Rabu, 9 Mac 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


GTEN kecewa sikap Pas Kelantan

Posted:

GTEN kecewa sikap Pas Kelantan

GTEN kecewa sikap Pas Kelantan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 8 Mac - Gerakan Tingkat Ekonomi Negeri Kelantan (GTEN) kecewa dengan sikap kerajaan Pas Kelantan yang lebih mengutamakan politik daripada mengadakan program untuk membangunkan usahawan dan peniaga kecil di negeri ini.

Setiausahanya, Jimmy Mesir Mohamed Yusof mendakwa, kerajaan negeri tidak pernah mengambil tahu masalah dihadapi oleh usahawan dan peniaga kecil di sini yang kebanyakannya orang Melayu, biarpun telah memerintah lebih 20 tahun.

Dakwanya, golongan usahawan dan peniaga kecil dibiarkan begitu sahaja untuk meneruskan kelangsungan hidup tanpa diberikan bimbingan serta peluang memperluaskan perniagaan mereka.

Justeru katanya, perubahan drastik perlu dilakukan secepat mungkin sekiranya rakyat di negeri ini mahu menikmati keadaan ekonomi yang lebih baik berbanding sekarang.

"Kalau ditanya kerajaan negeri mengenai peniaga kecil atau usahawan jawapannya mesti semuanya beres dan okey. Memang okey dan beres sebab mereka tidak buat apa.

"Peniaga dan usahawan ibarat lembu terbiar, tidak berkandang. Kami perlu tanggung sendiri nasib kami. Setahu saya kerajaan negeri tidak pernah membantu atau mengadakan program, sebagai contoh, jika ada ekspo memang kami dijemput tetapi kami perlu membayar untuk menyertainya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Bengkel Kelantan dan Transformasi Negara di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Program itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bengkel anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu diadakan buat kali pertama di sini sebagai usaha Kerajaan Pusat untuk menggerakkan program transformasi ekonomi Kelantan.

Jimmy Mesir berkata, golongan peniaga dan usahawan di negeri ini memerlukan bantuan serta bimbingan untuk terus berkembang.

"Memang seronok berniaga di negeri ini, kita bebas, tidak ada siapa yang akan ganggu. Cuma jangan harap bantuan daripada kerajaan negeri sedangkan kami peniaga memerlukan pembimbing untuk membawa ke landasan yang tepat dalam bidang perniagaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kelantan, Hanafi Yusof berkata, ekonomi negeri ini mempunyai potensi besar untuk dimajukan tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa perhatian serius oleh pihak berkuasa.

"Memang saya akui dalam bidang ekonomi Kelantan ketinggalan berbanding negeri-negeri lain, jadi perubahan perlu dilakukan segera bagi memastikan peniaga dan usahawan dapat meningkatkan aktiviti mereka.

"Sebagai contoh, kita ketinggalan jauh dari aspek infrastruktur seperti jalan raya. Jika masalah ini diselesaikan ia akan memudahkan jaringan perhubungan dan secara tidak langsung ekonomi akan dapat berkembang dengan lebih cepat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemunculan gajah bimbangkan penduduk Kampung Lepan Bola

Posted:

Kemunculan gajah bimbangkan penduduk Kampung Lepan Bola

Kemunculan gajah bimbangkan penduduk Kampung Lepan Bola


Cosmas Ngau ( kiri) dan penduduk melihat najis gajah yang ditemui pada sebuah kebun di Kampung Lepan Bola, Batu Gajah, Tanah Merah, semalam.


TANAH MERAH 8 Mac – Penduduk Kampung Lepan Bola di sini berharap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dapat menangkap atau menghalau sekumpulan gajah liar yang dikatakan sering menceroboh kawasan kebun mereka.

Penduduk terbabit mendakwa, mereka pernah beberapa kali terserempak dengan binatang itu yang menceroboh kebun pada waktu malam.

Menurut penduduk terbabit, keadaan itu membimbangkan mereka lebih-lebih lagi kebelakangan ini kejadian manusia dipijak gajah sering dilaporkan oleh media.

Seorang penduduk, Mohd. Riduan Ismail, 24, berkata, dia telah beberapa kali terserempak dengan kawanan gajah yang memasuki kawasan kebun.

"Saya bimbang kejadian manusia dipijak gajah berlaku pula di kampung ini, justeru meminta pihak Perhilitan mengambil tindakan segera.

"Saya masih muda, boleh lagi lari kalau terserempak dengan gajah, tetapi kalau orang tua bagaimana," soalnya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam kejadian terbaru Selasa lalu, seorang penoreh maut selepas diserang oleh seekor gajah betina yang naik minyak di Kampung Serian Batu 11, Gua Musang.

Seorang lagi penduduk, Che Daud Che Asan, 55, turut mengakui pernah terserempak dengan binatang itu pada jarak kira-kira satu meter sahaja, ketika sedang menunggang motosikal pada waktu malam.

Katanya, dia bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri selepas dikejar oleh haiwan itu yang dikatakan terkejut selepas mukanya terkena lampu suluh.

"Saya kini berasa serik untuk ke ladang, takut diserang lagi oleh binatang itu," katanya yang memberitahu demam seminggu akibat insiden tersebut.

Kebimbangan sama disuarakan oleh Mohd. Supian Daud, 28, yang berharap Perhilitan segera menjejaki haiwan tersebut demi keselamatan penduduk kampung.

"Ini kerana, kami takut dan merasakan nyawa sentiasa terancam dengan kehadiran binatang di di kawasan kebun," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Perhilitan Jeli, Cosmas Ngau berkata, pihaknya akan membuat pemantauan bagi mengesan binatang tersebut.

Katanya, dianggarkan terdapat tujuh ekor gajah yang berkeliaran di kawasan berhampiran kampung berkenaan berdasarkan kepada jejak kaki yang ditemui.

"Haiwan itu dipercayai akan turun ke kebun untuk mencari sumber air di sungai berhampiran. Kita akan bekerjasama dengan penduduk untuk menangkap gajah tersebut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kes cerai, Kelantanketiga tertinggi

Posted:

Kes cerai, Kelantanketiga tertinggi

Kes cerai, Kelantanketiga tertinggi

KOTA BHARU 8 Mac - Kelantan merupakan antara negeri tertinggi dalam kes perceraian berdasarkan statistik dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2008.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, fenomena itu amat mendukacitakan dan ia perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

"Statistik yang dikeluarkan Jakim pada 2008 mencatatkan Kelantan berada di tempat ketiga dengan jumlah kes sebanyak 1,386," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, antara faktor berlakunya peningkatan perceraian adalah kurangnya penghayatan agama di kalangan suami isteri.

Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menyatakan pendapat yang sama berhubung punca kes-kes perceraian di negara ini.

Sehubungan itu, Wan Ubaidah berkata, kerajaan negeri telah merancang pelbagai agenda bagi mengatasi masalah tersebut antaranya mengadakan seminar penggubalan dasar keluarga mawaddah yang kini dalam proses penelitian.

Katanya, kerajaan negeri juga pada pertengahan tahun ini, akan menerbitkan buku Panduan Keluarga Mawaddah (yang saling sayang menyayangi) bagi dijadikan rujukan oleh masyarakat terutama pasangan yang akan memasuki alam rumah tangga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan