan lancar. "Sumbangan kakitangan awam terhadap negara adalah amat besar dan mereka yang berkhidmat dengan cemerlang perlu diberikan ganjaran yang setimpal," katanya. - BERNAMA
|
| Malaysia perlu pakar IT hadapi serangan penggodam: Rais Posted: 05 Nov 2011 02:13 AM PDT Mutakhir JELEBU: Malaysia perlu menyediakan lebih ramai pakar dalam bidang pengkomputeran dan teknologi maklumat untuk menangkis serangan penggodam terhadap sistem pengkomputeran negara.Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata apa yang berlaku lebih dua bulan lalu iaitu 119 laman web terutama milik kerajaan digodam tidak harus dipandang remeh dan perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan kejadian sama berulang. "Kita perlu mempunyai lebih ramai pihak yang mahir dan pakar dalam bidang tersebut, sistem pengkomputeran negara akan terdedah dan mudah digodam sehingga boleh memusnahkan negara.Katanya, dalam hal ini masyarakat Malaysia tanpa mengira ideologi politik
"Kita tidak boleh mengambil ringan, soal sistem alam siber ini. Kita mesti
bersatu dan kita akan dapat lihat hasilnya nanti apabila ada orang yang cuba menggodam sistem kita," katanya. - BERNAMA
|
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan