Rabu, 26 Jun 2013

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Notis kekosongan kerusi DUN Kuala Besut dihantar

Posted: 26 Jun 2013 10:31 PM PDT

KUALA TERENGGANU 27 Jun -Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd. Zubir Embong hari ini menghantar surat rasmi kepaa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi DUN Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr. A Rahman Mokhtar semalam.

Surat makluman itu diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya negeri, Fakhrul Razi Abdul Wahab di pejabatnya di sini hari ini untuk dikemukakan kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam mesyuarat di Kuala Lumpur esok.

Menurut Perlembagaan Negeri Terengganu (Bab Yang Pertama) Fasa 44(5), kekosongan kerusi Dewan Undangan negeri hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh berlaku kekosongan itu dan ini bererti dalam tempoh sehingga 27 Ogos depan. - UTUSAN

Pertembungan getir di Kuala Besut

Posted: 26 Jun 2013 10:29 PM PDT

KUALA TERENGGANU 27 Jun - Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pastinya bakal merasai suasana sambutan Aidilfitri lebih awal atau lebih panjang tahun ini, jika Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan dalam bulan Ramadan atau Syawal.

Kerusi DUN berkenaan ditakdirkan kosong semula hanya selepas lebih sebulan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 berlalu apabila penyandangnya, Dr. A Rahman Mokhtar,55, meninggal dunia pagi semalam dan PRK akan diadakan dalam temph 60 hari.

Seminggu sebelum meninggal, Allahyarham yang begitu disenangi penduduk masih meneruskan tugasan akhirnya dengan menyertai sidang Dewan Undangan Negeri biarpun menyedari kesihatannya sudah cukup kritikal ketika itu namun disembunyi kepada umum.

Malah beliau masih ingin mencari kesempatan akhir untuk menemui rakyat di kawasannya dalam satu majlis meraikan kemenangan Barisan Nasional ketika sepatutnya sudah menerima rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dengan pengawasan penuh oleh pakar.

Sudah menjadi resam agak `kejam' dalam politik apabila saat seorang wakil rakyat tenat dan disusuli kematian, soal Pilihan Raya Kecil (PRK) akan lebih diperkatakan umum.

Pemergian Allahyarham yang memaksa berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama selepas PRU, merancak permainan politik dengan gendangan yang terus bergema dan tidak berkesudahan di negara ini selepas PRU apabila terus diheret berpanjangan oleh pembangkang yang merasa mereka berhak menang.

Sama ada anda berasa cukup jelak, cuak dengan sinario permainan para pemimpin politik yang berterusan mengejar kuasa kini yang mencetuskann fenomena jauh lebih membimbangkan berbanding jerebu, anda terpaksa menerima keadaan ini.

DUN Kuala Besut meliputi kawasan lingkaran pantai dan pulau. Allahyarham anak Pulau Perhentian

dan mengakhiri hayatnya sebagai pemimpin di kawasan tanah besar dan pulau yang mempunyai tautan kuat dengan kehidupannya selama dua penggal.

Jika disorot seimbas lalu, sememangnya Kuala Besut boleh dianggap kawasan kubu UMNO dengan rekod pencapaian PRU 2004 memperlihatkan ia menguasai 60 peratus undi manakala 61 peratus pada 2008 dan 58 peratus dalam PRU 2013.

Penguasaan UMNO ternyata kekal pada tahap seimbang sepanjang tiga penggal PRU di kawasan yang pengundi Melayunya mencecah hampir 99 peratus namun semua itu bersandarkan perjalanan

PRU dan sebahagian rekod khidmat Allahyarham.

Kuala Besut di kawasan tradisional Melayu dilihatkan sebagai salah satu medan pertembungan sebenar antara dua parti, UMNO dan Pas untuk menentukan pengaruh di kalangan kaum yang diwakili, bukannya Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang.

PRK kali ini cukup besar maknanya bagi kedua-dua parti di negeri ini walaupun tidak merubah apa-apa di peringkat negara dan dibayangkan menjadi cukup getir kerana bakal menentukan masa depan kerajaan BN di negeri ini yang cuma kekal berkuasa selepas PRU dengan kelebihan dua kerusi.

UMNO mesti mengekalkan kelebihan itu untuk memastikan kerajaan tidak goyah dan dalam keadaan tidak menentu kerana jika kedudukan kerusi seimbang 16-16, buat pertama kalinya kedudukan DUN akan tergantung tanpa sokongan majoriti.

Ini pula kesempatan paling berharga buat Pas yang masih ghairah mengimpikan untuk kembali berkuasa setelah disingkirkan rakyat setelah sepenggal diberi kepercayaan dan cuma

memerlukan tambahan sekitar 8 peratus undi untuk memenangi majoriti mudah.

Parti itu juga telah mengemukakan petisyen bagi membantah keputusan bagi kerusi DUN Huklu besut dan Kuala Berang yang memuncakkan lagi harapan mereka.

Kekosongan yang berlaku mempercepatkan semula peluang Pas untuk kembali berkuasa tanpa perlu menunggu sepenggal lagi kerana jika berupaya menguasai Kuala Besut, kemungkinan DUN boleh dibubarkan dan membuka ruang pilihan raya semula di peringkat negeri.

Ini bagaikan pertembungan antara hidup dan mati dengan kedua-dua belah pihak pastinya akan berhempas pulas dengan mengumpulkan kekuatan jentera parti dari seluruh negara

untuk memastikan kemenangan.

PKR kali bukan sekadar suatu pertembungan yang mungkin melebarkan lagi perpecahan umat Islam dan Melayu malah menentukan nasib negeri dan rakyat Terengganu. - UTUSAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan