Berita Harian: Mutakhir |
Anak berusia 15 tahun tikam bapa sehingga mati Posted: 01 May 2012 01:25 AM PDT Mutakhir IPOH: Seorang remaja berusia 15 tahun dipercayai menikam bapanya berumur 39 tahun bertubi-tubi sehingga mati di rumah mereka di Taman Bersatu, Simpang Pulai, dekat sini, awal pagi tadi.Ketua Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata Jaswant Singh, 40, ditemui mati di bilik tidur rumahnya jam 1.30 pagi dengan beberapa kesan luka di badan. "Polis sudah menahan seorang remaja lelaki yang tampil membuat laporan di balai polis berhampiran mengenai kejadian itu," katanya. Polis turut menjumpai dua pisau yang dipenuhi darah di padang permainan berhampiran tempat kejadian.Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komeninalilah..........apa la nk jd skrg nie mas linz x heran jgk pun..ni mest bpa dia 2 kjam..kt tmpt tggl sy pun ad kes mcm ni jgk..dia kerat2 bdn bpa dia..pstu dia msukkn dlm tong merah utk ikan yg bsar 2...n then dia buang kt ats bukit kg kitorg...motif dia sbb bpa dia kjam stiap ari mbuk n asyik pukul mak n adik2 dia..da la mcm 2..men kayu 3 lg 2...akhrny jd la mgsa pmbunuhn seorg anak yg xthan d pukul,di caci setiap ari oleh seorg ayah iaitu darah dgingny sdri... adib masyallah....dunia akhir zaman...mcm2 boleh berlaku Anieahmad Mcm2 penyakit mental skrg nie! NURHAYATI BINTI MOHD GHAZALLI byk org yg sakit mental skrg ni...ayah sndri pun sanggup disembelih. Pinky Mum Love allah hu akbar... Mohd fadrin Tanda2x akhir zaman. |
NUJ cadang tubuh jawatankuasa bebas siasat polis serang media Posted: 01 May 2012 12:59 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) meminta kerajaan supaya menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat insiden serangan yang didakwa membabitkan anggota polis terhadap wartawan dalam perhimpunan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan disokong pembangkang Sabtu lalu.Kesatuan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata jawatankuasa bebas itu harus mengambil alih siasatan kerana serangan itu membabitkan polis yang dituduh melakukan keganasan terhadap petugas media. "Wartawan, termasuk dari media asing dipukul ketika bertugas merupakan satu tuduhan yang serius dan ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta hak wartawan untuk melakukan tugas dalam suasana dan persekitaran yang aman," katanya. Jawatankuasa bebas itu perlu diketuai oleh sekurang-kurangnya tiga anggota iaitu seorang hakim yang bersara, bekas Presiden Majlis Peguam dan ahli akademik yang pakar dalam kewartawanan dan undang-undang kewartawanan."Biarlah jawatankuasa tersebut memanggil anggota polis yang terbabit dan wartawan serta jurugambar untuk memberi keterangan supaya orang ramai akhirnya mengetahui apa yang berlaku ketika perhimpunan itu," kata kenyataan itu. Kesatuan itu berharap supaya hasil daripada laporan siasatan itu dapat dijadikan panduan kepada sebarang insiden yang tidak diingini pada masa akan datang. Sementara itu, Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan merusuh oleh peserta perhimpunan itu dan menyifatkan mereka bertindak keterlaluan di luar batasan undang-undang dan tidak bertamadun.
KWMM juga memuji tindakan serta keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang melawat mangsa yang cedera dan berjanji untuk menyiasat kejadian tersebut. - BERNAMA
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan