Khamis, 26 Januari 2012

Utusan Online - Selatan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


NS setuju jual air kepada Selangor

Posted:

NS setuju jual air kepada Selangor

NS setuju jual air kepada Selangor

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusan@utusan.com.my

SEREMBAN 25 Jan. - Kerajaan negeri bersetuju menjual air terawat kepada Selangor bagi mengatasi kemelut bekalan air yang bakal dihadapi oleh negeri jiran itu menjelang 2014.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah memohon supaya kerajaan negeri mempertimbangkan perkara tersebut selepas wujudnya kekurangan bekalan air terawat di beberapa kawasan di Selangor yang bersempadan dengan Negeri Sembilan.

Katanya, ketika ini, SPAN telah memohon supaya kerajaan negeri menyalurkan bekalan air sebanyak 45juta hingga 70 juta liter sehari kepada Selangor.

''Kita sedang berbincang butiran lanjut perjanjian itu dan nilai yang kita tawarkan mengikut harga komersial," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di sini, hari ini.

Mohamad turut menjelaskan, kerajaan negeri telah pun sebelum ini menyalurkan bekalan air terawat ke kawasan berhampiran seperti di Broga dan Semenyih, Selangor.

''Kita mendapat makluman, terdapat beberapa kawasan di daerah Selangor berhadapan bekalan air tidak menentu dan tekanan rendah. Empat daerah itu ialah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

"Keadaan itu juga memaksa Syarikat bekalan Air Selangor (Syabas) untuk meningkatkan pengeluaran air pada tahap maksimum iaitu 466 juta liter air sehari di Loji Sungai Langat dan 688 juta liter lagi di Loji Sungai Semenyih,'' katanya.

Mohamad memberitahu, sebelum ini negeri itu pernah membeli air terawat dari negeri Selangor dan Johor. Bagaimanapun, kini tidak lagi berhadapan masalah berkenaan selepas beberapa loji rawatan baru siap dibina.

''Sekiranya berlaku krisis bekalan air, empat empangan utama di negeri ini, mampu bertahan untuk tempoh tiga hingga empat bulan," jelasnya.

Tegasnya, kerajaan negeri kini bersedia untuk menjual air terawat kepada Selangor menjelang awal tahun hadapan.

Loji Ngoi-Ngoi dekat sini, katanya, mampu memproses air terawat sebanyak 135 juta liter sehari akan menjadi ejen pembekal air kepada kawasan yang terjejas di negeri Selangor itu.

''Kerajaan negeri juga mampumembekalkan air ke kawasan utara Johor, jika ada keperluan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tuanku Ampuan Besar NS lawat USIM

Posted:

Tuanku Ampuan Besar NS lawat USIM

Tuanku Ampuan Besar NS lawat USIM


Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud (tiga dari kanan) berkenan meninjau Studio Radio USIM ketika melawat Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, semalam. Turut hadir Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz dan Tunku Datuk Nazihan Tunku Muhammad Rus.


SEREMBAN 25 Jan. - Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud hari ini berkenan mengadakan lawatan rasmi di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini, hari ini.

Baginda diiringi anakanda, Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz dan kerabat diraja, Tunku Dato' Nazihan Tunku Muhammad Rus.

Lawatan itu sempena pemasyhuran baginda sebagai Canselor USIM pada Disember tahun lalu.

Ketibaan baginda disambut Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Md. Nor, Naib Canselor, Prof. Datuk Muhamad Muda, Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi.

Dalam lawatan itu baginda diberi taklimat mengenai perjalanan universiti oleh Muhamad Muda sebelum melihat persekitaran universiti itu, khususnya di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.

Di fakulti itu, baginda diberi penerangan mengenai kemudahan pembelajaran, selain berkunjung ke studio radio, televisyen dan Makmal Kaunseling Kanak-Kanak.

Baginda kemudian dibawa melihat perpustakaan dan diberi penjelasan mengenai kaedah pinjaman buku melalui kios.

Pada akhir lawatan, baginda menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Majlis Pusat Kebajikan Semenanjung Malaysia cawangan daerah Seremban iaitu Pusat Jagaan Harian Warga Tua Seremban dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan Negeri Sembilan.

Full content generated by Get Full RSS.

Penduduk mahu jambatan roboh dibaiki segera

Posted:

Penduduk mahu jambatan roboh dibaiki segera

Penduduk mahu jambatan roboh dibaiki segera


Seorang penduduk meletakkan kon keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku di jambatan Kampung Bukit Pegoh, Melaka, semalam.


MELAKA 25 Jan. - Penduduk Kampung Bukit Peguh, Pernu, di sini merayu pihak berwajib segera membaiki jambatan di Jalan Pak Long kampung itu yang roboh akibat dilalui sebuah lori simen kira-kira dua bulan lalu.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 300 penduduk yang menggunakan jambatan itu setiap hari terpaksa menggunakan sebuah jambatan persendirian milik salah seorang penduduk kampung itu untuk urusan seharian.

Menurut Ariffin Abu Bakar, 67, kerosakan yang berlaku di jambatan itu menyebabkan 300 hingga 400 penduduk dari Taman Bukit Larang, Kampung Bukit Peguh dan Kampung Tersusun menggunakan jambatan miliknya sejak dua bulan lalu.

"Saya tidak kisah jika penduduk mahu menggunakan jambatan ini yang menuju ke rumah saya, tetapi sampai bila jambatan yang roboh itu dibiarkan begitu tanpa dibaiki," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sebahagian jambatan yang rosak itu telah runtuh menyebabkan ia hanya boleh dilalui motosikal.

Menurut Ariffin, kerosakan pada jambatan sepanjang tiga meter itu berpunca apabila dilalui sebuah lori simen kira-kira dua bulan lalu.

"Beban lori yang berat menyebabkan sebahagian jambatan ini runtuh dan lori tersebut hampir terjatuh ke dalam parit.

"Selepas lori tersebut berjaya ditarik, pemandu lori tersebut enggan bertanggungjawab di atas kerosakan jambatan dan penduduk pula yang menjadi mangsa," katanya.

Ariffin berkata, perkara itu telah diajukan kepada pihak Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Molek dan mereka memberitahu masalah itu akan segera diatasi.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada usaha baik pulih dilakukan dan dia berharap ia tidak mengambil masa begitu lama bagi membina jambatan baru.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen