Isnin, 10 Jun 2013

Utusan Online - Politik

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pengerusi BN Kedah: Mukhriz serah kepada pucuk pimpinan tertinggi

Posted: 10 Jun 2013 07:35 PM PDT

ALOR SETAR 11 Jun - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) berhubung kedudukan jawatan Pengerusi BN Kedah.

Namun, pada masa yang sama Mukhriz menyatakan kesediaan menggalas tanggungjawab itu jika diminta berbuat demikian.

"Yang tu (jawatan pengerusi) kita tunggulah. Saya tak tau, saya pun tunggu (keputusan pucuk pimpinan BN), kalau benar saya sanggup ambil alih tanggungjawab besar ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Makan Malam Ulang Tahun Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia ke-40, di sini malam tadi.

Mukhriz yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Kedah mengulas kenyataan Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah pada Ahad lepas, yang dilapor bersedia melepaskan jawatan itu bagi memastikan BN kekal menguasai Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-14. - BERNAMA

DAP didakwa pecat 11 ahli lagi

Posted: 10 Jun 2013 11:01 AM PDT

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

Dorothy Chong Chye Wah (tiga dari kiri) bersama ahli DAP yang lain menunjukkan surat bantahan terhadap Tan Kok Wai yang didakwa menyalahgunakan kuasa, di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 10 Jun - Selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee mempertikai tindakan Tan Kok Wai memecat keahliannya, kredibiliti Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu terus dipersoalkan kerana didakwa membuang 11 lagi ahli DAP tanpa mengikut perlembagaan parti.

Perkara itu didedahkan Ketua Wanita DAP Pandan, Dorothy Chong Chye Wah yang turut menerima surat pemecatan tersebut bertarikh 3 Jun lalu bersama ahli-ahli parti lain khususnya di kawasan Pandan dan Ampang.

Namun, jelasnya, apa yang menghairankan ialah mereka yang dipecat tidak diberikan surat tunjuk sebab termasuk peluang untuk dibicarakan terlebih dahulu mengikut lunas-lunas perlembagaan parti.

Tiada dinyatakan alasan pemecatan dalam surat itu. Sepatutnya beri kami surat tunjuk sebab dan dibicarakan sebelum boleh buat keputusan sama ada dipecat atau tidak. Ini tidak munasabah.

Cuma, berdasarkan maklumat, kami dipecat kerana ada aduan mengatakan kami menyokong Jenice dalam pilihan raya umum lalu. Bertambah pelik, yang membuat aduan itu adalah seorang pemimpin pemuda DAP (DAPSY) Selangor yang didakwa masih lagi ahli Gerakan. Kami mahu DAP siasat latar belakang pemimpin DAPSY ini, katanya dalam sidang akhbar di depan Ibu Pejabat DAP, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Jenice atau nama sebenarnya Lee Ying Ha, 33, memfailkan saman terhadap DAP di Mahkamah Tinggi di sini bagi memohon perisytiharan supaya keahliannya dalam parti itu dikembalikan.

Pada 20 April lalu, Jenice yang pada ketika itu merupakan Setiausaha Publisiti Selangor telah mendapati melalui pihak media bahawa keahliannya telah dilucutkan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC).

Ujar Dorothy, ekoran tindakan pemecatan tanpa mengikut undang-undang parti, pucuk pimpinan parti digesa menggantung jawatan Kok Wai selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP kerana didakwa menyalahgunakan kuasa.

Kami nak tahu apakah sebab pemecatan ini. Apakah kerana kami menyokong Jenice? Tetapi, salahkah kami sokong beliau? Kami juga menyokong Lim Guan Eng dan Karpal Singh. Jadi, mengapa pecat kami?

Oleh itu, selain menggantung jawatan Kok Wai, kami mahu DAP membentuk jawatankuasa bebas menyiasat salah guna kuasa beliau. Jawatankuasa itu perlu dianggotai pemimpin yang berpengalaman luas dalam undang-undang, tambahnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan