Sabtu, 21 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Polis rampas 38.5kg ganja bernilai RM90,000

Posted: 21 Jan 2012 01:25 AM PST

Mutakhir

PETALING JAYA: Polis merampas 40 ketulan mampat ganja seberat 38.5 kilogram bernilai RM90,000 dan menahan dua lelaki dalam dua kereta berasingan di Jalan SS 12/1 Wangsa Baiduri, dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata dalam kejadian pada jam 3.15 petang, suspek yang berada dalam dua kereta berasingan jenis Proton Wira dan Proton Iswara ditahan oleh anggota peronda polis semasa melakukan rondaan.

Hasil pemeriksaan, katanya, polis menemui 30 ketulan mampat ganja dalam kereta Proton Wira dan 10 ketulan dalam Proton Iswara dan menahan suspek yang berumur 23 dan 40 tahun. "Kedua-dua suspek ditahan reman selama dua minggu bermula semalam dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti saki baki kumpulan itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yahaya berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek itu memiliki rekod jenayah lampau berhubung kes narkotik dan kes curi kenderaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, Jabatan Narkotik Subang Jaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM776,812 pada tahun 2010 dan nilai rampasan meningkat kepada RM1.89 juta pada tahun 2011.
Katanya, pada tahun 2010, pihaknya menahan 1,353 orang berkaitan kes dadah dan jumlah itu meningkat kepada 1,745 orang bagi tahun berikutnya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Kanak-kanak 5 tahun mangsa kedua selesema burung di Indonesia

Posted: 21 Jan 2012 01:09 AM PST

Mutakhir

JAKARTA: Indonesia meningkatkan tahap berjaga-jaga berhubung wabak selesema burung susulan kematian kedua yang disahkan akibat jangkitan H5N1, membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun dari Sunter, Jakarta Utara.

Pentadbiran Jakarta menghapuskan beratus-ratus ayam yang dipelihara secara tidak sah di kawasan perumahan dalam kempen untuk meningkatkan kesedaran terhadap virus berkenaan.

Kanak-kanak itu yang meninggal dunia pada 16 Januari dipercayai adik kepada lelaki berusia 23 tahun yang meninggal dunia awal bulan ini, mangsa pertama selesema burung di Indonesia tahun ini. Kedua-dua mereka didapati pernah menyentuh burung merpati yang sakit.

Kementerian Kesihatan mendedahkan pada Jumaat bahawa kanak-kanak perempuan terbabit, yang sebelum itu didapati bebas daripada jangkitan H5N1, kemudiannya disahkan positif menghidap selesema burung selepas dilakukan ujian lanjut.

Kematian dua beradik itu menjadikan jumlah kematian akibat selesema burung di negara ini kepada 152 orang sejak insiden pertama selesema burung dikesan pada 2005.

Menteri Kesihatan, Endang Rahayu Sedyaningsih, berkata kerajaan akan terus berwaspada terhadap ancaman selesema burung meskipun kes H5N1 mencatatkan penurunan yang ketara.
Langkah yang diambil termasuk pemeriksaan kesihatan terhadap pesakit yang menghidap sakit paru-paru yang teruk untuk memastikan sama ada mereka dijangkiti virus H5N1.

Beberapa hospital turut ditugaskan oleh kerajaan sebagai pusat rujukan selesema burung.

Kementerian Kesihatan menugaskan 100 hospital sejak 2007 sebagai pusat rujukan bagi selesema burung.

Pengawasan turut dijalankan secara bersama dengan direktorat umum penternakan haiwan Kementerian Pertanian Indonesia. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen