Utusan Online - Pahang |
Tengku Abdullah dinasihat elak aktiviti sukan Posted: Tengku Abdullah dinasihat elak aktiviti sukan
KUANTAN 25 Dis. – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dinasihatkan doktor supaya tidak terlibat dengan aktiviti sukan selama dua minggu kerana kesihatan baginda belum pulih sepenuhnya. Tengku Abdullah bertitah, doktor mendapati baginda masih lagi lemah dan memerlukan rehat secukupnya sebelum dibenarkan kembali aktif dalam aktiviti sukan. "Masalah (hidung berdarah) tempoh hari adalah kerana tekanan darah tidak begitu terkawal dan banyak sangat tekanan. "Apabila dimasukkan ke hospital saya diberi rawatan dan setakat ini, alhamdulillah. Saya tidak dibenarkan bermain sebarang sukan dalam tempoh dua minggu ini," titah baginda selepas berangkat melawat mangsa kebakaran di Tanjung Api, di sini hari ini. Pada 16 Disember lalu, Tengku Mahkota Pahang dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini akibat pendarahan hidung. Berikutan itu, baginda menjalani pembedahan kecil. Tengku Abdullah bertitah, baginda dibenarkan keluar dari hospital, Selasa lalu dan dinasihatkan mengambil ubat yang diberikan doktor. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan