Sabtu, 19 Mac 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Lori kuari kuasai jalan

Posted:

Lori kuari kuasai jalan

Lori kuari kuasai jalan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


JALAN Kampung Matang Pagar, Sungai Buloh berlopak selepas hujan dan berdebu pula pada musim panas akibat digunakan oleh lori yang mengangkut batu dari kuari berdekatan setiap hari. – UTUSAN/AMIRA AZMAN


SUNGAI BULOH 18 Mac – Terlalu tinggi harga yang perlu dibayar oleh penduduk di sekitar Kampung Matang Pagar di sini untuk melalui jalan di kawasan kampung mereka setiap hari.

Ini kerana mereka terpaksa berkongsi jalan dengan lori-lori besar yang berulang-alik dari sebuah kuari berhampiran.

Bukan sekadar membahayakan nyawa pengguna jalan tersebut, malah kehadiran kenderaan berat itu turut memberi kesan buruk kepada jalan raya di situ.

Lubang besar, tidak rata dan beralun sudah menjadi ciri utama jalan di Kampung Matang Pagar.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, dakwaan penduduk bahawa mereka terpaksa berkongsi jalan dengan lori-lori besar memang benar, malah lori-lori itu dilihat 'sangat berkuasa' di jalan itu.

Seorang penduduk, Hanif Sapri, 31, berkata, keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak sentiasa terancam dengan kehadiran lori-lori dari kuari berhampiran yang memulakan operasi sejak pukul 5 pagi setiap hari.

Katanya, sudah banyak penduduk yang maut dan cedera kerana terlibat dalam kemalangan dengan lori-lori berkenaan tetapi semua itu tidak pernah memberi kesan kepada operasi lori terbabit.

"Laluan di sini memang sibuk dan kehadiran kenderaan berat memburukkan lagi keadaan.

"Masalah jalan rosak juga tidak pernah ada kesudahannya. Tindakan yang diambil hanya bersifat sementara.

"Isu ini pernah dibangkitkan oleh media dan selepas itu, pihak berkuasa ada mengambil tindakan tetapi keadaan kembali seperti sedia kala selepas beberapa ketika," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Nazar Munir, 46, berkata, jalan rosak dan berlubang bukan sahaja membahayakan pengguna, malah turut merosakkan kenderaan.

Katanya, dia terpaksa memperuntukkan sejumlah pendapatannya untuk membaiki kerosakan kereta akibat melalui jalan kampung itu setiap hari.

Tambahnya, kehadiran lori-lori kuari juga mencemarkan udara di kawasan itu dan rumahnya yang terletak di Taman Impian Indah tidak pernah lekang daripada masalah habuk.

Mohd. Razi Md. Radi, 68, pula berkata, keadaan jalan tersebut yang tidak rata di kawasan itu boleh mengundang kecelakaan kepada penduduk terutama penunggang motosikal dan kanak-kanak yang berbasikal ke sekolah.

"Saya pernah jatuh daripada motosikal kerana tidak sempat untuk mengelak lubang. Nasib saya baik kerana hanya cedera ringan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis tingkat kawalan di stesen LRT

Posted:

Polis tingkat kawalan di stesen LRT

Polis tingkat kawalan di stesen LRT


TUN Hisan Tun Hamzah (kanan) mendengan penerangan daripada Ketua Keselamatan Kumpulan Prasarana, Abu Shahriman Abu Yazid (tengah) semasa menaiki LRT untuk ke Stesen LRT Ampang, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Mac - Polis Selangor memberi jami nan bahawa orang ramai kini tidak lagi terdedah kepada jenayah jalanan seperti penyeluk saku dan ragut apabila menggunakan kemudahan transit aliran ringan (LRT) di negeri itu.

Ini berikutan langkah polis kontinjen negeri yang akan meningkatkan tahap kawalan di sekitar stesen-stesen LRT yang mempunyai indeks jenayah tinggi dan kawasan panas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pendekatan yang dilaksanakan itu bagi mening katkan keyakinan orang ramai terhadap soal keselamatan di kawasan awam.

"Apabila saya bertemu dengan beberapa pengguna LRT tadi dan bertanyakan tentang keselamatan, mereka me lahirkan rasa selamat serta yakin menggunakan kemudahan itu dengan adanya anggota polis yang bertugas.

"Perkara ini merupakan satu perubahan yang dialu-alu kan dan usaha untuk menyakinkan orang ramai boleh dianggap berjaya," katanya selepas melakukan 'walkabout' Ketua Polis Selangor di laluan Stesen LRT Cahaya ke Am pang di sini hari ini.

Ditanya sama ada pihaknya akan menempatkan anggota polis di semua laluan LRT di negeri ini, Tun Hisan mem beritahu, hanya kawasan panas dan mempunyai indeks jenayah yang tinggi yang akan ditempatkan anggota polis.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai kesukaran untuk menempatkan anggota di semua laluan berikutan keku rangan tenaga kerja.

"Bahagian siasatan jenayah daerah akan membantu kita menganalisis kawasan-kawasan yang dikenal pasti mem punyai indeks jenayah yang kerap selain daripada kawasan panas," katanya.

Tun Hisan menambah, beliau berharap agar masyarakat dapat mengubah persepsi terhadap pihak polis kerana apa yang dilaksanakan pihaknya bertujuan membantu menjaga dan mewujudkan keadaan selamat di sesuatu kawasan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelarian Myanmar di tapak projek KLIFD dipindah

Posted:

Pelarian Myanmar di tapak projek KLIFD dipindah

Pelarian Myanmar di tapak projek KLIFD dipindah

KUALA LUMPUR 18 Mac - Semua penduduk dan pemilik premis di tapak Projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) telah dipindahkan bagi membangunkan kawasan itu.

Naib Presiden Kanan Komunikasi Korporat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Shahriza Embi berkata, pelarian Myanmar yang menghuni bangunan lama di tapak projek itu turut diberi penempatan semula.

Katanya, usaha itu adalah hasil kerjasama Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Jawatankuasa Pelarian Chin (CRC).

"Kumpulan pertama penghuni bangunan yang ditinggalkan di tapak projek itu telah mengosongkan premis tersebut.

"Pihak kami telah berbincang dengan pelbagai pihak terlibat untuk menyelesaikan usaha penempatan semula ini membabitkan penduduk dan peniaga di situ secara baik dan adil,'' katanya dalam satu kenyataan di sini.

Projek Daerah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur bernilai RM26 bilion itu bakal dibangunkan dekat kawasan Kampung Pandan, di sini.

Projek kerjasama 1MDB dengan Mubadala Development Company (Mubadala) dari Abu Dhabi itu bakal bermula Jun ini.

Menurut Shahriza, pembangunan di kawasan tersebut sepatutnya bermula pada lewat 1990-an, namun, bangunan sedia ada membabitkan dua blok yang mempunyai tiga dan empat tingkat di situ tidak dirobohkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan