Ahad, 15 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Pelajar USM ditahan ugut letup helikopter PM

Posted:

Pelajar USM ditahan ugut letup helikopter PM

Pelajar USM ditahan ugut letup helikopter PM


Inilah blog yang menyiarkan ugutan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas Perdana Menteri.


PULAU PINANG 15 Jan. - Polis menahan seorang pelajar jurusan kejuruteraan dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Nibong Tebal di sini berikutan kenyataan berbaur ugutan dalam laman sosial Facebook miliknya.

Pelajar lelaki berusia 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada kira-kira pukul 1.30 petang hari ini bagi membantu siasatan.

Dalam status laman sosialnya, pelajar berkenaan menyebut 'Najib is coming to our campus...lets bomb his helicopter' [Najib (Perdana Menteri) akan datang ke kampus kita...mari kita letupkan helikopternya].

Kenyataan pelajar itu kemudiannya disiarkan di sebuah blog, http://dhanyaraam.blogspot.com.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

"Kita telah menahan pelajar itu. Sidang akhbar mengenai perkara ini akan diadakan esok," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah.

Full content generated by Get Full RSS.

Ejen insurans melecur disimbah asid

Posted:

Ejen insurans melecur disimbah asid

Ejen insurans melecur disimbah asid

KOTA BHARU 15 Jan. - Seorang ejen insurans melecur di bahagian muka akibat disimbah asid oleh individu tidak dikenali di tepi Sekolah Kebangsaan Tendong, Pasir Mas di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah malam, Wan Hussain Wan Yusoff, 52, yang bekerja di sebuah syarikat insurans di Kuantan, Pahang dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ II) oleh bekas isterinya untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, bekas isteri mangsa, Wan Nor Sarbani Wan Hassan, 30, seorang pegawai pemasaran di sini telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

"Berdasarkan laporan isteri mangsa, dia memaklumkan dihubungi mangsa tengah malam tadi memaklumkan mengenai kejadian itu ketika wanita tersebut berada di rumahnya di Kampung Kutan Tengah, Wakaf Bharu di sini.

"Sebaik sahaja Wan Nor Sarbani tiba di tempat kejadian, dia mendapati mangsa sedang menahan kesakitan di luar kenderaannya. Dia kemudian membawa bekas suaminya itu ke HPRZ II untuk menerima rawatan," katanya.

Menurut Jalaluddin, motif kejadian itu masih disiasat kerana bekas isteri mangsa juga tidak dapat mengenal pasti punca serangan itu dan mendakwa suspek tersebut tidak dikenali.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad ketika dihubungi memberitahu, mangsa kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami kecederaan di bahagian muka.

"Walaupun mangsa mengalami kecederaan kira-kira 6.5 peratus di muka, ia mengenai bahagian mata dan mangsa memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan