Rabu, 18 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Pengambilalihan saham Proton rasionalisasi kapasiti pengeluaran kereta

Posted: 18 Jan 2012 03:11 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pengambilalihan saham Proton oleh DRB-Hicom dijangka dapat membantu merasionalisasikan kapasiti pengeluaran kereta di negara ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, isu utama dalam industri automotif negara ialah penggunaan kapasiti yang mana secara mikro, di mana hanya 50 peratus sahaja daripada kapasiti yang ada sekarang sedang digunakan.

Bagi menangani perkara itu, beliau berharap DRB-Hicom dapat membantu Proton menggunakan sepenuhnya kapasiti, seperti melalui kerjasama DRB-Hicom dan Volkswagen untuk mengeluarkan model Volkswagen di Pekan, Pahang. Bercakap kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya di sini hari ini, Mustapa berkata, kesemua syarikat pengeluar kenderaan di negara ini menikmati insentif yang sama rata sejak kerajaan membenarkan kemasukan kereta dari luar.

Beliau berkata, kerajaan membenarkan kemasukan kereta dari luar negara ke dalam pasaran automotif tempatan seperti model Toyota yang dipasang di Thailand tanpa dikenakan duti.

"Ada tanggapan kerajaan beri terlalu banyak insentif kepada Proton, tapi sebenarnya sekarang mempunyai peluang yang sama rata," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

PAS tidak bimbang jelajah Hasan Ali

Posted: 18 Jan 2012 02:19 AM PST

Mutakhir

KOTA BHARU: PAS tidak bimbang dengan cadangan jelalah ke seluruh negara oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, kini Hasan bukan lagi ahli PAS dan beliau boleh berbuat apa saja bukan atas nama parti itu.

"Beliau (Hasan) bebas berbuat apa saja atas sifatnya sendiri dan bukan atas nama parti kerana beliau tidak lagi menjadi ahli PAS," kata Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai cadangan "road show" itu untuk Hasan menjelaskan kedudukannya dalam politik selepas dipecat dari PAS. Menteri Besar Kelantan itu bercakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat lima ahli Parlimen dari China diketuai Menteri Pembangunan Pusat Bandar Kampung Baru dan Kewangan China, Thao Guang Qing, di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengalu-alukan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai EXCO Selangor yang baru menggantikan Hasan.

Sebelum digugurkan, Hasan memegang jawatan EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan