Sabtu, 19 Mac 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Taib umum pelan kuasa

Posted: 18 Mar 2011 03:38 PM PDT

MukaDepan

NAJIB  berbincang sesuatu dengan Abdul Taib sambil disaksikan Rosmah dan Ragad Kurdi sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, malam tadi. - Foto Ghazali Bujang

NAJIB berbincang sesuatu dengan Abdul Taib sambil disaksikan Rosmah dan Ragad Kurdi sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, malam tadi. - Foto Ghazali Bujang

KM Sarawak nyata masa depan ketika lawatan PM, TPM

KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka membuat pengumuman masa depan politiknya hari ini, ketika spekulasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan, hangat diperkatakan sekarang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu dijangka membuat pengumuman ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke negeri ini yang tiba ke sini, malam tadi.

Kelmarin, Abdul Taib mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Astana Negeri dan menimbulkan spekulasi, DUN akan dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri ke-10 diadakan bulan depan. Akhbar tempatan di sini semalam, melaporkan Abdul Taib dijangka membubarkan DUN Sarawak selewat-lewatnya Isnin ini, kira-kira empat bulan daripada tempoh tamat DUN sekarang.

Penamaan calon mungkin diadakan minggu pertama bulan depan dengan kempen pilihan raya selama 10 hari, menjadikan hari mengundi berlangsung pada pertengahan April.

Hari ini, beliau bersama-sama Najib dan Muhyiddin menghadiri program Sejiwa Senada anjuran kerajaan negeri, di Serian, dekat sini, iaitu salah satu daripada 11 siri program bertemu rakyat sebelum pilihan raya diadakan. Dua program terakhir akan diadakan di ibu negeri ini pada minggu pertama April.

Sementara itu, Abdul Taib yang ditemui selepas Majlis Perhimpunan Belia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK) semalam, kelihatan ceria dan beramah mesra dengan orang ramai, namun masih mengelak pihak media yang cuba bertanya mengenai tarikh pembubaran DUN.
"Tunggu sehari lagi... pengumuman akan dibuat sedikit masa lagi," katanya mengelak ditemuramah media ketika ditanya mengenai pengumuman rasmi yang akan dibuat berkaitan pilihan raya sebelum bergegas menaiki kenderaan rasmi bersama isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Abdul Taib yang ditanya mengenai khabar angin beliau akan ke Makkah bagi menunaikan umrah, menafikan perkara itu dan memaklumkan beliau akan berada di negeri ini.

Petanda pilihan raya semakin dekat diperkukuhkan dengan persiapan oleh BN apabila sumber memberitahu Berita Harian, manifesto pilihan raya BN sudah dimuktamadkan dan mendapat restu Abdul Taib pada Rabu lalu. BN juga dalam proses memuktamadkan senarai calon dengan satu mesyuarat penting bagi membincangkan senarai calon berlangsung di Kuching malam tadi.

Difahamkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dijangka mencalonkan sekurang-kurangnya tujuh muka baru, manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menampilkan lapan muka baru di kerusi yang ia kalah pada pilihan raya 2006. Parti Rakyat Sarawak (PRS) pula dijangka mencalonkan dua muka baru dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mengesahkan mencalonkan semula semua lapan penyandang.

Dalam ucapannya sebelum itu, Abdul Taib meminta belia tidak melupakan pegangan asas dalam kehidupan iaitu ajaran agama dan budaya bagi memastikan identiti sebagai masyarakat yang berbudi bahasa kekal walau di mana mereka berada.

Katanya, pembangunan generasi muda sangat penting, terutama bagi memastikan peluang pekerjaan dalam Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), yang mementingkan bidang kemahiran, dapat dicapai bagi mengelak kebergantungan kepada pihak luar.

"Sarawak akan berubah secara meluas selepas semua projek SCORE dilaksanakan dengan sasaran mencapai masyarakat berpendapatan tinggi perlu dicapai dalam memastikan negeri mencapai status negeri maju," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

madz

Semoga Sarawak terus maju...

madz

Semoga Sarawak terus maju...

Mohad Takrim

Assalam . Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud(KM) Sarawak perlu memberi laluan kepada Calon Baru bagi menggantikan belIau. Walaupun jasa beliau terlalu banyak, sudah tiba masanya beliau berundur berdasarkan senario politik dunia terutamanya di Asia Barat. Apapun, semoga BN terus kekal di Sarawak.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaji RM2,000 minimum mohon kad kredit

Posted: 18 Mar 2011 03:36 PM PDT

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa serta-merta, hanya mereka berpendapatan RM2,000 sebulan boleh memohon kad kredit berikutan langkah terbaru Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan had minimum pendapatan tahunan daripada RM18,000 kepada RM24,000.

Pemegang kad kredit sedia ada dan pemohon baru berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang daripada itu, hanya boleh memiliki kad daripada dua bank dan had kredit ditetapkan dua kali ganda daripada pendapatan bulanan masing-masing.

Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus, pada taklimat medianya semalam, berkata berikutan langkah itu, pemegang kad berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang yang mempunyai kad kredit lebih daripada dua bank diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk mengurangkannya kepada dua bank saja. "Golongan ini diberi masa dua tahun untuk menyelesaikan baki tertunggak untuk kad yang dibatalkan itu," katanya.

Katanya, walaupun hutang daripada kad kredit di Malaysia kini berada pada paras yang boleh diuruskan, langkah terbabit perlu diambil untuk menggalakkan pengurusan hutang dan kewangan secara berhemah.

Katanya, garis panduan baru itu juga adalah untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap penggunaan kad kredit sebagai instrumen bayaran yang selamat serta memastikan amalan perniagaan adil untuk semua pihak.

"Matlamat utama garis panduan baru ini adalah sebagai langkah awal memastikan paras terkawal hutang isi rumah kekal pada kedudukan sekarang pada masa akan datang," katanya.
Sehingga akhir tahun lalu, hutang tertunggak kad kredit di negara ini adalah RM30.8 bilion atau lima peratus daripada keseluruhan hutang isi rumah.

Kira-kira 50 peratus daripada 3.2 juta pemegang kad kredit di Malaysia ketika ini mempunyai pendapatan tahunan RM36,000 atau kurang daripada itu.

Nor Shamsiah berkata, dalam usaha meningkatkan ciri-ciri keselamatan kad kredit, semua urus niaga yang menggunakan instrumen bayaran berkenaan akan memerlukan pengesahan PIN, bermula 1 Januari 2015.

Beliau berkata, maklumat urus niaga menggunakan kad kredit juga akan dihantar oleh bank kepada pemegang kad menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berkuat kuasa 1 Januari depan.

"Bank juga akan melaksanakan lebih banyak pengesahan keselamatan untuk urus niaga dalam talian bermula 1 April tahun depan," katanya.

Sementara itu, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) memberi jaminan kepada pemegang kad kredit, kedudukan kewangan mereka akan dinilai oleh bank ketika melaksanakan garis panduan baru itu.

"Garis panduan itu baru saja dikeluarkan, justeru, ahli kami serta pengeluar kad lain kini sedang mengkaji semula operasi masing-masing dan membuat perubahan dalam proses berkaitan.

"Diharapkan, bank dan pengeluar kad diberikan tempoh yang wajar untuk menyelesaikan kajian semula itu seterusnya memberi maklumat kepada pengguna terhadap pendekatan yang akan digunakan kelak," kata Pengarah Eksekutifnya, Chuah Mei Lin.

Dalam pada itu, Mei Lin berkata, ABM dan pengeluar kad bank komersial sudah menyediakan senarai soalan yang mungkin dikemukakan pengguna dan jawapan berkaitan dengannya untuk memudahkan rujukan dibuat apabila mengendalikan pertanyaan daripada pemegang kad kredit yang terbabit.

"Pelanggan yang berdepan kesulitan boleh menghubungi bank masing-masing untuk berbincang situasi peribadi mereka supaya nasihat boleh diberikan," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

raff

Langkah yang bijak. Cadangkan agar golongan yang dah pencen, pernah disenarai hitamkan tidak dibenarkan memperbaharui kad kredit. Kalau tak sampai tua nak mati pun masih ada yang berhutang kad kredit.

genal

satu keputusan yang bijak oleh bank negara demi menjamin rakyat daripada bebanan hutang yang boleh menghancurkan masa depan rakyat terutama golongan muda.

azni05

Bg sy bgus jgk lngkah ini.Stdak-tdaknya ia akn mngubah sdkit skap boros brblanja d kalangn pmgang kad sdia ada srta mngingtkn kpd yg bru cba-cba hndak mndkatkn dri dgn kad hutang ini..

damai83

Langkah yang baik. Kad kredit adalah satu kemudahan yang harus digunakan dengan bijak berasaskan keperluan.

GGANU

Salam,
Elakkan dari menggunakan khidmat kad kredit dari bank-bank konvensional kerana ia adalah amalan riba menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan