Utusan Online - Jenayah |
Pelajar lemas di Sungai Jengka dapat 8A PMR Posted: Pelajar lemas di Sungai Jengka dapat 8A PMRRAUB 24 Dis. - Allahyarham Mohd. Azhar Zulkhairi Hamzah, 15, yang mati lemas di Sungai Jengka pada 17 Disember lalu mencatat keputusan cemerlang 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 yang diumumkan semalam. Pengetua Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (Semesta) di sini, Kamaruddin Kasim berkata, Allahyarham merupakan pelajar yang rajin, berdisiplin dan tergolong calon sasaran mencapai keputusan cemerlang tahun ini. Menurutnya, Allahyarham sebelum ini memperoleh 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2007. Tambahnya, warga sekolah ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan merasakan kehilangan seorang pelajar yang disenangi oleh rakan dan guru. "Sebagai tanda simpati warga sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Alumni Semesta mengadakan kutipan derma untuk disumbangkan kepada keluarga Allahyarham yang tinggal di Felda Jengka 16, Maran," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Dalam kejadian 17 Disember lalu, mangsa lemas ketika sedang mandi bersama tiga rakan lain di Sungai Jengka yang terletak dalam ladang tanah rancangan tersebut. Sementara itu, ayah Allahyarham, Hamzah Hashim, 62, mengakui terharu dan berbangga dengan kejayaan cemerlang anak bongsunya dalam peperiksaan itu. Katanya, keputusan 8A yang dicatat itu merealisasikan hasrat arwah untuk menghadiahkan keputusan cemerlang kepada keluarga tersebut. |
Pelajar PMR maut dirempuh kereta Posted: Pelajar PMR maut dirempuh keretaSIBU 24 Dis. - Seorang remaja yang sepatutnya mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semalam maut setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Wong Kim Huo di sini pagi semalam. Dalam kejadian pukul 11.45 pagi itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Michelle, 15, maut di tempat kejadian akibat dilanggar oleh dua kenderaan jenis Perodua Kenari dan Proton Saga ketika sedang melintas jalan berkenaan. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, kejadian berlaku ketika mangsa cuba melintas jalan untuk pulang ke rumah neneknya bersama dua orang sepupunya. Namun katanya, mangsa dipercayai terlebih dahulu berlari untuk melintas jalan berkenaan tanpa menyedari akan kehadiran kenderaan berkenaan lalu dilanggar Perodua Kenari tersebut, mengakibatkan dia terpelanting ke laluan bertentangan. "Mangsa yang tercampak ke seberang jalan kemudiannya dilanggar oleh sebuah Proton Saga menyebabkan dia meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini hari ini. Difahamkan, mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sedaya dekat Kanowit dan akan dibawa pulang ke rumah oleh ibunya yang sedang dalam perjalanan menuju ke rumah neneknya di Jalan Lanang. Shafie menambah, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Umum Sibu. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan