The Malaysian Insider :: Bahasa |
Ops Piramid: Malaysia belanja RM50 juta Posted: 08 Mar 2011 12:08 AM PST KUALA LUMPUR, 8 Mac — Kos keseluruhan bagi operasi pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir menjangkau RM50 juta, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini. Beliau berkata jumlah itu meliputi kos operasi tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat khas Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia, tambang untuk penuntut Malaysia dari Jeddah dan tempat-tempat lain dengan penggunakan pesawat komersial. "Kos itu juga meliputi pembiayaan makan minum dan tempat tinggal rakyat Malaysia di Jeddah dengan kerjasama Tabung Haji," katanya (gambar) menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Mohamed meminta penjelasan mengenai jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir baru-baru ini dan apakah status terkini hubungan dua hala Malaysia dan Mesir. Anifah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit dalam Ops Piramid itu termasuk kerajaan Arab Saudi, Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pertahanan, Tabung Haji dan MAS serta syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang memaklumkan bersetuju menanggung segala kos operasinya sebagai tanggungjawab sosial korporat dalam operasi berkenaan. Mengenai hubungan dua hala Malaysia-Mesir, Anifah berkata Malaysia akan terus menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu di dalam usaha memelihara kepentingan politik dan ekonomi negara serta menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang berada di sana. Katanya Malaysia berpandangan bahawa pergolakan politik di negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara antara lain disebabkan oleh masalah politik dan sosioekonomi dalaman akibat daripada peningkatan kadar pengangguran, kemiskinan, kadar inflasi yang tinggi serta ketidakseimbangan dalam pengagihan kekayaan negara. Katanya pergolakan politik di negara-negara berkenaan sekiranya berlanjutan akan memberi kesan ke atas ekonomi Malaysia dan dunia akibat kenaikan harga petroleum di pasaran global. "Dalam hal ini, kerajaan akan terus memantau keadaan di rantau tersebut untuk memastikan kepentingan negara daripada segi politik dan ekonomi terjamin," katanya. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Impian Kuan Yew mahu jadi PM Malaysia, kata Mahathir Posted: 07 Mar 2011 11:27 PM PST KUALA LUMPUR, 8 Mac — Lee Kuan Yew telah menaruh harapan untuk menjadi perdana menteri sebuah negara yang besar seperti Malaysia, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoirnya yang dipasarkan hari ini. "Singapura awal 1960-an terlalu kecil bagi dirinya dan impiannya. Malaysia adalah negara sebenar, bukan sebuah negara bandar raya dan menjadi perdana menteri Malaysia akan memenuhi impian beliau khususnya untuk memiliki kuasa dan lebih daripada (hanya sebagai) peranan bandar raya," tulis Dr Mahathir dalam biografinya. Negarawan berusia 84 tahun ini berkata apabila Bapa Kemerdekaan Alhmarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, buat pertama kali bercakap mengenai pembentukan Malaysia merangkumi Semenanjung, Singapura dan Borneo, "Lee dengan tidak sabar-sabar mengalu-alukannya". Malaysia dibentuk pada 1963 tetapi Singapura keluar dua tahun kemudian. Lee menjadi perdana menteri SIngapura kemudian. "Malah beliau berharap untuk menjadi perdana menteri, sesuatu yang beliau tahu bahawa tidak mustahil kerana masyarakat Cina menjadi kaum terbesar di Persekutuan," kata Dr Mahathir. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957, orang Melayu hanya lebih sedikit daripada separuh penduduk di Semenanjung manakala Cina pula 30 peratus, kaum India 10 peratus dan bakinya kaum-kaum lain. Dr Mahathir menyalahkan penjajah Britih yang membenarkan penghijrahan kaum Cina dengan mudah ke pulau pelabuhan yang strategik itu bagi melindungi kepentingan perdagangan mereka di Timur Jauh. Tulis Dr Mahathir, British telah mengubah Singapura menjadi sebuah penempatan Cina dan dalam lain perkataan, sebuah negara Cina selepas merdeka, di mana masyarakat Melayu sebenarnya adalah kelas kedua. Bekas presiden Umno itu juga berkata Lee tidak kisah untuk membetulkan jurang perbezaan antara orang Melayu dan bukan Melayu, sebaliknya menyandarkan pada undi orang Cina di Singapura dan Semenanjung untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk menjadi perdana menteri Malaysia. "Beliau mengecam apa yang dipanggilnya rasisme Melayu tetapi dalam mengharapkan orang Cina akan menyokong beliau sebagai seorang (pemimpin) Cina yang akan mempertahankan kepentingan masyarakat Cina, beliau dengan sendiri mendedahka dirinya seorang rasis," kata Dr Mahathir. Buku "A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" diterbitkan oleh MPH Group Publishing pada harga RM100 senaskhah. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan