Selasa, 1 Mei 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Ada motif bunuh

Posted: 30 Apr 2012 02:50 PM PDT

SHAH ALAM: "Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya mempunyai niat bersama apabila membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakan di Banting, dua tahun lalu," kata Hakim Datuk Akhtar Tahir, dalam penghakimannya di akhir pendakwaan kes itu, semalam.

Ketika membacakan penghakiman bertulis selama satu setengah jam, beliau berkata, ada perancangan untuk membunuh Sosilawati dan tiga rakan apabila pekerja Pathmanabhan dilihat memunggah kayu di ladang milik tertuduh pertama itu.

Katanya, Pathmanabhan mempunyai motif untuk membunuh Sosilawati apabila jutawan kosmetik itu bertemunya bagi mempercepatkan tarikh satu cek tertunda bernilai RM3 juta.

Sedangkan katanya, akaun bank milik Pathmanabhan menunjukkan dia tidak memiliki wang sebanyak itu.


"Pada saya, ini adalah motif utama untuk membunuh Sosilawati. Tiga yang lain hanya berada di tempat dan pada masa yang salah. Jadi mereka juga terpaksa dibunuh bagi menutup mulut," katanya yang berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Bungkusan nasi untuk ibu

Posted: 30 Apr 2012 02:48 PM PDT

MARANG: Dua bungkus nasi untuk hidangan tengah hari menjadi pemberian terakhir Mohd Amri Sidek, 26, kepada ibunya sebelum terbunuh selepas tertimbus bersama jengkaut dipandunya dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kolah, Kampung Undang, semalam.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa bersendirian melakukan kerja mengaut tanah di bukit berkenaan sebelum disedari tertimbus jam 5.10 petang.

Ibu mangsa, Sapinah Yaakub, 55, berkata dia menerima berita sedih itu daripada anak perempuannya, Nor Sakirah Sidek, 12, selepas dimaklumkan penduduk kampung ketika anaknya itu pulang dari sekolah jam 5.20 petang.

"Saya terkejut apabila anak memberitahu kejadian itu kerana berlaku sekelip mata selepas arwah pulang ke rumah menghantar makanan tengah hari kepada saya jam 1.15 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian," katanya.


Sapinah berkata, dia tidak menyangka kepulangan arwah ke rumah membawa dua bungkus nasi sebelum keluar semula ke bukit berkenaan jam 1.40 tengah hari adalah pertemuan terakhir mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan