Rabu, 2 November 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Tren baru Komuter beroperasi Jun tahun depan

Posted: 02 Nov 2011 03:10 AM PDT

Mutakhir

BATU GAJAH: Semua 38 set Unit Gandaan Elektrik (EMU) yang dipesan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka beroperasi sepenuhnya pada Jun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata semuanya dijangka beroperasi secara berperingkat bermula bulan depan sehingga Jun 2012.

"Set pertama tren EMU ini sudah tiba di sini pada 22 September lalu manakala set kedua tiba pada 22 Oktober," katanya pada sidang media selepas melawat Akademi Keretapi Malaysia, di sini hari ini. Katanya, semua set yang mengandungi enam koc tersebut ditempah dari Zhuzhou Electric Locomotives (ZELC) China dengan kos RM1.89 bilion dan perjanjian pembelian dimeterai pada 19 Mei 2010.

"Dengan penggunaan koc baru itu nanti dijangka peningkatan pengguna perkhidmatan kepada 200,000 orang berbanding 95,000 pada masa ini.

"Apabila beroperasi kelak, KTMB dapat menjimatkan masa menunggu dari 30 minit kepada 10 minit. Koc ini juga akan menjadi aset terbaru KTMB," katanya pada sidang media selepas melawat Akademi Keretapi Malaysia di sini.

Beliau berkata, koc baru itu akan diguna untuk laluan Tanjung Malim, Perak ke Sungai Gadut, Senawang di Negeri Sembilan dan dari Batu Caves ke Pelabuhan Klang.
Katanya, kedua-dua set yang tiba itu ditempatkan di Akademi KTMB untuk menjalani sesi pengujian dan pentauliahan sebelum dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Langkah mendapatkan tren berkenaan adalah bagi meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan selari dengan inisiatif bidang Keberhasilan Utama Negara untuk penambahbaikan sektor pengangkutan awam," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

24 murid keracunan selepas minum susu kotak

Posted: 02 Nov 2011 03:06 AM PDT

Mutakhir

KUALA NERANG: Seramai 24 murid Sekolah Kebangsaan Seri Bakti, Padang Terap di sini yang mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang, hari ini.

Kejadian membabitkan 16 murid perempuan dan lapan lelaki dari Tahun Dua hingga Tahun Lima yang mengadu mengalami simptom itu selepas minum susu kotak di sekolah mereka pagi ini.

Pengarah Pelajaran Kedah Mansor Lat berkata, sehingga 1.30 tengah hari tadi, lapan orang iaitu empat lelaki dan empat perempuan masih ditahan di wad, manakala yang lain sudah dibenarkan pulang. "Keadaan lapan murid terbabit adalah stabil," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, mereka mula mengalamai keadaan itu kira-kira 9.15 pagi, iaitu selepas sejam setengah meminum susu kotak berkenaan.

"Jabatan Pelajaran masih menyiasat kejadian itu, manakala susu yang dibekalkan pula masih baru dan belum sampai tarikh luput," katanya.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, ketika dihubungi, berkata pihaknya sudah mengambil sampel susu tersebut untuk ujian.
"Kita tidak menolak keracunan dialami pelajar terbabit berpunca dari susu kotak yang mereka minum. Kebanyakan pelajar itu mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan