Khamis, 3 Mac 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Liwat II: Anwar kembali ke kandang tertuduh

Posted: 03 Mar 2011 06:55 PM PST

[IKUTI LAPORAN LANGSUNG]

Perbicaraan dalam perbicaraan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan Peguam Cara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah pihak pendakwaan mahu menyoal semula ketua pembangkang itu.

Hari ini sepatutnya giliran peguam, R Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang memberi keterangan.

azlanAnwar berkata beliau memang ada menandatangani sebuah dokumen berhubung penahannya di IPK KL taetapi tidak ingat sama ada ia waran tangkap.

Yusof kemudiannya menunjukkan sesalinan dokumen itu tetapi dibantah oleh peguam Karpal Singh yang berkata salinan asal mesti dikemukakan.

Katanya Akta Bukti tidak relevan dalam situasi dan pihak pendakwaan mesti mengemukakan salinan asal.

"Okay, jika awak bantah, saya tarik balik soalan," kata Yusof sambil menambah beliau mempunyai soalan lain.

Yusof: Awak ingat ada tandatangani beberapa dokumen tetapi tidak tidak ingat?

Anwar: Saya ingat ada tandatangani tetapi tidak ingat apa yang ditandatangani itu.

Yusof: Adakah awak bertanya kepada (pegawai penyiasat) Jude (Pereira) mengapa awak di sana?

Anwar:
Saya ada tanay mengapa saya diperlukan. Saya berkeras mahu melihat laporan polis terhadap saya (laporan Saiful). Laporan polis itu hanya diberikan beberapa bulan selepas itu.

Yusof kemudiannya menunjukkan 112 kenyataan asal yang diambil dari Anwar pada 16 dan 17 Julai 2008.

"Betul, ini keterangan saya tetapi saya mesti pastikan tiada pindaan dibuat selepas pengalaman saya dengan pihak pendakwaan kata anwar.

Karpal memohon Anwar diberikan masa membaca kenyataan itu dan beliau kemudian mengesahkan kandungan 112 kenyataan berkenaan.

Karpal kemudiannya meminta Anwar melihat mukasurat 2 kenyataan itu.

Karpal: (Ini) salinan 112 kenyataan yang diberikan kepada peguam anda?

Anwar: Ya.

Karpal: Saya mahu awak rujuk kepada salinan yang diberikan kepada anda. Saya mahu tandakannya. Adakah perbezaan antara salinan yang diberikan kepada anda dengan salinan yang ditunjukkan itu?

Anwar: Ya, ada tertulis 'sulit' pada yang asal, tetapi salinan saya tidak ditulis 'sulit'.

Tambah ketua pembangkang itu, perkataan 'sulit' juga tidak terdapat pada setiap mukasurat salinannya. Beliau juga mendapati ada perbezaan di mukasurat 2 antara salinannya dengan yang asal dan berkata seolah-olah mukasurat itu dimasukkan.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kempen BN bertentangan slogan 1Malaysia

Posted: 03 Mar 2011 06:40 PM PST

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau sangat kotor dan bertentangan dengan slogan 1Malaysia yang dilaungkan BN, lapor Harakahdaily.

Lim yang kesal dengan beberapa perbuatan khianat termasuk penyebaran risalah fitnah berkata, Umno BN harus bertanggungjawab dalam perkara berkenaan.

NONE"Kempen ini mahu menonjolkan 1Malaysia yang sepatutnya menunjukkan perpaduan dan satu kempen yang bersih.

"Tapi sangat sedih apabila melihat kempen yang sangat kotor. Ada fitnah, dusta, risalah-risalah dan gambar lucah, tuduhan-tuduhan tidak berasas dan siapa yang bertanggungjawab?

"Tentulah Barisan Nasional. Tak boleh lari daripada itu," kata beliau pada sidang media di bilik gerakan DAP, pekan Merlimau, petang semalam.

NONEHadir sama ialah calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Yuhaizad Abdullah.

Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur juga berkata, Umno harus memberi peluang kepada pengundi-pengundi untuk memilih calon daripada mana-mana parti tanpa menggunakan wang sebagai umpan.

"Siapa menang siapa kalah terpulang kepada pengundi-pengundi.

"Berkempenlah secara bersih dan hormati keputusan rakyat. Tak perlu ada insiden-insiden seperti pecah kereta, pentas DAP cuba dibakar.

merlimau dap stage arson 280211"Ini semua tidak patut berlaku dan semua bertentangan dengan slogan 1Malaysia.

"Politik wang sangat jelas dan ini bukan satu pertandingan yang sihat dan sangat dikesali," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai peluang Pakatan Rakyat untuk menang pada pilihan raya ini, Lim berkata, kalah atau menang bukan keutamaan tetapi yang lebih penting adalah melihat perubahan yang dilakukan pengundi-pengundi yang terdiri daripada pelbagai kaum.

"Kita tahu tempat ini memang sukar untuk menang, mungkin tak boleh menang tapi apa yang mustahak dapat sambutan pengundi-pengundi di kawasan ini yang menunjukkan sokongan lebih kuat kepada Pakatan Rakyat," katanya.

NONEUjarnya juga, selepas pilihan raya umum 2008, semakin ramai rakyat yang mahukan politik baru.

"Sejak tsunami politik tiga tahun dahulu kita lihat ada perubahan bukan sahaja di negeri Melaka tapi di Malaysia dan apa yang berlaku di Mesir,Tunisia dan Timur Tengah, kita lihat perkembangan politik baru dan rakyat mahu menuntut perubahan termasuk di Malaysia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan