Rabu, 18 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Ketua Geng 08 ditembak mati

Posted:

Ketua Geng 08 ditembak mati

Ketua Geng 08 ditembak mati

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my


ANGGOTA polis mengangkat mayat suspek yang mati ditembak polis dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang, semalam. – UTUSAN/MALINDA ABDUL MALIK


PULAU PINANG 17 Jan. – Seorang penjenayah paling dikehendaki yang juga ketua kumpulan kongsi gelap Geng 08 mati dalam kejadian berbalas tembak di Paya Terubong di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, Chor King Ying @ Ah Jin, 52, (gambar) mati ditembak dipercayai ketika pulang ke Air Itam di sini untuk menyambut Tahun Baru Cina.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah berkata, bertindak atas maklumat orang awam dan risikan, sepasukan polis peronda mengesan suspek yang sedang memandu keretanya di Jalan Kampung Melayu, Air Itam.

"Kita (peronda polis) mengekorinya dari Jalan Kampung Melayu tetapi apabila sedar diekori, suspek terus memecut ke arah Jalan Paya Terubong," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Beliau menambah, peronda polis yang mengejar bertindak memintas keretanya namun suspek bertindak melanggar kenderaan polis lalu keluar dari kereta dan melarikan diri ke sebuah kebun durian.

"Pada masa sama, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis. Sebagai langkah keselamatan, polis terpaksa membalas tembakan menyebabkan suspek mati di tempat kejadian," ujarnya.

Tambah Zahruddin, suspek yang menggunakan pistol jenis .38 Smith & Wesson dikesan aktif melakukan jenayah peras ugut di sekitar Air Itam.

Full content generated by Get Full RSS.

Curi kereta: Empat ahli Geng Botak dicekup

Posted:

Curi kereta: Empat ahli Geng Botak dicekup

Curi kereta: Empat ahli Geng Botak dicekup


DIN Ahmad (kanan) menunjukkan batang besi yang berjaya dirampas dalam kes curi kereta oleh Geng Botak di IPD Batu Pahat, Johor, semalam.


BATU PAHAT 17 Jan. - Polis berjaya menyelesaikan empat kes curi kereta dan penggunaan plat palsu di daerah ini dan Kulaijaya dengan tertangkapnya empat ahli Geng Botak.

Kesemua mereka berusia antara 32 hingga 43 tahun dan dua daripadanya didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah, Assisten Komisioner Din Ahmad berkata, geng terbabit bergerak aktif di sekitar Batu Pahat dan Kulaijaya.

Menurutnya, suspek pertama ditangkap di Kluang pada 10 Januari lalu dan polis berjaya menemui sebuah Proton Waja yang dilaporkan hilang di Summit, Batu Pahat tetapi platnya telah dipalsukan.

"Polis menemui 100 batang besi yang dipercayai untuk membuat plat palsu berkenaan.

"Pada pukul 4 pagi hari yang sama, polis turut berjaya menahan dua lagi suspek di Kulaijaya dan merampas sebuah Proton Wira yang dilaporkan hilang di Air Hitam.

"Pada 6 pagi hari berkenaan juga, seorang lagi suspek berjaya ditangkap dan polis menjumpai sebuah kereta Proton Wira dan sebuah

Proton Waja yang kedua-duanya telah ditukar dengan plat palsu," katanya di sini hari ini.

Din percaya penangkapan empat lelaki terbabit berjaya menyelesaikan empat kes kecurian kereta di Batu Pahat, Kulaijaya dan Air Hitam.

Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 379 (A).

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan