Utusan Online - Pahang |
- Orang Asli dapat pampasan RM14 juta
- Beri peluang pekerjaan bidang teknikal, buruh
- Buka semula Zoo Temerloh
Orang Asli dapat pampasan RM14 juta Posted: Orang Asli dapat pampasan RM14 jutaOleh HARIS FADILAH AHMAD
CAMERON HIGHLANDS 10 Mac - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyalurkan sebanyak RM14 juta sebagai pampasan kepada penduduk Orang Asli di 14 kampung yang terlibat dengan projek Empangan Hidroelektrik Hulu Jelai dekat sini. Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, menerusi pampasan itu, terdapat Orang Asli bakal menerima 'durian runtuh' paling tinggi sebanyak RM100,000. ''Kita melaksanakan penilaian di kawasan tanaman dan tempat tinggal yang terbabit dengan projek empangan secara teliti dengan kerjasama Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan," katanya. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara pecah tanah projek itu di Mukim Hulu Telom di sini baru-baru ini. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyempurnakan upacara majlis pecah tanah itu. Turut berangkat, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Hadir sama, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon; Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh baru-baru ini. Che Khalib memberitahu, projek itu bakal memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan. Sehubungan itu, jelas beliau, pihaknya akan berunding dengan kontraktor projek supaya mengambil seberapa ramai pekerja di kalangan Orang Asli di sekitar kawasan berkenaan. Sementara itu, Wan Rosdy pula berkata, selain peluang pekerjaan, projek berkenaan akan melahirkan ramai usahawan baru yang terbabit dengan pembinaan, pembekalan dan makanan. ''Peluang pekerjaan sentiasa menanti belia Orang Asli apabila projek ini bermula di samping mereka juga dapat mempelajari kepakaran tertentu," katanya. Beliau menambah, masyarakat Orang Asli perlu mengubah sikap apabila menerima tempias pembangunan di kawasan masing-masing. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Beri peluang pekerjaan bidang teknikal, buruh Posted: Beri peluang pekerjaan bidang teknikal, buruhCAMERON HIGHLANDS 10 Mac - Penduduk Orang Asli di sini bersyukur dan gembira apabila kerajaan negeri akan melaksanakan projek Empangan Hidroelektrik Hulu Jelai yang melibatkan kos bernilai RM2.15 bilion pada tahun ini. Sambil menyifatkan mereka bakal bebas daripada dunia 'kegelapan,' penduduk terlibat memuji kesungguhan kerajaan negeri dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam melaksanakan transformasi pembangunan terutama bagi menjana ekonomi mereka berasaskan pertanian dan pelancongan. Tok Batin Pos Betau, Ahmad Selalu berkata, projek berkenaan memberi manfaat kepada belia Orang Asli Hulu Jelai dan Cameron Highlands menerusi peluang pekerjaan terutama dalam bidang teknikal dan buruh. ''Jika sebelum ini kami masuk ke hutan mencari gaharu, rotan dan berburu binatang, maka projek berkenaan memberi sinar perubahan hidup menerusi peluang pekerjaan untuk menyara keluarga," katanya. Projek hidroelektrik itu meliputi dua fasa iaitu fasa satu telah bermula Oktober tahun lalu dan fasa dua, dijangka bermula pada bulan depan dan bakal beroperasi mulai Disember 2015. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan berangkat menyempurnakan upacara pecah tanah di tapak projek berkenaan di Mukim Hulu Telom di sini baru-baru ini. Turut berangkat, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Projek berkenaan, kata Ahmad, memberi peluang untuk menjana pendapatan di kalangan usahawan Orang Asli dalam bidang pembekalan, pengangkutan dan projek kecil sampingan. Tok Batin Pos Senderut, Mahathir Tegos pula berkata, penduduk Orang Asli berpuas hati dan terhutang budi dengan kerajaan negeri kerana melaksanakan projek itu bagi memberi kemudahan bekalan elektrik sepenuhnya tidak lama lagi. ''Harapan kami projek ini dapat disiapkan mengikut jadual supaya Orang Asli dapat menikmati bekalan elektrik sepanjang masa dan tidak lagi menggunakan pelita dan api jamung," katanya. Seorang penduduk Kampung Cheros, Cameron Highlands, Risad Piah, 49, berkata, kaum Orang Asli berpuas hati dengan pelaksanaan projek itu selepas kerajaan negeri dan TNB mengadakan perbincangan dan mendapat persetujuan sebelum mengambil keputusan membina empangan di kawasan itu. ''Kita menyambut baik tindakan semua pihak terlibat turun padang berbincang untuk melaksanakan projek di samping memberi pampasan dan kemudahan asas untuk kehidupan kami lebih selesa pada masa akan datang," katanya. Menurutnya, projek itu merupakan satu perubahan dalam kehidupan mereka yang sebelum ini tidak menyangka bakal menikmati bekalan elektrik di penempatan mereka. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Posted: Buka semula Zoo TemerlohPIHAK berkuasa tempatan diminta membuka semula Zoo Mini yang terletak di Jalan Bahagia, Temerloh setelah tidak beroperasi sejak sekian lama. Penutupan zoo tersebut menyebabkan pengunjung mengeluh kerana tidak dapat membawa anak-anak beriadah terutama pada hujung minggu. Selain itu, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) disaran mewujudkan zoo malam seperti dicadangkan oleh bekas Yang Dipertua MPT, Datuk Zulkifli Yaakob pada Julai 2009. Zoo mini itu merupakan salah satu daya tarikan orang ramai untuk bersantai dan beriadah bersama ahli keluarga. Sejak zoo itu ditutup, ia kelihatan suram dan ramai pengunjung yang datang pulang dengan perasaan hampa kerana tidak tahu taman haiwan itu tidak lagi beroperasi. Misalnya, pada cuti perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, ramai pengunjung datang ke daerah Temerloh kerana pulang bercuti di kampung halaman masing-masing. Mereka membawa ahli keluarga terutama anak-anak untuk melihat pelbagai spesies haiwan secara lebih dekat, malangnya, hasrat itu tidak kesampaian kerana zoo tersebut ditutup. Zoo mini itu boleh dijadikan salah satu produk pelancongan daerah ini dan sepatutnya dimajukan lagi. Ia perlu diuruskan dengan baik kerana zoo itu menjadi tumpuan orang ramai termasuk dari daerah lain seperti Jerantut, Maran, Bentong, Raub dan Lipis. Saya berharap MPT dapat merealisasikan zoo malam itu seperti dirancang kerana ia adalah daya tarikan baru kepada daerah Temerloh dan pastinya mendapat sambutan baik daripada orang ramai. Difahamkan, zoo berkeluasan satu hektar itu diambil alih oleh MPT daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi tujuan mewujudkan zoo malam. Penduduk kini menunggu wujudnya zoo malam untuk melihat haiwan seperti ular, buaya dan bermacam-macam lagi. Dengan adanya zoo malam itu, orang ramai dapat melihat sendiri bagaimana kehidupan haiwan liar tersebut pada waktu malam. Saya berharap MPT mencontohi Majlis Perbandaran Taiping dan Majlis Perbandaran Kemaman yang berjaya mewujudkan zoo masing-masing. Kita mahu melihat Zoo Temerloh menjadi zoo terbesar di Pahang dan terkenal seperti taman haiwan sedia ada di negara ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan