Rabu, 25 Januari 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Persimpangan ‘huru-hara’

Posted: 24 Jan 2012 08:58 AM PST

PETALING JAYA: Pengguna yang sering melalui Jalan PJS 8/5 dan PJS 8/8 di Dataran Mentari, Sunway, di sini, berdepan situasi bahaya berikutan simpang empat di jalan berkenaan tiada lampu isyarat.

Penduduk, Lee Tim Siew, 42, mendakwa jalan terbabit sentiasa sibuk dengan kenderaan termasuk bas penumpang dan lori berat.


"Pada waktu puncak keadaan huru-hara seketika kerana masing-masing tidak mahu mengalah untuk cepat sampai.

"Pernah sampai satu tahap dengan semua kenderaan berada di tengah jalan berikutan tiada kenderaan yang mahu bertolak ansur membuatkan jalan sesak malah boleh membahayakan nyawa," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Tinjauan mendapati rata-rata pengguna tidak menghiraukan keselamatan apabila mereka memecut lalu masuk ke arah simpang berkenaan tanpa menghiraukan kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.


Lebih membahayakan apabila laluan itu juga sering digunakan pejalan kaki yang tinggal di kawasan sekitar untuk ke premis berhampiran.

Sementara itu, pemilik kedai haiwan yang hanya mahu dikenali sebagai Joshua, 36, berkata kemalangan sudah biasa dilihatnya, tetapi belum sampai meragut nyawa.


"Laluan di simpang empat itu memerlukan lampu isyarat berikutan ia boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.

"Tindakan segera perlu diambil supaya dapat mengelakkan perkara lebih buruk berlaku," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Perlu tahu ilmu asas pelaburan

Posted: 24 Jan 2012 08:56 AM PST

KUALA LUMPUR: Bakal pelabur perlu mempunyai pengetahuan asas dalam pelaburan walaupun ia dibuat melalui ejen bagi mengelakkan mereka tertipu selain menyelidiki syarikat pelaburan yang ingin disertai terlebih dulu terutama jika membabitkan jumlah besar.

Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusoff Abdul Rahman, berkata sudah banyak kes penipuan membabitkan skim pelaburan dilaporkan disebabkan bakal pelabur kekurangan ilmu berkaitan skim disertai.


"Ia termasuk tidak mengetahui sama ada syarikat yang dilabur itu benar-benar wujud selain mudah terpengaruh testimoni pelabur yang berjaya dalam pelaburan berkenaan sebelum ini.

"Tambahan pula jika pelaburan dibuat melalui ejen, selain perlu pastikan ejen yang sah sebaik-baiknya pelabur berurusan dengan pihak yang mengendalikan projek dalam pelaburan berkenaan. Dibimbangi jika pelaburan melalui ejen, ejen itu bukan yang dilantik syarikat pelaburan sebaliknya mengambil kesempatan mengaut keuntungan," katanya.


Harian Metro kelmarin melaporkan mengenai seorang wanita yang berputih mata apabila RM960,000 dilaburkan dalam pelaburan hartanah antarabangsa di Australia lesap apabila dilarikan lelaki menyamar orang tengah skim itu. Difahamkan, mangsa membuat laporan polis Khamis lalu, tidak menyangka lelaki berusia 29 tahun itu menjadikan dia dan rakan sebagai penyumbang dana bagi pelaburan dibuat lelaki terbabit.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan