Utusan Online - Politik |
Posted: Snap patut keluar pembangkangOleh MUHAMAD ZAID ADNAN KUALA LUMPUR 16 Mac - Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) sepatutnya keluar daripada gabungan pembangkang di Sarawak setelah mereka hanya diberikan tiga kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-10 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Fadillah Yusof berkata, ia berikutan tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan 52 calon mereka tanpa melakukan rundingan dan mendapat persetujuan dari parti pembangkang lain termasuk Snap. Menurutnya, ia jelas menunjukkan Snap sebagai sebuah parti tempatan di Sarawak tidak diterima oleh PKR yang hanya menegakkan dasar perjuangan mereka semata-mata. "Justeru, rakyat Sarawak perlu sedar dan menolak pembangkang di negeri itu kerana mereka sebenarnya tidak boleh memimpin setelah tidak boleh bersetuju walaupun pada soal pokok dan mempunyai dasar perjuangan yang berbeza," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Snap, Edwin Dundang semalam bahawa parti berkenaan tidak menolak kemungkinan untuk meninggalkan pembangkang di Sarawak. Snap bakal bertanding secara sendirian dan berkemungkinan meletakkan sehingga 40 calon pada pilihan raya itu nanti. Dalam pada itu, Fadillah yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberitahu, beliau yakin tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Petra Jaya akan mengekalkan kerusi itu untuk BN. Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya berkata, ini kerana wakil rakyat sedia ada di kawasan itu telah bekerja keras untuk rakyat sepanjang waktu dan tidak hanya menunggu sementara pilihan raya negeri diadakan. "Hanya BN sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan sebagai dasar perjuangan PBB dari dahulu lagi, kita akan terus bekerja keras demi kepentingan dan kebajikan rakyat di Sarawak," katanya. |
En Yin digugur jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah Posted: En Yin digugur jawatan Timbalan Ketua Menteri SabahKOTA KINABALU 16 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk Peter Pang En Yin (gambar) digugurkan sebagai Timbalan Ketua Menteri dalam rombakan kecil Kabinet negeri yang diumumkan hari ini. En Yin yang baru menyertai Gerakan semalam setelah meninggalkan Parti Liberal Demokratik (LDP) lebih enam bulan lalu bagaimanapun masih dikekalkan sebagai Menteri Belia dan Sukan negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman pada sidang akhbar di pejabatnya di Wisma Innoprise di sini juga tidak menyatakan sebab-sebab pengguguran En Yin sebagai Timbalan Ketua Menteri. "Selepas mengadakan mesyuarat Kabinet hari ini, ada rombakan kecil apabila En Yin digugurkan daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri, tetapi jawatannya untuk Menteri Belia dan Sukan dikekalkan. "Pengganti jawatan Timbalan Ketua Menteri yang dipegang olehnya akan diputuskan selepas ini," katanya. En Yin mengumumkan keluar LDP pada 1 September lalu selepas Timbalan Presiden, Chin Su Phin mengumumkan pucuk pimpinan parti itu tidak lagi boleh bekerjasama dengan Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri. Selepas beberapa bulan tidak menganggotai mana-mana parti, En Yin bersama 118 penyokongnya menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon di Sandakan, semalam. Mengulas penyertaan En Yin ke dalam Gerakan, Musa berkata, beliau sangat menghargai sikap bekas timbalannya itu yang masih setia dengan BN. Dalam pada itu, En Yin berkata, dia amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah menyokongnya sepanjang menggalas jawatan Timbalan Ketua Menteri, sejak 13 Mei 2009. "Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan penuh ketika saya menggalas jawatan tersebut dan amat bersyukur diberi kesempatan untuk terus berbakti kepada rakyat (melalui jawatan menteri)," katanya. Katanya, beliau menerima secara terbuka keputusan anggota Kabinet negeri mengenai jawatan Timbalan Ketua Menteri yang disandangnya sebelum ini sambil menegaskan kuota jawatan tersebut adalah untuk ADUN berketurunan Cina. Sabah mempunyai tiga Timbalan Ketua Menteri yang mana ia dibarisi oleh pemimpin yang mewakili bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan Cina. Ketika ini, jawatan untuk bumiputera bukan Islam dijawat oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan manakala bumiputera Islam disandang Datuk Seri Yahya Hussin. Persoalan siapakah bakal pengganti jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah kini menjadi tanda tanya selepas pengumuman pengguguran penjawatnya, En Yin. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, ADUN Karamunting itu digugurkan dari jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah dan ia berkuat kuasa serta-merta. Namun begitu katanya, protfolio yang digalas oleh En Yin ketika ini iaitu sebagai Menteri Belia dan Sukan negeri masih dikekalkan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan