Harian Metro: Setempat |
Posted: 30 Apr 2012 02:06 PM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan penunggang motosikal warga asing menghampiri lokasi kempen keselamatan jalan raya umpama 'menjerat diri' apabila tujuh daripada mereka disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana menunggang motosikal tanpa lesen, semalam. Kempen yang bertujuan memberi kesedaran kepada penunggang motosikal mengenai pentingnya pemakaian topi keledar bertukar sebaliknya disebabkan sikap sambil lewa penunggang terbabit mematuhi peraturan.
"Kami mengambil tindakan terhadap warga asing terbabit kerana mereka memandu serta menunggang kenderaan tanpa lesen. Bukan saja menyaman pemandu kenderaan, tetapi pemiliknya berdepan tindakan saman.
Bersempena kempen itu, Allianz menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyampaikan sumbangan 50 topi keledar, 20 tempat duduk kanak-kanak, 600 pelekat dan risalah pemanduan berhemah kepada pengguna jalan raya yang menyertai kempen berkenaan.
Noor Azam berkata, semua kes membabitkan warga asing berkenaan sudah direkodkan selain menunggu masa dua bulan untuk tindakan mahkamah. |
Lebur RM15,000 mahu jadi ‘pelabur’ Posted: 30 Apr 2012 01:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Gara-gara terlalu mempercayai seorang kenalan untuk menjadi pelabur dalam sebuah syarikat pelancongan milik rakannya itu, seorang pesara kerajaan kerugian RM15,000. Mangsa, Norizan Nordin, 58, berkata, rakannya itu yang berusia 40-an gagal menyediakan dokumen perjanjian selepas semua pembayaran wang pelaburan dibuatnya pertengahan tahun lalu.
"Saya mula sangsi dengan perjanjian itu dan meminta wang pelaburan yang sudah dibayar dikembalikan, tetapi sehingga kini dia tidak memberikan jawapan, malah menutup syarikat yang beroperasi di Ipoh, Perak," katanya ketika ditemui di Balai Berita, semalam. Menurutnya, kini rakannya itu gagal ditemui akibat tindakannya yang sentiasa berpindah-randah untuk mengelak dikesan.
"Saya dan rakan-rakan gembira dengan tawaran pakej itu dan membayar wang pendahuluan RM3,500. Wanita terbabit kerap mendesak kami melunaskan bayaran selebihnya, tetapi kami tidak membayarnya kerana tidak yakin dengan pakej berkenaan kerana syarikat pelancongan itu tidak menjalankan kursus umrah pada hari ditetapkan," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan kejadian dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan