Jumaat, 4 Mac 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Mesti lantik individu berkelayakan

Posted:

Mesti lantik individu berkelayakan

Mesti lantik individu berkelayakan

KOTA BHARU 3 Mac – Beberapa penyokong kerajaan meminta kerajaan negeri melantik individu yang benar-benar berkelayakan bagi menerajui dan menganggotai Perbadanan Pembangunan Tok Bali, Pasir Puteh yang bakal diwujudkan.

Mereka berpendapat, pelantikan ahli lembaga perbadanan itu juga seharusnya tidak hanya terhad kepada golongan tertentu, sebaliknya lebih terbuka termasuk dalam kalangan orang tempatan.

Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong) berkata, sewajarnya bilangan individu atau swasta ditambah menganggotai perbadanan tersebut.

"Ia memberi percambahan fikiran dari luar bagi membantu kerajaan dalam memberi nilai tambah, jika tidak hanya perpindahan nama sahaja," katanya membahaskan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Tok Bali pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Rang Undang-Undang itu dibentangkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Menurut Zulkifli, perbadanan yang ditubuhkan di negeri ini masih boleh dinilai tambah bagi mempercepatkan pembangunan yang hendak dilakukan.

Beliau turut membangkitkan masalah birokrasi dalam membuat keputusan di peringkat perbadanan yang dianggotai oleh pemimpin negeri, tetapi masih perlu mendapat kelulusan kerajaan.

Sementara itu, Wan Hassan Wan Ibrahim (Pas-Semerak) pula berkata, pelantikan Ahli Lembaga perbadanan itu mesti mengambil kira orang tempatan.

"Mana mungkin pembangunan besar tidak ambil kira masyarakat tempatan," katanya.

Beliau turut meminta kerajaan negeri merangka perancangan pembangunan komprehensif dan dinamik untuk membangunkan kawasan Tok Bali dengan mengambil kira kepentingan anak tempatan.

"Kita tidak mahu 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'. Dalam keghairahan membangunkan Tok Bali, perbadanan jangan meminggirkan masyarakat. Kita tidak mahu pembangunan dibuat, tetapi rakyat lari ke hutan.

"Kerajaan juga harus mengambil kira penempatan semula penduduk apabila tanah mereka dibangunkan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad ketika menggulung perbahasan tersebut berkata, kerajaan negeri akan mengambil perhatian ke atas setiap pandangan yang dikemukakan oleh wakil rakyat.

Beliau berkata, sebagaimana perbadanan lain, Perbadanan Pembangunan Tok Bali akan turut dipandu oleh sebuah jawatankuasa bagi memastikan pelaksanaannya.

Rang undang-undang itu kemudiannya diluluskan dengan sebulat suara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu arak cetus perdebatan sidang DUN

Posted:

Isu arak cetus perdebatan sidang DUN

Isu arak cetus perdebatan sidang DUN

KOTA BHARU 3 Mac - Isu arak mencetuskan perdebatan antara Ketua Pembangkang, Datuk Md. Alwi Che Ahmad dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Perdebatan bermula selepas Takiyuddin mempersoalkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (BN) Kok Lanas itu yang mengeluarkan kenyataan media berhubung isu arak di luar dewan semalam.

Jelas beliau, kenyataan Md. Alwi mengelirukan kerana kerajaan Pas Kelantan tidak pernah mengatakan arak tidak haram sebagaimana dakwaan wakil rakyat BN itu.

"Tetapi untuk bukan orang Islam, sebagai kerajaan Islam, Islam benarkan beri kelonggaran. Ketua Pembangkang minta kecek (bercakap) dalam dewan. Nabi benar rakyat bukan Islam minum arak.

"Imam Abu Hanifah berpendapat, kerajaan Islam boleh memberi kebenaran kepada orang bukan Islam untuk mengimport arak tetapi kerajaan Malaysia buat kilang arak, Kelantan tak benar buat kilang, arak bawa masuk tak apa.

"Kita benar toleransi agar arak dibenar kepada sesetengah orang (bukan Islam). Pembangkang jangan kelirukan rakyat," katanya.

Kenyataan Takiyuddin itu mendapat respons daripada Md. Alwi yang mempersoalkan sejak bila Ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh bercakap di luar dewan.

Menurutnya, dasar kerajaan negeri itu memberi gambaran arak dan judi yang diharamkan oleh Pas Kelantan, setaraf, sebaliknya dinyatakan oleh wakil kerajaan negeri tersebut berbeza.

Takiyuddin sebaliknya menyatakan, kenyataan Md. Alwi itu bertentangan dengan amalan partinya yang mana arak dan judi tidak ada kawalan langsung.

Md. Alwi membidas kenyataan Takiyuddin itu dengan menjelaskan, dasar kerajaan Pas Kelantan dengan Kerajaan Pusat adalah sama iaitu membenarkan penjualan judi dan arak dalam kalangan bukan Islam secara terkawal.

"Yang haram tetap haram, yang halal tetap halal, siapa yang lulus dia berdosa," katanya.

Terdahulu, menjawab soalan Rohani Ibrahim (Pas-Tanjong Mas), Takiyuddin berkata, kerajaan negeri belum berhasrat untuk menyerahkan pembangunan kawasan tinggalan sejarah di negeri ini kepada pihak swasta.

Bagaimanapun katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk membangunkan kawasan peranginan dan pelancongan di Kelantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gagal tangani masalah air, Pas Kelantan persalah Pusat

Posted:

Gagal tangani masalah air, Pas Kelantan persalah Pusat

Gagal tangani masalah air, Pas Kelantan persalah Pusat

KOTA BHARU 3 Mac - Selepas gagal menyediakan bekalan air bersih kepada seluruh rakyat sehingga menimbulkan rungutan banyak pihak, kerajaan Pas Kelantan bertindak menyalahkan Kerajaan Pusat yang didakwa menafikan hak kerajaan negeri untuk mendapatkan pinjaman bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Datuk Md. Anizam Abd. Rahman berkata, Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) hanya meluluskan peruntukan RM96 juta daripada RM300 juta yang dipohon oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata, tindakan Kerajaan Pusat itu menyebabkan Kelantan terkebelakang berbanding negeri-negeri lain dalam menyediakan perkhidmatan itu kepada rakyatnya.

"Kita dinafikan hak pinjaman selama 10 tahun lebih semenjak memerintah pada 1990. Bermakna, kita kebelakang 10 tahun berbanding negeri lain. Walhal termasuk dalam tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

"Kita membayar pinjaman tersebut dan kita minta RM300 juta, tapi diberi RM96 juta, itu masalahnya," katanya menjawab soalan tambahan Hassan Mohamood (Pas-Tawang) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Md. Anizam berkata, masalah air bukan hanya berlaku di Kelantan, tetapi akhbar-akhbar hanya melaporkan apa yang berlaku di negeri ini sahaja.

Terdahulu, menjawab soalan Mohd. Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) beliau berkata, berdasarkan perlembagaan, kerja-kerja menyediakan bekalan air tertakluk di bawah Kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri.

Beliau turut memetik satu laporan yang menyatakan bekalan air bersih di negara ini hanya boleh diselesaikan sehingga 2050, walaupun Malaysia mencapai status negara maju pada 2020.

"Jadi kalau Malaysia ini, pelan induk bekalan air bersih 2050 baru nak selesai, apatah lagi negeri Kelantan," katanya.

Beliau berkata, di peringkat kerajaan negeri, pelbagai usaha telah diambil untuk meningkatkan bekalan air bersih, termasuk membina telaga jejari dan membaiki paip-paip air yang ada.

Sebelum ini, Md. Anizam memberitahu, rakyat negeri ini, terutama penduduk luar bandar perlu menunggu sehingga 2027 untuk menikmati bekalan air bersih.

Masalah bekalan air yang berlaku di negeri ini bukan isu baru dan ia telah berlarutan sejak 20 tahun lalu biarpun Kerajaan Pusat telah memberikan bantuan kewangan lebih RM500 juta kepada kerajaan Pas Kelantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan