Khamis, 3 Mac 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Najib rakan baik Australia: Gillard

Posted: 03 Mar 2011 12:53 PM PST

Nasional

ROSMAH  berbual dengan murid North Ainslie Primary School ketika melawat sekolah itu di Canberra, semalam.

ROSMAH berbual dengan murid North Ainslie Primary School ketika melawat sekolah itu di Canberra, semalam.

Canberra harap hubungan, kerjasama dengan Kuala Lumpur terus kukuh

CANBERRA: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard menyifatkan rakan sejawatnya, Datuk Seri Najib Razak sebagai rakan Australia dan seorang pemimpin di rantau ini.

Komen beliau itu dibuat selepas kedua-dua pemimpin mengambil rostrum masing-masing untuk sidang akhbar bersama selepas menyertai mesyuarat tertutup dan dua hala yang membincangkan kerjasama dan hubungan kedua-dua negara. "Perdana Menteri bersama saya sekarang ialah rakan Australia dan pemimpin di rantau ini," katanya.

Najib ke Australia untuk lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Gillard sebagai membalas lawatan rasminya ke Malaysia tahun lalu.

Pada majlis makan tengah hari sempena lawatan itu, Gillard menyifatkan Najib contoh dalam usaha menentang ekstremisme dan yang menjunjung tinggi nilai Islam yang sebenar.

"Saya hormati kepemimpinan anda dalam gerakan global bagi pendekatan sederhana," katanya.
Gillard menjelaskan bahawa lawatan Najib ke Australia adalah peristiwa penting dalam hubungan persahabatan yang begitu lama antara Australia dan Malaysia.

"Saya berterima kasih kepada anda atas lawatan ini. Satu lawatan bagi persefahaman, dialog dan kerjasama.

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas perhatian anda yang tidak sempat bertemu saya pada masa itu dan kerana meluangkan masa untuk menelefon.

"Dalam memilih Malaysia sebagai negara serantau yang pertama untuk melakukan lawatan bilateral sebagai Perdana Menteri, saya mahu memberi isyarat betapa kami menghargai hubungan dengan Malaysia," katanya.

Gillard berkata, beliau juga mahu menegaskan mengenai betapa mendalamnya komitmen pendirian Australia bagi hubungan serantau.

"Untuk semua ini, kita mencapainya secara bersama sebagai rakan kongsi dan kawan. Hubungan kita terus bertahan dan ia adalah kukuh," katanya. – BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13,000 GSTT terus tugas

Posted: 03 Mar 2011 12:50 PM PST

Nasional

MUHYIDDIN (dua dari kanan), menerima geran Komunal Lalampas  daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal (kiri) sebelum diserahkan kepada Masiung (kanan) sambil diperhatikan Musa (tiga dari kanan) dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (empat dari kanan) ketika majlis penyampaian geran Komunal Lalampas  di Kampung Simpang Entilibon, Tungod, semalam.

MUHYIDDIN (dua dari kanan), menerima geran Komunal Lalampas daripada Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal (kiri) sebelum diserahkan kepada Masiung (kanan) sambil diperhatikan Musa (tiga dari kanan) dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan (empat dari kanan) ketika majlis penyampaian geran Komunal Lalampas di Kampung Simpang Entilibon, Tungod, semalam.

Keputusan dibuat selepas ambil kira rayuan: Muhyiddin

KINABATANGAN: Kerajaan mengumumkan menarik balik surat pemberhentian perkhidmatan kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang diberikan tahun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan dan rayuan serta kewajaran dalam mencari penyelesaian terbaik terhadap isu mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran dan surat pemberitahuan akan dikeluarkan kepada semua GSTT terbabit dalam tempoh terdekat.

"Keputusan ini akan memberi peluang kepada mereka meneruskan perkhidmatan, sama ada mahu menjadi GSTT selama dua, tiga atau lima tahun.

"Arahan penarikan balik itu dikeluarkan kira-kira dua bulan lalu, cuma pelaksanaannya mengambil masa sedikit kerana ia turut membabitkan logistik dan penempatan semula.

"Bagaimanapun, saya meminta jika mereka dihantar ke tempat lain dan bukan di sekolah asal, mereka sanggup berkhidmat kerana mungkin di sekolah asal sudah diisi guru terlatih.
"Kementerian akan menempatkan mereka bagi mengisi kekosongan di sekolah yang menghadapi kekurangan guru," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Juara Rakyat Parlimen Kinabatangan di Dewan Kampung Simpang Entilibon di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah.

Muhyiddin turut meminta Ketua Pengarah Pelajaran meneliti keperluan guru sementara yang masih diperlukan di sesetengah kawasan sebelum khidmat mereka dihentikan.

Katanya, walaupun guru terlatih yang baru keluar dari Institut Pendidikan Guru (IPG), guru sementara perlu dibela kerana mereka boleh ditempatkan di kawasan yang memerlukan khidmat mereka.

"Kita juga akan cuba memberi peluang kepada GSTT untuk mengikuti kursus lanjutan atau kursus dalam cuti supaya mereka boleh meningkatkan keupayaan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri turut meminta semua pegawai pelajaran daerah membuat semakan dengan pegawai pelajaran negeri dan ibu pejabat sebelum mengambil guru sementara baru kerana boleh menggunakan khidmat GSTT sedia ada.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, tindakan kerajaan melanjutkan tempoh pembayaran saman trafik selama 10 hari adalah susulan sistem komputer yang tidak berfungsi di beberapa tempat pada hari terakhir pembayaran, 28 Februari lalu.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan dividen Ladang PPRT Tongod kepada wakil Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) dan menyerahkan geran berkelompok kepada Masiung.

Seramai 1,022 penduduk dari 16 kampung di Ulu Tongod menerima geran itu. Kawasan seluas 7,700 hektar itu akan dibangunkan dengan peruntukan kira-kira RM200 juta.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan