Jumaat, 24 Disember 2010

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Sedut pasir bawah jejambat

Posted:

Sedut pasir bawah jejambat

Sedut pasir bawah jejambat

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Tengku Shaiffuliazan menunjukkan lokasi aktiviti menyedut pasir yang membahayakan struktur jambatan lebuh raya di Bukit Jelutong menuju ke KLIA, Sepang, semalam. – Utusan/ Saharuddin Abdullah


SHAH ALAM 24 Dis. – Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-Pengusaha Pasir Melayu Selangor (JBPPPMS) hari ini mendedahkan aktiviti perlombongan pasir di bawah jejambat lebuh raya Bukit Jelutong-KLIA di sini yang dipercayai dilakukan secara haram.

Pengerusinya, Tengku Datuk Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin berkata, aktiviti perlombongan pasir oleh sebuah syarikat itu dikatakan telah beroperasi sejak enam bulan lalu dan dipercayai tidak mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG) serta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Menurutnya, selain tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, syarikat terbabit didakwa telah menjalankan aktiviti berkenaan tanpa mematuhi prosedur ditetapkan yang boleh mengundang berlaku tragedi jika dibiarkan berterusan.

''Aktiviti perlombongan itu dilakukan betul-betul di bawah jejambat tersebut yang boleh menyebabkan struktur tanah serta tiang jejambat berkenaan menjadi tidak stabil termasuk berisiko runtuh.

''Kita dapati syarikat ini menggunakan jentera untuk menyedut pasir di bawah jejambat yang terletak di dalam Sungai Damansara. Kita sedia maklum jentera ini boleh menyedut pasir sehingga melebihi kedalaman 20 meter,'' katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan aktiviti perlombongan itu di sini hari ini.

Tambah Shaiffuliazan, paling meragukan adalah bagaimana syarikat yang menjalankan aktiviti perlombongan itu dikatakan telah mendapat permit daripada syarikat monopoli pasir di negeri ini, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., (KSSB) bagi menjalankan aktiviti perlombongan tersebut.

''Ini yang meragukan kita kerana syarikat ini dikatakan membayar doket kepada KSSB hasil daripada perlombongan pasir di kawasan ini. Bagaimana syarikat ini boleh membayar doket pasir sedangkan aktiviti yang dijalankan tidak mendapat kelulusan JPS, JAS, PTG dan LUAS.

''Selain itu, kawasan sungai di kawasan perlombongan itu turut dilitupi keladak lumpur dan sampah-sarap sehingga menjejaskan aliran air sungai," jelasnya.

Beliau turut mempersoalkan dasar kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sebelum ini mengumumkan dasar pembersihan sungai sebagai aset kepada pertumbuhan negeri itu.

Bagaimanapun katanya, beliau khuatir pelaksanaan dasar tersebut disalah guna oleh pihak tertentu untuk menutup aktiviti perlombongan haram dan kecurian pasir di negeri ini.

Tegasnya, pihak yang tidak bertanggungjawab mungkin menggunakan alasan melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan mendalam sungai di negeri ini tetapi pada masa mencuri pasir sungai.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Isteri bimbang suami hilang diburu ah long

Posted:

Isteri bimbang suami hilang diburu ah long

Isteri bimbang suami hilang diburu ah long


Misliana Buyak bersama tiga anaknya dan Dr. Ching Eu Boon pada sidang akhbar di pejabat Penyelaras Barisan Nasional Pandamaran, Klang, semalam.


KLANG 24 Dis. – Seorang wanita bimbang dengan kehilangan suaminya, Mohd. Shukri Chandraneru, 34, sejak lima hari lalu, selepas dia dikatakan diburu ah long bagi menjelaskan hutangnya.

Misliana Buyak, 40, berkata, suaminya yang berniaga ikan itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pangsapuri Bukit Tinggi 2 di sini kira-kira pukul 5 petang.

''Sebelum ini dia pernah diugut oleh dua lelaki semasa berniaga ikan di pasar Pandamaran.

''Kedua lelaki itu mengugut jika suami saya tidak membayar hutang, mereka akan menghantar orang untuk mencari dia," katanya pada sidang akhbar di pejabat Penyelaras Barisan Nasional (BN) Pandamaran bersama Ketua Pemuda MCA Klang, Datuk Dr. Ching Eu Boon.

Katanya, dia bimbang kemungkinan suaminya diculik dan disembunyikan oleh pihak tertentu yang mahu menuntut hutang mereka.

''Setahu saya, dia tidak mempunyai musuh dan merupakan seorang suami dan bapa yang penyayang.

''Ekoran kejadian itu, tiga anak saya sering bertanya ke mana bapa mereka pergi dan amat merinduinya," ujarnya.

Sementara itu, Eu Boon meminta Mohd. Shukri berjumpa dengan pihaknya sekiranya dia melarikan diri kerana mahu bersembunyi agar mereka dapat berunding dengan pihak ah long yang mungkin sedang mencarinya.

Beliau memberi jaminan untuk berunding dengan ah long untuk mencari jalan penyelesaian supaya masing-masing tidak mengalami kerugian dan kesusahan.

''Sekiranya dia lari kerana kes ah long kita akan cuba menolong tetapi jika dia lari kerana sebab lain kita minta pihak polis menyiasat perkara tersebut," katanya.

Eu Boon berharap mereka yang mempunyai maklumat mengenai Mohd. Shukri agar menghubunginya di nombor 017-3659897.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan