Jumaat, 27 Januari 2012

Utusan Online - Muka Hadapan

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Anwar dicabar serah video

Posted:

Anwar dicabar serah video

Anwar dicabar serah video

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 26 Jan. - Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang 'Trio Datuk T', Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman 'Trio Datuk T' yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

''Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

''Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi 'pekung' akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.

''Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.

''Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,'' katanya lagi.

Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.

''Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,'' katanya lagi.

Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman 'Trio Datuk T' jika merasakan beliau berada di pihak yang benar.

Full content generated by Get Full RSS.

Peratusan pelajar sains amat kritikal

Posted:

Peratusan pelajar sains amat kritikal

Peratusan pelajar sains amat kritikal


Mohamed Khaled Nordin beramah mesra dengan hadirin selepas memberi Amanat Tahun Baru 2012 di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 26 Jan. - Peratusan pelajar mengambil jurusan Sains terus menurun sehingga 29 peratus pada tahun ini dan keadaan itu dilihat oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai amat kritikal.

Katanya, trend penurunan itu bermula sejak 2007 sekali gus memperlahankan sasaran Pelan hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi 2020 yang memerlukan 60 peratus pelajar aliran sains dan selebihnya aliran sastera.

Beliau berkata, kemerosotan itu berterusan ke tahap universiti apabila pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi melihat pembelajaran dalam bidang sains tidak berbaloi selain sukar dan membosankan.

''Ini boleh membantutkan usaha kerajaan meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi,'' katanya selepas menyampaikan Amanat Tahun Baru 2012 kementerian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, pengurusan tertinggi institusi pengajian tinggi (IPT) mesti melihat perkara tersebut secara serius dan merancang strategi untuk mengubah persepsi pelajar terhadap sains.

Sehubungan itu, katanya, adalah penting untuk memastikan pelajar cemerlang diterapkan keseronokan mempelajari sains dan teruja dengan cabaran minda serta penerokaan baru.

Menurut Mohamed Khaled, beberapa dasar dan strategi baru juga boleh diperkenalkan ke arah meningkatkan minat para pelajar mempelajari sains termasuk meraikan kepelbagaian sains.

Beliau berkata, mulai tahun ini, Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan biasiswa baru melalui program MyBrainSc bertujuan menyediakan tenaga akademik berkualiti dalam bidang sains tulen di IPT.

IPTA juga, katanya, perlu membangunkan institusi penyelidikan dalam bentuk institut, pusat atau makmal dengan memperkenalkan jawatan baru bergelar Akademik Penyelidik untuk mengekalkan bakat dalam bidang sains.

Sementara itu, tokoh pendidikan, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim berkata, budaya menghafal tanpa memahami apa yang dipelajari dipercayai menjadi punca pelajar kurang berminat untuk mengikuti jurusan sains sehingga ke peringkat tinggi.

Menurut beliau, kebanyakan pelajar yang mengambil jurusan sains memerlukan mereka menghafal formula dan rumusan dalam jumlah yang banyak dan ini membunuh minat untuk terus mendalami bidang tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Murtad: Jawatankuasa ditubuh

Posted:

Murtad: Jawatankuasa ditubuh

Murtad: Jawatankuasa ditubuh

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah bagi memantau lebih rapi pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam ditubuhkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, jawatankuasa yang diletakkan di bawah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) turut memantau pengembangan ajaran salah antara sesama umat Islam.

Beliau berkata, jawatankuasa yang dipengerusikannya itu akan memastikan setiap pihak berkuasa yang terlibat di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam melaksanakan bidang kuasa masing-masing.

''Ini bermakna pihak polis berhak untuk menahan mereka yang terlibat, pendakwaan boleh dilakukan, malah kesemua pihak akan bekerjasama,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan Penasihat Undang-Undang negeri dan Jabatan Agama Islam negeri di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, hari ini.

Jawatankuasa itu turut dianggotai oleh wakil-wakil Jabatan Agama Islam negeri, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Sehubungan itu, Jamil Khir meminta Jabatan Agama Islam negeri yang masih belum mewujud dan menguatkuasakan enakmen itu untuk melakukannya segera.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu bagi menjaga keharmonian masyarakat dan memastikan mereka yang dipaksa murtad terbela.

Katanya, enakmen yang telah diwujudkan sejak kira-kira 32 tahun lalu hanya pernah dikuatkuasakan di Pahang pada 2002.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan