Jumaat, 24 Disember 2010

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


8A hadiah untuk arwah ibu, ayah

Posted:

8A hadiah untuk arwah ibu, ayah

8A hadiah untuk arwah ibu, ayah

ALOR SETAR 23 Dis. - Biarpun ibu dan bapanya sudah meninggal dunia akibat kemalangan ngeri di Gurun tahun lalu, kata-kata semangat daripada mereka sentiasa tersemat kukuh di hati Aiman Syafiqah Mohd. Yusuf, 15.

Buktinya, Aiman Syafiqah yang merupakan anak kepada Mohd. Yusof Ahmad, 53, dan Hasnah Hamzah, 52, yang maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dua hari sebelum Aidilfitri tahun lalu berjaya meraih 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan hari ini.

Selain meragut nyawa kedua ibu bapanya, kemalangan itu turut meragut nyawa dua kakaknya iaitu Hazwani Izati, 24, dan Hafizatun Alimi, 20.

Menurut pelajar itu, dia terlalu gembira dengan keputusan tersebut dan tidak menyangka akan memperoleh 8A memandangkan sewaktu peperiksaan percubaan dahulu dia hanya mendapat 7A 1B.

"Saya gembira, namun pada masa turut sedih kerana ibu dan ayah tiada di sini untuk bersama-sama meraikan kegembiraan ini.

"Sewaktu mengambil keputusan di atas pentas tadi saya menangis kerana terkenangkan saat-saat ibu yang terus mendukung saya selepas saya mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dahulu," ujarnya dengan linangan air mata di sini, hari ini.

Aiman Syafiqah yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma di sini berkata, sewaktu ibunya masih hidup wanita itu selalu berpesan supaya sentiasa tekun menuntut ilmu kepada semua anak-anaknya.

"Selepas tragedi tersebut, saya sedikit terganggu namun saya bernasib baik kerana masih ada kakak, Farah Yuziana Mohd. Yusof; guru-guru dan teman yang selalu memberi kata-kata semangat.

"Mereka selalu ingatkan saya supaya belajar bersungguh-sungguh, jadi keputusan 8A ini adalah hadiah untuk kesemua mereka yang sentiasa berada di sisi saya pada saat yang sukar itu," katanya.

Sementara itu, menurut Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Abdullah Saad, seramai 1,981 calon PMR di negeri ini berjaya mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada tahun ini.

Jumlah calon yang mendapat semua A itu juga meningkat sebanyak 5.60 peratus iaitu bertambah sebanyak 245 orang daripada 1,736 orang pada tahun lepas.

"Jumlah calon yang telah mendaftar untuk peperiksaan ini adalah 35,909 orang dan pencapaian gred purata negeri bagi tahun ini adalah 2.857 dan jumlah ini meningkat sebanyak 0.021 berbanding dari 2009 iaitu 2.878," ujarnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Naza sumbang RM100,000 bantu pelajar mangsa banjir

Posted:

Naza sumbang RM100,000 bantu pelajar mangsa banjir

Naza sumbang RM100,000 bantu pelajar mangsa banjir


SM Faisal SM Nasimuddin (kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada Tunku Puteri Intan Syafinaz Sultan Abdul Halim sambil diperhatikan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 23 Dis. - Kira-kira 1,000 pelajar yang menjadi mangsa banjir di negeri ini menerima sumbangan berjumlah RM100,000 daripada Kumpulan Naza bagi membantu mereka membuat persiapan untuk memulakan sesi persekolahan baru awal bulan depan.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah merangkap Penaung Diraja Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) pada satu majlis di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi YSB, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim.

Kesemua pelajar yang terpilih menerima bantuan berkenaan merupakan mangsa banjir yang terpaksa berpindah bersama keluarga masing-masing ekoran bencana tersebut awal bulan lalu.

Menurut SM Faisal, sumbangan itu adalah sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat dan aktiviti kebajikan Kumpulan Naza kepada mereka yang memerlukan bantuan termasuk pelajar.

SM Faisal menambah, Kumpulan Naza yang dijemput menjadi ahli dalam Inisiatif Clinton Sedunia (CGI) baru-baru ini berazam untuk terus memainkan peranan dalam membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Sementara itu, Puteri Intan Safinaz berkata, YSB akan mengagihkan bantuan berkenaan secepat mungkin sebelum sesi persekolahan bermula 2 Januari ini.

Kata beliau, pengagihan akan dibuat dalam bentuk baucar bernilai RM100 hingga RM120 kepada setiap mangsa bagi membolehkan pelajar berkenaan membeli pakaian, kasut, beg, peralatan menulis dan buku untuk persekolahan.

"YSB menghargai dan berterima kasih kepada Kumpulan Naza kerana sudi membantu meringankan beban mangsa banjir di negeri ini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan