Selasa, 31 Januari 2012

Utusan Online - Utara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pelan pemodenan Ipoh dilaksana

Posted:

Pelan pemodenan Ipoh dilaksana

Pelan pemodenan Ipoh dilaksana

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

IPOH 30 Jan. – Bandar Meru Raya dan Pulai di sini bakal dibangunkan dengan pembinaan bangunan pencakar langit melebihi 350 kaki dari paras laut melalui pelaksanaan pelan pembangunan dan pemodenan bandar raya ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, selain dua kawasan itu, pihaknya mengenal pasti 14 lagi lokasi termasuk Sunway City, Klebang, Medan Ipoh, Jelapang, Manjoi dan Tanjong Rambutan untuk dizonkan semula supaya lebih banyak bangunan tinggi dapat dibina.

Jelas Roshidi, bagi tujuan itu, beliau telah mengarahkan Pengarah Perancangan Majlis Perbandaran Ipoh (MBI) untuk melihat perkara berkenaan yang terkandung dalam Rancangan Tempatan (RT) Ipoh 2020 secara serius.

"Sebenarnya banyak pemaju yang berminat membangunkan projek bangunan tinggi di kawasan itu tetapi tertangguh akibat ketetapan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) yang tidak membenarkan pembinaan bangunan tinggi.

"Sesetengah kawasan itu terletak diluar kawasan yang menjejaskan dan mengganggu laluan udara, jadi ia sebenarnya tidak ada masalah. Pelan pembangunan ini penting dalam keadaan Ipoh kini dilihat agak ketinggalan," katanya pada selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MBI di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir baru-baru ini meminta DCA menimbang semula peraturan melarang pembinaan bangunan pencakar langit di sekitar bandar raya ini kerana ia dilihat menghalang proses pembangunan di ibu negeri ini.

Beliau berkata, peraturan yang dikuatkuasakan sejak 1950-an itu menghalang usaha kerajaan negeri untuk memodenkan bandar raya ini dan hakikat itu diakui banyak pihak termasuk pemaju hartanah serta komuniti perniagaan.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Roshidi memberitahu, sebuah hotel baru bakal dibina berhampiran kawasan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Sam Tet di sini.

Kata beliau, projek pembangunan hotel setinggi 16 tingkat yang menelan kos RM120 juta itu akan dimulakan tidak lama lagi.

"Kita sentiasa menggalakkan mana-mana pemaju yang berminat membantu kita memajukan bandar raya ini. Ini kerana kita mahu menjelang 2014, Ipoh jadi berbeza daripada apa yang kita lihat sekarang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Perangi denggi dengan kerapkan gotong-royong

Posted:

Perangi denggi dengan kerapkan gotong-royong

Perangi denggi dengan kerapkan gotong-royong


TAJUL Urus Md. Zain (tengah) bersama penduduk bergotong-royong membersihkan kawasan bagi memerangi wabak denggi berdarah di Taman Ria, Sungai Petani, semalam.


SUNGAI PETANI 30 Jan. - Bagi mengatasi masalah pembiakan nyamuk aedes yang semakin membimbangkan, lebih 150 penduduk Taman Ria di sini bergotong-royong membersihkan kawasan perumahan itu, hari ini.

Program gotong-royong itu melibatkan penduduk di sekitar perumahan terbesar di Sungai Petani iaitu Taman Ria dan Taman Ria Jaya bersama pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Muda.

Pegawai Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain yang mengetuai majlis itu berkata, gotong-royong tersebut bertujuan memastikan kawasan kediaman mereka bebas daripada pembiakan nyamuk berbahaya.

Katanya, gotong-royong tersebut perlu diadakan lebih kerap terutamanya apabila terdapat kes-kes demam denggi di kawasan itu.

"Aktiviti seperti ini dapat mendidik penduduk di kawasan terlibat supaya menjaga persekitaran mereka bagi mengelakkan masalah pembiakan nyamuk aedes daripada berleluasa," katanya kepada pemberita di sini.

Tajul Urus yang juga Ketua UMNO Bahagian Merbok berkata, gotong-royong tersebut melibatkan pembersihan di sekitar kawasan kediaman, kedai makan, surau, serta saluran air di kawasan perumahan berkenaan.

Selain itu, penduduk turut diberikan penerangan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat tentang kaedah menggunakan peralatan memadam api jika berlaku kemalangan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bank Pembangunan bantu Alif Haikal

Posted:

Bank Pembangunan bantu Alif Haikal

Bank Pembangunan bantu Alif Haikal


Lisda Moin (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Noor Hasimah Mahmud mengenai keadaan Mohd. Alif Haikal ketika mengunjungi keluarga itu di Kampung Gajah Putih, Padang Sera, Jitra, baru-baru ini.


KUBANG PASU 30 Jan. - Penderitaan Mohd. Alif Haikal Juhari, 6, yang menghidap penyakit ekzema psoriasis mendapat perhatian Bank Pembangunan Malaysia Berhad apabila bank itu menyumbang sebanyak RM5,000 kepada kanak-kanak itu kelmarin.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Kumpulan Komunikasi Korporat Bank Pembangunan, Lisda Moin kepada bapa Mohd. Alif Haikal, Juhari Abu Bakar, 46, di rumah mereka di Kampung Gajah Putih, Padang Sera di sini.

Lisda berkata, sumbangan yang disampaikan kepada Mohd. Alif Haikal adalah di bawah program Kami Prihatin di mana pada tahun ini pihak bank memperuntukkan RM2 juta bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara.

"Kami terbaca mengenai kisah Mohd. Alif Haikal di dalam surat khabar dan memang kami sedang mencari mereka yang benar-benar memerlukan bantuan kewangan.

"Jadi pada hari ini, pihak bank memberikan RM5,000 kepada keluarga Mohd. Alif Haikal bagi membantu meringankan kos perubatannya yang melebihi RM1,000 setiap bulan," katanya ketika ditemui di rumah keluarga kanak-kanak malang tersebut.

Utusan Malaysia pada November tahun lalu menyiarkan kisah Mohd. Alif Haikal yang menderita penyakit kulit iaitu ekzema psoriasis sejak berusia enam bulan dan pelbagai ubat telah dicuba, namun penyakit anak keempat daripada lima beradik itu tetap tidak pulih.

Menurut Lisda, selain sumbangan kepada Mohd. Alif Haikal, pihaknya juga telah memberikan sumbangan kepada sebuah maahad tahfiz di Pendang serta sumbangan wang kepada seorang kanak-kanak yang menderita penyakit kanser usus di Yan.

"Program 'Kami Prihatin' akan terus dijalankan bagi mendekatkan pihak kami dengan masyarakat di seluruh negara," ujarnya.

Dalam pada itu, ibu Mohd. Alif Haikal, Noor Hasimah Mahmud, 40, berkata, dia bersyukur kerana nasib anaknya yang menderita penyakit tersebut mendapat perhatian banyak pihak yang sudi membantu terutamanya Bank Pembangunan.

"Selepas berita mengenai anak saya dikeluarkan di dalam surat khabar, pelbagai pihak tampil memberi bantuan untuk anak saya dan kami berasa begitu terharu.

"Hari ini dengan wang RM5,000 yang diberikan oleh Bank Pembangunan dapatlah saya memberi minuman kesihatan daripada jenama De Bella yang diminum oleh anak saya yang nampaknya berkesan dalam mengurangkan penyakit yang dialaminya," katanya.

Tambah Noor Hasimah, sebelum ini dia terpaksa menghentikan pembelian minuman kesihatan itu untuk diberikan kepada anaknya kerana kekangan kewangan.

Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Komen